Episod : Secebis Pengalaman.. Kalau hendak diukur pengalaman hidup saya dengan ahli-ahli grup SMDD jaraknya terlalu jauh. Usia saya belum lagi dikategorikan warga emas tetapi pengalaman yang saya timba setara emas. Bermula daripada tiada kepada ada. Daripada tiada berharta sekarang adalah sedikit harta. Mula-mula menikah tahun 1989 dulu, cabarannya amat berat. Apatah lagi, sewaktu mengenali orang rumah saya sendiri tidak tahu kedudukan keluarganya sehinggalah seorang rakan arwah bapa memberitahu bahawa keluarga orang rumah kategori bangsawan ( orang berharta di kampung ). Patutlah semasa berkawan, orang rumah asyik bertanya sama ada saya ini seriuskah atau sekadar berkawan. Tambahan lagi, ibu bapanya juga sering mendesak supaya saya segera memberikan kata putus ' Ya' atau 'Tidak'. Suatu hari, setibanya saya di muka pintu rumah selepas balik dari sekolah, ibu bapa orang rumah sedang bersembang dengan ibu bapa saya. "Aduh ! Apa hal pulak ni, " bisik hati saya....
Posts
Showing posts from June, 2024
- Get link
- X
- Other Apps
Episod: Aku Ditakdirkan Jadi Cikgu (11) Setelah beberapa tahun bekerja dan menimba pelbagai pengalaman pahit dan manis aku mulai terfikir untuk melangkah lebih jauh. Maknanya, aku perlu membuat keputusan yang tepat . Berhenti kerja sepenuh masa ! Tahun 2005, pihak pengurusan kolej membuat keputusan menutup sekolah tempat aku bekerja selepas berlaku beberapa krisis dalaman di peringkat kepimpinan . Aku dinaikkan pangkat sebagai Ketua Jabatan Akademik ( HOD ) . Namun tidak lama kerana aku juga berhadapan dengan kerenah rakan-rakan setugas. Pengajaran yang dapat kuambil ialah jangan sesekali melantik rakan sejawatan menjadi 'boss' kerana sukarnya untuk 'mengurus dan mengawal' mereka. Aku meletakkan jawatan sekali lagi untuk kali kedua selepas berkhidmat hampir sepuluh tahun. Keseluruhan tempoh aku bekerja makan gaji dari tahun 1987 hingga tahun 2005. Dengan berbekalkan segulung Ijazah Bahasa Melayu dan Linguistik aku mempunyai keyakinan untuk berjaya dalam perniagaan tui...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Aku Ditakdirkan Jadi Cikgu (10) Kata-kata 'Selamat Tinggal' kepada dunia pendidikan sewaktu aku melangkah meninggalkan bangunan sekolah tidak menjadi kenyataan. Selepas menyeberang jalan menuju ke stesen bas aku disapa seorang lelaki berpakaian kemas dan bertali leher. Lelaki itu ditemani dua orang rakannya . Mereka memperkenalkan diri kepada aku, bagaikan pucuk dicita ulam mendatang . Hari itu aku dilamar oleh sebuah sekolah swasta di bandar Klang yang merupakan anak syarikat kepada sebuah kolej swasta terkemuka di Lembah Klang. Sehingga hari ini , soalan yang tidak dapat kutemukan jawapannya ," Siapakah yang memberitahu mereka aku meletakkan jawatan pada hari dan waktu itu ? " . Akhirnya , aku menerima tawaran kerja dengan gaji permulaan RM1200.00 sebulan . Keterujaan menerima gaji yang agak lumayan pada awal 90-an kuanggap sebagai rezeki kami sekeluarga. Tugasan aku di sekolah ini tidak banyak beza dengan sekolah lama. Aku masih mengajar subjek yang pali...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Ditakdirkan Aku Jadi Cikgu (9) Sudah hampir dua tahun kami berpacaran dan bukan rahsia lagi. Akhirnya , kami mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan setelah 'N' memberitahu aku bahawa ibu bapanya mahukan kepastian tentang hubungan kami kerana ada seorang teruna di kampung 'N' ingin datang merisiknya. Dalam tempoh pertunangan itu, kami sering ke Kuala Lumpur pada hujung minggu untuk mencari barang-barang untuk hantaran . Usai peperiksaan STPM 'N' bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat. Hampir setiap petang aku akan menunggu ' N' pulang bekerja dan menemaninya ke stesen bas untuk pulang ke rumah. Setelah itu, aku bersegera pulang ke sekolah untuk meneruskan tugasan aku. Walaupun ada tawaran di luar sana untuk aku mengajar tuisyen namun tawaran itu terpaksa aku tolak kerana polisi sekolah tempat aku bekerja tidak membenarkannya. Jadi, gaji bulanan aku cukup makan untuk membuat persiapan majlis perkahwinan nanti. Mahu tak mahu, sem...