Posts

Showing posts from November, 2021
  EPISOD : SURAT PEMINAT   Sekitar tahun 1986-1991, aku sangat aktif menulis karya kreatif seperti cerpen dan sajak. Karya-karyaku tersiar di dalam surat khabar utama seperti Mingguan Malaysia, Berita Minggu dan Bacaria. Majalah-majalah seperti URTV dan Varia Pop menjadi wadah karya-karyaku disiarkan untuk tatapan peminat ruangan sastera. Paling seronoknya aku mendapat bayaran setiap kali karya-karyaku disiarkan. Kebiasaannya, akhbar-akhbar utama membayar ‘saguhati’ lebih tinggi antara RM100-RM150 bagi sebuah karya manakala akhbar picisan hanya membayar RM50.00 untuk sebuah karya. Aku yang ketika itu sedang menuntut di Tingkatan 6 sudah mempunyai wang di tangan namun semua wang kuterima kuberikan kepada ibuku selepas cek yang kuterima ditunaikan. Wang saguhati itu lebih utama untuk keperluan hidup kami sekeluarga.   Pada zaman itu, biodata penulis akan disiarkan bersama-sama karya yang tersiar. Jadi, aku menerima banyak surat daripada ‘peminat’ yang kebanyakannya ...
  EPISOD : DI HADAPANKU SEORANG WANITA   28 Julai 1989, majlis perkahwinan aku dan ‘S’ berlangsung di sebuah daerah di Klang. Kami hidup bahagia berdua dan buat sementara waktu kami tinggal bersama-sama dengan keluarga mentua. Bukan mudah untuk menyesuaikan diri dengan suasana baharu tetapi sedikit demi sedikit kami belajar mengharungi kehidupan berumah tangga.   Sejak itu juga , aku sudah menutup hatiku buat ‘R’ selama-lamanya.   Selang beberapa bulan kemudian, kami menyewa sebuah rumah. Kami ingin belajar hidup berdikari. Setiap pagi, aku menghantar dia ke Bangunan MARA tempatnya bekerja. Manakala, aku ke sekolah tempatku mengajar. Apabila petang, aku akan menunggu di bawah bangunan Tabung Haji yang terletak di seberang jalan untuk menjemputnya pulang. Kami berjalan melalui Jalan Taiping dan sebuah restoran KFC masih berdiri gagah. Kami sama-sama tersenyum mengenangkan memori ketika makan bersama-sama teman di situ. Kami menunggu bas di stesen bas Klang ker...
  Tajuk                :          ‘HARAPAN’ 1986..Kami saling mengenali sejak kami sama-sama melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6.  Oleh sebab aku dilantik sebagai Ketua Pengawas dan ‘S’ sebagai Timbalan Ketua Pengawas, jadi kami saling menjalankan tugas bersama-sama. Namun , hatiku sudah terpikat dengan ‘R’ ketika itu.  Kawan-kawan lain turut menyedari hubungan aku dan ‘R’. Usai peperiksaan STPM , masing-masing membawa diri. ‘S’ bekerja di sebuah pejabat di Bangunan MARA Klang, aku bekerja sebagai ‘cleaner’ di sebuah pejabat kerajaan dan ‘R’ kembali ke negeri asalnya (menurut cerita teman-temanku). Setelah hampir 6 bulan , aku menerima tawaran bekerja sebagai guru tuisyen di sekolah tempat aku belajar dulu. Secara kebetulan, aku mengajar tuisyen kelas malam dan terpandang ‘S’ juga mengulang peperiksaan STPM kelas malam. Persahabatn kembali terjalin. Hari dem...
  GAGAL   Rancangan membuka sebuah kedai menjual pakaian di Seksyen 7 , Shah Alam sebenarnya datang daripada idea anak sulungku. Isteriku hanya mengikut sahaja dan aku sendiri kurang berminat kerana aku mempunyai komitmen tinggi dengan perniagaan pusat tuisyen. Seorang rakanku dan isteri berminat sama untuk menjalankan bisnes baharu menjual pakaian dan ingin menjadi ‘patner’ syarikat. Selesai perbincangan bersama, akhirnya lahirlah sebuah syarikat perniagaan menjual pakaian secara perkongsian.   Pelbagai barang diperlukan untuk memulakan perniagaan tersebut dan sebuah kioks di dalam sebuah kedai telah disewa dengan kadar sewa yang agak tinggi. Manakala, besi rak, penyangkut baju dan berbagai-bagai jenis pakaian yang mengikut trend semasa dibeli oleh isteriku dan ‘ patner’ di beberapa buah gedung pakaian di Kuala Lumpur. Pada masa yang sama, kain tudung dijahit oleh warga Bangladesh yang kami upah menjahit di Kuala Lumpur. Memang kos tudung yang dijahit oleh mereka...
Tahun 2004 aku diterima melanjutkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) setelah 18 tahun menanti peluang keemasan ini kerana faktor kewangan ibu bapa dan pengkhianatan halus sehingga aku gagal menghadiri temuduga ITM (1986). Sepanjang proses Pengajian Jarak Jauh itu pelbagai onak dan duri kuhadapi. Aku membiayai sendiri kos pengajianku yang mencecah hampir RM26K dengan menggunakan wang gajiku dan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP). Pada masa yang sama, anak-anakku masih bersekolah dan setiap kali aku ke UPM pada Sabtu dan Ahad atau ke Pusat Pembelajaran di Kampus UiTM Seksyen 17 mereka sangat teruja menghantar ayah mereka ke 'sekolah'. Sepanjang masa aku memberikan motivasi kepada anak-anakku agar terus belajar dengan rajin supaya dapat melanjutkan pengajian ke universiti. Aku menjadikan diriku sebagai contoh kepada mereka. Aku terpaksa membahagikan masa antara belajar ,kerja dan keluarga. Aku jarang-jarang menghadiri majlis keluarga seperti kenduri ,majl...
  Episod 125 : Kena Scam   Cerita orang kena ‘scam’ dan menanggung kerugian beratus-ratus dan berjuta-juta ringgit membuatkan kita sentiasa berhati-hati agar tidak terkena ‘scam’.. Dalam berhati-hati itu juga aku hampir terkena ‘scam’ apabila aku menerima panggilan telefon daripada nombor yang tiada dalam ‘list’ telefon bimbitku . “Asalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan Encik Che Azmi Bin Che Wil.” Kedengaran suara seorang perempuan muda. “Walaikumsalam, “ aku menjawab panggilan itu. “Saya Aina Bt Ahmad dari HQ Etiqa Takaful Kuala Lumpur. Begini encik, tuntutan insurans kemalangan encik sudah diluluskan sebanyak RM76,800.00. Wang tuntutan itu sudah dimasukkan ke dalam akaun Maybank encik.” “Tuntutan berkaitan apa?,” tanyaku agak ragu-ragu. “Tuntutan kemalangan encik pada bulan Julai 2021,” terang si pemanggil. Aku terdiam kerana aku sendiri tiada membeli polisi insurans dengan Etiqa Takaful dan aku juga tiada akaun Maybank seperti yang diberitahu. “Tapi...
  Episod 121: Mat Dam Hilang Deposit Episod 121: Mat Dam Hilang Deposit Sejak seminggu yang lalu, dia ke hulu ke hilir telefon sana telefon sini. Dia perlukan wang untuk membayar deposit. Deposit untuk melayakkan dirinya bertanding. Rata-rata, kawan-kawannya enggan menolongnya. "Dulu macam tulah. Lepas aku bagi pinjam buat deposit dah menang hilang entah ke mana. Batang hidung pun tak nampak," gerutu Mat Dam. Kata-katanya itu dilontarkan di tengah-tengah beberapa orang kawannya yang sedang bermain dam. Masing-masing buat-buat senyum kambing. Mereka sudah menasihatinya supaya tidak memberi pinjam kepada dia tapi dia degil. Suatu hari, sampan Mat Dam hilang dicuri orang sebelum subuh. Mat Dam hilang arah kerana sampannya itulah yang menjadi punca dia keluar mencari rezeki di laut. Pagi itu, Mat Dam segera ke rumah YB dan setibanya di pagar rumah YB dilihat kereta Mercedez YB tiada di garaj. "Ah, ke mana pulak si tua ni," gerutu hati Mat Dam yang memanggil YB dengan g...
  Episod 122 : Cameron Menangis Sebenarnya tanpa ribut tanpa petir tiba-tiba terriiingiiin (ikut gaya iklan Al-Khaulah)nak ke Cameron Highland. Lebih-lebih lagi anak bujangku ada di rumah dan bolehlah menjadi 'driver'. Kami mengemas pakaian satu beg dan bergerak pada jam 12.30 tengah hari dari Klang dan berhenti solat di R&R jam 2.00 petang. Usai solat, kami meneruskan perjalanan menuju ke Cameron Highland melalui Tapah . Cuaca mendung dan hujan renyai-renyai di sesetengah tempat. Kami mengekori sebuah kereta 4X4 yang bergerak seperti siput mendaki jalan berbengkang-bengkok. 'Line' telefon pun semput-semput sepanjang jalan. Aku menghantar whatsapp kepada anakku di Shah Alam supaya menempah bilik hotel. Tanpa banyak tanya sebuah bilik di Hotel Rainbow yang terletak di tengah-tengah pekan kecil Brinchang bersebelahan Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highland siap 'dibooking' dan dibayar. Di pertengahan jalan sebelum Ringlet, kami mengekori sebuah bas ekspres...
Image
  Episod 125 : Kena Scam   Cerita orang kena ‘scam’ dan menanggung kerugian beratus-ratus dan berjuta-juta ringgit membuatkan kita sentiasa berhati-hati agar tidak terkena ‘scam’.. Dalam berhati-hati itu juga aku hampir terkena ‘scam’ apabila aku menerima panggilan telefon daripada nombor yang tiada dalam ‘list’ telefon bimbitku . “Asalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan Encik Che Azmi Bin Che Wil.” Kedengaran suara seorang perempuan muda. “Walaikumsalam, “ aku menjawab panggilan itu. “Saya Aina Bt Ahmad dari HQ Etiqa Takaful Kuala Lumpur. Begini encik, tuntutan insurans kemalangan encik sudah diluluskan sebanyak RM76,800.00. Wang tuntutan itu sudah dimasukkan ke dalam akaun Maybank encik.” “Tuntutan berkaitan apa?,” tanyaku agak ragu-ragu. “Tuntutan kemalangan encik pada bulan Julai 2021,” terang si pemanggil. Aku terdiam kerana aku sendiri tiada membeli polisi insurans dengan Etiqa Takaful dan aku juga tiada akaun Maybank seperti yang diberitahu. “Tapi saya tiada terlibat...