Posts

Showing posts from October, 2021
  Pengalaman menakutkan ini berlaku pada tahun 1998. Semasa kejadian itu , aku dan seorang pemandu syarikat bernama Jeffry , seorang bumiputera Sarawak . Wajahnya kemelayuan dan fasih bertutur bahasa Melayu. Pernah pada suatu hari pada bulan Ramadan , aku menemani Jeff makan tengah hari. Banyak mata memandang kami manakala aku asyik membaca ‘massage’ telefon bimbit NOKIA3310 aku sementara Jeff sedap melantak nasi kandar Restoran Bismilah depan Stesen Kereta Api Klang.   Barang kali mereka menyangka Jeff ini Islam dan tak puasa !   Tugasan kami pada hari itu ialah menghantar sebuah mesin fotokopi ke Institut Aminuddin Baki, Genting Highland. Memang teruja dapat naik Genting Highland. Udara yang berkabus dan sangat sejuk di luar tingkap van yang dibuka luas menampar-nampar muka kami. Hanya sesekali kereta atau bas berselisih dalam perjalanan mendaki Genting Highland. Terhenjut-henjut van Nissan yang dipandu Jeff dan kami tetap ‘happy’ dapat ke Genting Highland.  ...
  EPISOD 106 : KAU PERGI JUA   Sejak aku sampai tadi sudah hampir Maghrib. Beberapa orang tetamu ada yang sedang duduk di beranda dan ada yang duduk di sisi katilmu. Kau terbaring di atas katil khas dari hospital setelah dibawa pulang petang tadi . Doktor mengatakan bahawa harapan untuk sembuh sangat tipis. Kata-kata doktor amat memilukan hatiku yang mendengarnya. Kulihat suamimu mundar mandir di ruang tamu tidak berbicara sepatah kata pun. Suamimu yang kukenali sangat peramah. Aku memeluknya tubuhnya erat-erat tanda simpati yang amat mendalam dari hatiku yang dalam. Suamimu amat tabah dan sabar dengan dugaan yang menimpamu. Sudah berbulan-bulan kau terlantar di hospital dijaga dengan penuh kasih sayang seorang suami. Sebelum itu, doktor telah memberikan keyakinan bahawa penyakitmu sudah pulih sepenuhnya selepas kau menjalani pembedahan setahun yang lalu. Namun, Allah Maha Esa. Allah mahu mengampuni dosa-dosamu. Azan Maghrib dari corong surau bersebelahan rumah kedenga...
  Episod 105 : SESAK Pagi ini sudah ada janji temu di Pejabat Agama Daerah Sepang (PAD).Sewal jam 7.30 pagi aku dan isteri sudah bergerak ke sana . Aku memandu melalui Lebuh Raya KESAS . Walaupun kenderaan banyak namun pergerakan kenderaan sangat lancar . Selepas Plaza Tol Serenia , Waze mengarahkan aku membelok ke kanan selepas persimpangan lampu isyarat Salak Tinggi. Separuh perjalanan jalan sesak macam siput. Tiada sebarang papan tanda pemberitahuan . Aku pula tidak pernah sampai ke sana . Pergerakan kenderaan masih semput. Mataku meninjau-ninjau kalau ada restoran atau warung makan untuk sarapan tetapi hampa. Aku terus memandu berpandukan Waze. Jalan raya masih sesak dan aku sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku di hadapan . Adakah kemalangan jalan raya ? Adakah lorong ditutup? Adakah pembinaan di hadapan ? Pertanyaan demi pertanyaan timbul di benakku. Suara lemak juruhebah Stesen Radio Klasik Adi Suwardi melayan halwa telinga kami menghilangkan sedikit kebosana...
  Episod 104: Kembali Hari ini hari terakhir kembaraku ke Port Dickson. Seronok dapat bercuti bersama-sama keluarga yang semakin kecil dan mengembalikan nostalgia 32 tahun yang lalu apabila aku dan isteri pernah ke sini. Aku mengajak isteriku mencari sarapan pagi di luar. Banyak kedai ditutup pada hari Isnin. Akhirnya, kami bersarapan di sebuah kedai makan bersebelahan Stesen Minyak PETRONAS. Menu pagi itu, mi hoon goreng , kue tiaw sup , nasi lemak . Aku ke kaunter bayaran dan seorang wanita lingkungan umur 40-an duduk di kerusi. Sebuah kalkulator di atas meja . Aku menyebut makanan dan minuman yang telah kami makan dan wanita mengira dengan kalkulatornya . Peliknya , sampai kepada total harga wanita itu seperti 'terkaku' dan aku masih berdiri di sisinya menanti dia memberitahu harga makanan dan minuman . Wanita itu masih 'terkaku' dan aku melihat kalkulator RM17.00 . Aku menghulurkan sekeping not RM20.00 ke tangan wanita itu tetapi seperti tidak mahu memegang wang itu...
  Episod 103: PORT DICKSON Hajat di hati hendak makan nasi kuah asam pedas Melaka tetapi tidak kesampaian . Jalan sesak kenderaan bergerak macam siput. Jadi, aku membuat keputusan terus memandu ke Port Dickson. Hujan membasahi bumi Melaka bertuah. Sang Laksamana Hang Tuah lima bersahabat yang setia kepada Sultan dikhianati pembesar hingga nyawanya jadi taruhan . Sepanjang perjalanan ke Port Dickson , hujan tidak henti-henti. Selepas Kem Tentera Sungai Udang , kami singgah di warung #Man Itik Salai. Ramai juga pelanggan yang singgah dengan beraneka jenis gulai dan harga pula berpatutan. Memang berapi masakannya dan menitik peluh jantan . Usai makan tengah hari , kami meneruskan perjalanan dan waze menunjukkan jalan yang sesak . Di beberapa tempat kenderaan bergerak perlahan. Hati berasa lega apabila ternampak papan tanda besar 'Selamat Datang ke Negeri Sembilan'. Hujan sudah mula berhenti. Sampai di simpang Tanjung Biru , waze mengarahkan ke kiri. Kereta penuh di kiri dan di k...
  Episod 102: PANTAI KLEBANG Pagi yang mendung. Seawal jam 8.00 pagi , kami turun dari bilik hotel ke parkir kereta di hadapan hotel. Angin sejuk berhembus dan guruh berdentam-dentum silih berganti. Misi kami pagi ini mencari sarapan . Kami singgah di sebuah warung di tepi jalan tidak jauh dari simpang Muzium Kapal Selam, Pantai Klebang . Beberapa orang pelanggan sedang duduk bersarapan sambil berbual-bual. Sepinggan nasi lemak telur goreng, sepinggan mi hoon goreng telur goreng dan nasi himpit kuah gulai daging. Makcik warung menghampiri meja kami sambil memegang kalkulator saiz tapak tangan.Tup tap tup tap . Kami saling berpandangan dan tersenyum . Sah, kena ketuk.(harga macam makan tengah hari ). Selepas bersarapan , kami bergerak ke Pantai Klebang jam 9.00 pagi. Aku melihat jarum jam berkali-kali kerana jam 10.00 pagi aku akan bersiaran kelas ONLINE (tiada istilah cuti kerja). Kami bersiar-siar di tepi pantai sambil menikmati keindahan ciptaan Allah. Lautan yang luas tidak bert...
  Episod 101 : Melaka Hari ini 16 OKTOBER 2021 , anakku akan meneruskan pengajiannya ijazahnya di UTEM, Melaka. Usai solat Subuh , kami berempat isteri dan anak bongsuku sudah bersiap-siap mengemas beg pakaian masing-masing. Rancangan awal kami untuk bergerak dari Bukit Tinggi , Klang pada jam 7.00 pagi tapi jam 8.00 pagi baru kami bergerak. Kami singgah makan di #Manggis Cafe , Kampung Jawa. Selesai sarapan sekitar jam 8.30 pagi kereta dipandu anakku mula meninggalkan bandar Klang menuju ke Melaka Bandaraya Bersejarah melalui Lebuhraya KESAS. Sepanjang perjalanan , cuaca sangat panas di luar. Lebuhraya agak lenggang dan di sesetengah tempat sahaja pergerakan perlahan kerana terdapat kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan. Kami tiba di Plaza Tol Air Keruh pada jam 11.00 pagi dan memasuki pintu utama UTEM dengan pematuhan SOP yang ketat. Semua mahasiswa Tahun 2 mendaftarkan diri di Kompleks Sukan UTEM . Mahasiswa diminta melakukan ujian Covid sebelum dibenarkan ke Kolej Kediama...
  Episod: RINDU Pertama kali aku singgah di warung ini . Pelanggan yang sedang makan minum tidak ramai. Masing-masing sedang menikmati makanan dan minuman. Aku terpandang kepada seorang lelaki yang duduk bersendirian. Kukira usianya sekitar 70-an begitu asyik melayan telefon bimbit di tangannya . Sesekali lelaki itu menekan butang suara dan bercakap sesuatu sambil tersenyum . Aku juga turut tersenyum sendiri melihat gelagat lelaki itu. Segelas teh tarik di atas mejaku tinggal separuh. Beberapa orang pelanggan baharu masuk ke warung mengambil tempat. Aku memandang lelaki itu semula yang masih melayan telefon bimbitnya. Sesekali lelaki itu ketawa kecil. Hatiku tertanya-tanya," Dengan siapakah dia berbual-bual mesra?". Aku bangkit dari kerusi dan menuju ke meja lelaki itu. Lelaki itu memandangku dengan sisa senyuman. Aku berdiri tercegat di tepi meja lelaki itu. Lantas, aku meminta izinnya untuk duduk di mejanya. Kami berbual-bual mesra . Lelaki itu membahasakan dirinya Pakcik ....
  Episod 7 : BILIK 217 Pagi terakhir di hospital . Sarapan pagi sudah dihantar ke bilikku tetapi selera aku seakan-akan sudah mati . Dalam kepalaku hanya hendak pulang ke rumah . Beberapa orang kawanku sudah menghubungi aku dan berjanji akan datang melawat aku di rumah . Kemudian Dr.Ip yang peramah dan mesra memeriksa keadaan aku . Dr.Ip sendiri melakukan ‘dressing’ lukaku sejak hari pertama aku dimasukkan ke hospital . Kata jururawat , Dr.Ip tidak akan menyuruh jururawat melakukan ‘dressing’ terhadap pesakitnya kerana dia sendiri akan melakukannya. Tekanan darah dan bacaan gula dalam keadaan normal. Aku mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr.Ip tetapi Dr.Ip dengan senyuman mesranya memberitahu aku bahawa aku akan tetap datang ke hospital itu setiap minggu selama satu tahun setengah lagi. Kecederaan kaki kiriku pada tahap remuk dan beberapa cebisan tulang yang berserakan di jalan raya ( ada pihak yang memviralkan kejadian kemalangan itu di dalam facebook tetapi ke...
  Episod 6 : BILIK 217 Hari keenam   aku mendapat perkhabaran gembira. Rutin biasa , Dr. Ip akan memeriksa aku jam 10.00 pagi sejak aku dimasukkan ke hospital dan sebelah petang sekitar jam 4.00 petang . Dr.Ip amat berpuashati dengan keadaan kakiku yang bertambah baik dan dia memberitahu aku bahawa esok aku akan dibenarkan pulang . Namun begitu, aku perlu menjalani ujian X-ray terlebih dahulu. Tekanan darahku semakin baik berbanding mula-mula aku sampai di hospital tekanan darahku 230 . Bacaan gula di dalam darahku melonjak 19 selepas kemalangan . Kini, semuanya kembali normal apabila bacaan gula di dalam darahku 5.0 .   Selepas ujian X-Ray di bilik radiologi di tingkat bawah , aku dibawa ke bilik semula . Aku mengajak isteriku ke kafe di tingkat bawah dengan menggunakan kerusi roda. Semasa di kafe , aku terserempak dengan Dr. Ip sedang makan bersama-sama beberapa orang doktor pakar lain. Salah seorang doktor pakar mendekati aku untuk bertanya khabar. Kami saling me...
  Episod 5 : BILIK 217   Sudah 5 hari aku dirawat di hospital ini . Pagi tadi aku menerima panggilan telefon daripada Sarjan Alias dari balai polis trafik memberitahu aku dia dan seorang peguam akan datang ke hospital untuk menguruskan hal ‘report’ kemalangan dan urusan tindakan undang – undang terhadap pemandu lori yang melanggar aku tempoh hari. Pada hari pertama kemalangan lagi , telefon bimbitku tidak berhenti berdering. Beberapa orang yang mengaku dari firma guaman menawarkan perkhidmatan peguam untuk membantu aku menuntut ganti rugi daripada pihak yang terlibat . Aku tidak begitu melayan tawaran mereka kerana aku lebih berhati-hati dalam hal berkaitan undang-undang . Penolakan tawaran tersebut tidak berhenti di situ kerana mereka turut menyelinap masuk ke dalam bilik aku. Aku sendiri tidak mengenali mereka tetapi mereka memberikan kad perniagaan firma guaman tempat mereka bekerja. Pada hari kedua aku di hospital , aku hampir bertindak kasar terhadap seorang lelaki ...
  Episod 4 : Bilik 217 “ Ayah , kita orang dah upah tukang untuk ‘renovated’ tandas bawah , “ kata puteri sulungku. Aku hanya mendengar .   “Macamana bayaran upah tukang ?,” tanyaku semula . “Upah tukang ayah jangan risau semua dah ‘sattle’ . Hari ini tukang datang pasang tandas duduk . Tukang pasang pemegang sekali supaya senang ayah nak guna tandas nanti , “ kata puteri keduaku. “Kakak dah uruskan semua . Duit sumbangan kawan-kawan ayah dan murid-murid ayah lebih daripada cukup . Semua duit sumbangan itu kita orang serahkan kepada kakak untuk uruskan bayaran rumah , kereta , bil dan lain-lain. Insyallah cukup untuk 3 bulan bayaran ,” sambung puteriku lagi. Aku bersyukur kepada Allah kerana mempermudah urusanku   pada saat aku menghadapi musibah . Pelawat –pelawat mulai datang dan kebetulan harim itu hari minggu.   Hari ini sangat meletihkan kerana pelawat yang datang tidak henti-henti. Namun begitu , aku berasa gembira dapat bertemu pelawat-pelawat yang...
  Episod 3 : Bilik 217   Isteriku dan anak-anakku pulang sebentar di rumah kerana sudah tiga hari berkampung di bilik hospital. Kesulitan yang aku sepanjang masa di hospital ialah urusan ke tandas kerana aku terpaksa dipapah untuk bergerak. Pada awalnya agak kekok tetapi selepas beberapa hari aku sudah ‘cekap’ bergerak dengan cara melompat-lompat seperti ‘kanggaro’. Paling penting semangat hendak cepat pulih dan keberanian menghadapi kemungkinan terjatuh .   Tinggallah aku seorang diri terbaring di atas katil. Suasana sunyi sepi . Banyak perkara yang aku fikirkan tatkala itu. Air mata berguguran laju membasahi pipi . Entahlah , perasaan aku ketika itu sangat sebak kerana terkenangkan masa depan yang belum pasti andainya pergerakan kakiku tidak sesempurna sebelum kemalangan. Terkenangkan pekerjaan yang aku terpaksa tinggalkan sementara waktu bererti aku tidak akan mempunyai sumber pendapatan untuk tempoh yang lama ( selepas kemalangan aku tidak bekerja dan tidak be...
    Episod 2 : Bilik 217 Hari kedua di bilik 217. Pagi itu , petugas menghantar sarapan pagi . Bijirin OAT dan teh O serta roti . Terkulat-kulat aku memandang sarapan yang sudah terhidang di atas meja katil. Aku sebenarnya jarang bersarapan dan bijirin OAT bukanlah makanan kegemaran aku . Aku terpaksa menelan sarapan itu sambil menonton televisyen . Anak-anakku sudah sampai di hospital dan membawa sarapan nasi lemak. Aku bedal nasi lemak . Dr.Ip memberitahu aku supaya tidak berpantang makan kerana aku memerlukan banyak protein bagi membantu pemulihan kakiku. Telur , udang , ikan bilis dan apa-apa makanan yang dianggap pantang semua aku telan. ‘Marathon’ Al-Quran diteruskan seawal Subuh tadi dan disambung secara berperingkat-peringkat . Hikmahnya aku di sini , solat pada awal waktu . Tiada lagi istilah mengejar masa seperti sebelum kemalangan. Kalau kesibukan masa menjadi alasan betapa banyak kerugian yang aku tanggung selama ini. Perasaan sebak sering melintas di hati ini pa...