Posts

Showing posts from September, 2024
  Episod : BERANI MATI Kisah berani mati ini berlaku sekitar tahun 2006 yang lalu bermakna sudah 18 tahun . Aku telah membuat keputusan membuka sebuah pusat tuisyen di tengah-tengah sebuah pekan kecil di Taman Eng Ann Klang. Majoriti penduduk di situ ialah masyarakat Cina . Aku satu-satunya Melayu umpama seekor kuda belang dalam kawanan kuda. Hari pertama , pusat tuisyen aku diziarahi sekumpulan anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) bersama-sama dua buah lori yang berjaring. Lori itu digunakan untuk mengangkut perkakasan dan peralatan yang dirampas di premis yang tidak berlesen. Aku telah berunding dengan seorang pegawai yang berpangkat dan mempunyai beberapa paku tersemat di bahu. Aku menjelaskan kepadanya bahawa hari itu adalah hari pertama perniagaan dibuka. Akhirnya, aku diberikan tempoh satu minggu untuk menyelesaikan permohonan lesen perniagaan di pejabat MPK. "Kami akan datang semula pada minggu hadapan. Jika Encik masih tidak memohon lesen kami terpaksa menga...
  Episod : SARIMAH Semalam aku berkesempatan menonton filem arahan TS P Ramlee ' Madu Tiga' . Mataku tidak terlepas asyik memandang wajah pelakon SARIMAH ( Dato). Fikiranku terawang-awang kepada kisah silam sekitar tahun 80-an. Zaman remaja jiwa bergelora. Di tempat tinggal aku ada seorang gadis sebaya aku. Wajahnya seiras pelakon Sarimah. Ada tahi lalat halus di bawah kelopak mata kiri. Bulu matanya original lentik dan matanya galak . Setiap pagi , aku akan keluar rumah serentak dengannya dan berjalan sama ke stesen bas. Ketika itu aku masih bersekolah dan akan menduduki STPM tahun itu. Tapi , aku perasan dia seperti tidak begitu melayan aku kerana dia agak sudah matang walaupun kami sebaya. Gaya dia berpakaian pun tidak kolot seperti gadis sezaman itu . Aku pulak tak pandai bergaya. Jadi, aku buat muka tak malu tetap 'menemani' dia setiap pagi. Berpatah-patah aku bercakap sepatah dia balas itupun dia biarkan aku menunggu. Aku hanya tersengih-sengih macam kerang busuk...