SEPANJANG JALAN KENANGAN 8 Rasa diri ini diabaikan dan diasingkan sangat menyedihkan. Segala pengorbanan seperti tiada harganya. Hasrat hati untuk berhenti kerja semakin menebal dari hari ke hari. Apabila aku masuk ke dalam bilik darjah kurasakan sepi menyelubungi segenap sudut. Aku sudah kehilangan semangat. Sesetengah muridku menyedari hal itu dan mendatangi mejaku. "Betul ke Cikgu nak berhenti," tanya 'L' dengan nada sedih. Wajahnya muram. Kudengar ada esakan tangisan di belakang bilik darjah. ' Z' tidak dapat menahan perasaan sedih. Walaupun aku seorang guru yang garang tetapi mereka tidak pernah menjauhkan diri daripadaku sebaliknya mereka amat rapat denganku. Kami boleh berkongsi rasa. Hari itu hatiku tidak keruan. Hilang sudah momentum di dalam diriku. Segala-galaya seakan dipaksakan. Pengetua tidak lagi bertegur sapa denganku. Begitu juga rakan-rakan sekerja yang patuh akan arahan Pengetua seakan membentuk satu garisan pengasingan denganku dan bebera...
Posts
Showing posts from July, 2022
- Get link
- X
- Other Apps
SEPANJANG JALAN KENANGAN 21 Kugagahi juga untuk bangkit semula setelah beberapa ujian yang menguji imanku. Tidak lama selepas pulih daripada serangan 'TIA' muncul Pandemik Covid-19 pada Feb 2020. Kusangka Covid-19 ini hanyalah penyakit sementara namun pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan umpama memberikan isyarat bahawa Covid-19 bukanlah penyakit biasa. Semua sekolah di seluruh negara diarahkan ditutup manakala pusat tuisyen juga menerima arahan yang sama daripada Pejabat Pendidikan Daerah Klang (PPD Klang) supaya ditutup. Situasi menjadi kucar-kacir kerana sistem pembelajaran ONLINE diperkenalkan bagi meneruskan proses pembelajaran kepada murid-murid. Aku masih cuba bertahan seandainya pusat tuisyen dibenarkan beroperasi semula. Namun, sangkaanku meleset sama sekali kerana kes Covid-19 semakin serius. Enam bulan aku tiada sumber pendapatan kerana semua kelas tuisyen di pusat tuisyen dan kelas personal terhenti. Anak-anakku membantu dari segi kewanga...
- Get link
- X
- Other Apps
SEPANJANG JALAN KENANGAN 20 ‘Kota Rom tidak dibina dalam sehari’ begitulah ungkapan yang sering kita dengar betapa keunggulan kerajaan klasik Rom menjadi titik tolak bukti bahawa kejayaan tidak dapat dicapai dalam sekelip mata. Pengorbanan masa dan tenaga tidak ternilai bagi yang mengerti erti semua itu. Kemalangan pada tahun 2017 menjadi garisan sempadan antara bahagia dan derita yang panjang. Selepas aku benar-benar pulih dan mendapat ‘green light’ daripada doktor yang merawat, aku telah memulakan segala yang telah kubina dari A kepada Z semula. Tiada ungkapan selesa atau mudah untuk membina suatu keruntuhan berdiri tegak semula segagah dulu. Ujian demi ujian terus mendatang dan diri ini tetap yakin akan perancangan Allah adalah terlebih baik daripada perancangan manusia. Lantaran itu, aku, mula mengorak langkah dengan sokongan seorang rakan mengadakan ‘ tour de mission’. Aku dan kawanku mengadakan program bual bicara bersama-sama murid-murid dengan mendapat...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : SETEM Semasa zaman kanak-kanak tahun 1970-an dan 1980-an, masing-masing mempunyai hobi tertentu. Ada yang mempunyai hobi memancing ikan , melastik burung , membela ika pelaga atau menonton wayang . Hobi aku ketika sekolah rendah ialah mengumpul setem. Kebetulan pula aku tinggal di Pelabuhan Klang. Banyak syarikat perkapalan di sekitar pekan kecil Pelabuhan Klang. Selepas pulang dari sekolah , aku dan beberapa orang kawan yang mempunyai hobi yang sama akan berjalan kaki ke syarikat-syarikat perkapalan sekitar pekan Pelabuhan Klang. Semua tong sampah kami punggah untuk mencari sampul surat. Kebanyakan sampul surat bersetem luar negara yang ‘ original ‘. Kegilaan mengumpul setem sehingga aku membeli sebuah album setem. Sampul-sampul surat akan dikoyak di bahagian setem dan sampul-sampul surat itu dibuang semula ke dalam tong sampah. Ada setem dari England, Netherland, China , Burma (Mynmar) , Indonesia , Thailand dan beberapa negara asing. Masing-masing berlumba-lumba...
- Get link
- X
- Other Apps
SEPANJANG JALAN KENANGAN 19 Setiap manusia akan diuji kerana dunia ini temoat ujian dan akhirat jua tempat pembalasan. Ujian paling besar aku berlaku pada tahun 2017. Sebelum itu, aku sudah diuji beberapa kali termasuk ditipu pelanggan dan kawan , persaingan perniagaan secara kotor untuk mencemarkan imej aku dengan menyamar sebagai ‘aku’ , bayaran yuran dengan wang palsu dan paling pahit aku dituduh mencabul murid perempuan oleh orang yang aku kenali namun berita itu disampaikan oleh seorang ibu muridku. Aku tidak melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa kerana aku tidak mahu bersikap gopoh yang akan menjerat diri aku sendiri. Kemungkinan berita itu suatu perangkap kerana pelanduk selalu lupa akan jerat tetapi jerat tidak pernah lupa akan pelanduk. Berita itu akhirnya lenyap begitu sahaja. Pada 5 Mei 2017 hari Jumaat, aku keluar awal pagi untuk mengajar kelas tuisyen di Jalan Jingga, Klang. Hari ini ialah hari pertama aku akan mengajar seorang murid baharu tahun 3. Aku m...
- Get link
- X
- Other Apps
SEPANJANG JALAN KENANGAN 17 Adat orang berniaga ada masa naik ada masa turun. Begitulah juga perkara yang sama aku alami. Kata orang, “setiap sepuluh tahun akan berlaku kemelesetan ekonomi” . Tahun 2012 paling mencabar kerana pusat tuisyen tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Kalau dulu tahun 2002 hanya ada empat buah pusat tuisyen di kawasan Taman Eng Ann Klang tetapi kini jumlah pusat tuisyen di situ sudah hampir 12 buah pusat. Dalam istilah ekonomi, ‘kek semakin kecil.’ Jadi, aku telah membuat beberapa pelan untuk menarik murid-murid namun berbagai-bagai cabaran baharu yang datang. Aku telah berjumpa dengan Guru Besar sekolah rendah dan Pengetua sekolah menengah untuk mengadakan bengkel Bahasa Melayu di sekolah mereka. Rata-rata jawapan yang aku terima ‘TIDAK BOLEH’ dengan berbagai-bagai alasan sama ada tidak mendapat kebenaran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau pihak sekolah sudah mempunyai rancangan sendiri. Begitulah yang terjadi dari satu sekolah ke satu sekolah. Sem...
- Get link
- X
- Other Apps
SEPANJANG JALAN KENANGAN 14 Aku mendapat berita sekolah baharu yang dibuka oleh bekas rakan sekerjaku sudah dibubarkan. Pusat Tuisyen Siswa telah didaftarkan secara rasmi selepas melalui beberapa proses yang rumit. Murid-muridku keluar masuk sepanjang masa. Ada ketika ramai murid ada ketika kurang. Aku tetap bertahan selagi terdaya demi mencari rezeki yang halal. Kalau diikutkan sistem perniagaan aku tidak efektif kerana pada sebelah siang pusat tuisyenku ditutup dan hanya dibuka pada sebelah malam. Ada juga kawan-kawanku memberikan cadangan supaya aku menyewakan bilik-bilik tetapi aku kurang setuju kerana aku agak cerewet. Sebelum ini, aku pernah menolong seorang guru yang hendak mengajar subjek Sejarah di tempatku. Pada mulanya tiada masalah tetapi selepas dua tiga bulan baru tersedar bekalan makanan segera seperti biskut, maggi, dan serbuk minuman sering habis. Rupa-rupanya, guru yang menumpang mengajar itu telah 'menjamu selera' setiap kali datang ke tempatku. Akhirnya, a...
- Get link
- X
- Other Apps
SEPANJANG JALAN KENANGAN 15 Tahun 2008 , aku telah berjaya menamatkan pengajian ijazahku di UPM.Kalau sebelum ini aku dipandang lekeh kerana mempunyai STPM tetapi selepas itu keyakinan diri meningkat. Semasa mengajar murid-murid tuisyen kelas malam , kelayakan akademik aku menjadi pertikaian. Aku dianggap tidak layak mengajar mereka kerana mereka juga calon STPM tetapi aku hanya menjalankan tugas yang diamanahkan . Gajiku di sekolah baru juga sebanyak RM1200.00 adalah berdasarkan kelayakan akademikku. Rakan-rakan sekerja yang memiliki segulung ijazah atau Master menerima gaji antara RM2500.00 hingga RM3500.00 pada tahun 1992. Walau bagaimanapun, kejayaan aku menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu dan Linguistik sekadar pelengkap tahap pendidikanku. Aku tidak lagi bekerja makan gaji yang mungkin ada tangga gaji lebih baik dan faktor umurku sudah mencapai 41 tahun tidak lagi layak memohon pekerjaan di sektor pendidikan. Minat untuk bekerja semula dipengaruhi oleh ga...
- Get link
- X
- Other Apps
SEPANJANG JALAN KENANGAN 16 Banyak perkara berubah apabila tahun berubah. Tahun 1980-an cabarannya lebih kepada membina nama dan menimba pengalaman baharu, Tahun 1990-an pula lebih kepada memantapkan ilmu dan mempraktikkan pengalaman yang sedia ada. Manakala, tahun 2000 pula, tumpuan aku kepada mematangkan pengalaman yang ada untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan sudah tentu cabaran paling utama ialah melunaskan segala komitmen yang ada. Tambahan pula, aku telah menyambung pengajian di universiti pada tahun 2004 secara tidak dirancang menyebabkan aku perlu bijak membahagikan masa , wang dan tenaga. Dari segi masa, aku akan mula bekerja seawal 9.00 pagi hingga 11.00 malam. Memang ada masa ‘break’ untuk solat dan makan tetapi amat meletihkan. Aku terkejar-kejar antara tuisyen di pusat dan tuisyen di rumah murid. Pusat tuisyen ditutup apabila aku keluar mengajar di rumah murid. Aku tidak lagi menggajikan guru-guru sejak terjadi kejadian yang tidak wajar dilakukan oleh...
- Get link
- X
- Other Apps
SEPANJANG JALAN KENANGAN 13 Akhirnya, aku membuat keputusan untuk berhenti kerja bukan meletakkan jawatan seperti rakan-rakanku yang lain. Aku sedar akan keputusan yang kuambil ini sememangnya berisiko tinggi kerana inilah kali pertama selepas 25 tahun berkhidmat sebagai guru sepenuh masa dan kini aku memilih menjalankan perniagaan dalam bidang pendidikan, iaitu tuisyen. Aku telah berbincang dengan isteriku dan dia hanya menurut sahaja keputusan aku. Aku perlu memikirkan bayaran komitmen hutang rumah, kereta, perbelanjaan sara hidup dan lebih mustahak lagi mampukan aku menjalankan perniagaan. Sistem mengajar tuisyen dari rumah ke rumah tidak banyak cabaran atau tanggungjawab yang perlu aku pikul seperti membayar bil utiliti dan sewa bangunan. Semua ini perlu diambil kira sebelum aku ‘terjun’ dalam bidang ini. Aku mempersiapkan diri untuk pergi lebih jauh dan pada masa yang sama aku sedang bertungkus lumus menghabiskan sesi pengajianku di Universiti Putra Malaysia (UPM). Seperti s...
- Get link
- X
- Other Apps
SEPANJANG JALAN KENANGAN 12 Kusangka seorang rupanya tiga orang rakan sekerja di sekolah lama meminta pertolonganku untuk mengajar di sekolah ini. Boleh kukatakan sekolah lama telah ‘terkubur’ apabila kesemua 12 orang guru telah meletakkan jawatan. Pentadbiran sekolah juga telah memutuskan aliran sekolah ditukar kepada sekolah swasta aliran agama. Guru yang dianggap sebagai ‘wali’ juga telah berhenti mengajar kerana berkahwin dengan guru yang selalu aku dijadikannya mangsa menggantikan slot subjeknya. Aku juga dimaklumkan oleh bekas muridku sistem pengurusan sekolah juga berubah ‘Islamik’ dengan beberapa peraturan baharu. Manakala, murid-murid dalam kalangan kaum India dan Cina tidak lagi belajar di sekolah itu. Murid-murid yang gagal atau ingin menyambung pelajaran telah beralih arah ke sekolah ini pula. Hari demi hari bilangan murid semakin bertambah. Malahan, bilangan guru juga bertambah termasuk ‘team’ guru yang kubawa masuk dari sekolah lama. Pen...