Episod : Mangkat Kisah ini pernah aku c eritakan pada tahun 2022 dan kali ini aku ulang siar semula dengan sedikit tokok tambah namun inti pati cerita tetap sama. Tahun kejadian kisah ini sekitar pada tahun 1990-an dan dalam operasi ini aku tidak dibenarkan ikut serta tetapi aku diarahkan berjaga-jaga di rumah. Pada malam itu , dua buah kenderaan rasmi pengiring Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Baginda Sultan memasuki halaman rumah bapa mentuaku dengan memasang lampu siren polis berwarna biru . " Sila keluar , Wak Haji. Serah diri !" Bunyi 'speaker' kereta pengiring. Aku yang sedang berbual-bual dengan bapa mentuaku di bilik khas segera bangkit dan membuka pintu kayu. Kelihatan dua buah kenderaan rasmi pengiring baginda memparkir di halaman rumah. Keluar tiga orang pengawal peribadi baginda dengan berpakaian batik lengan panjang. Mereka sebenarnya anggota-anggota polis lain-lain pangkat yang bertugas di istana. Aku mengenali mereka kerana mereka sering datang ke...
Posts
Showing posts from November, 2024
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Telur Berlar i Kadang-kadang kita tidak sedar ada orang menaruh hati kepada kita. Hendak meluahkan bimbang hanya bertepuk sebelah tangan. Namun, soal hati ada orang sanggup melakukan apa-apa sahaja, bak kata orang tua-tua ' badan boleh dimiliki hati tidak boleh dimiliki'. Apabila kasih tidak berbalas boleh jadi buruk padahnya. Apa yang terjadi kepada ' Cahya' (bukan nama sebenar ) adalah angkara sakit hati. Dalam diam Cahya disukai oleh sang teruna tanpa diketahui oleh Cahya. Pertunangan Cahya dengan jejaka pilihan hatinya menyebabkan sang teruna berasa sakit hati. Usai majlis pertunangan yang diadakan di rumah Cahya dan turut disertai saudara mara bertukar menjadi duka. Cahya jatuh sakit dan sering meracau-racau. Segala ikhtiar sudah dilakukan namun tiada apa-apa perubahan pada diri Cahya. Kadang-kadang berjam-jam duduk termenung dan mata asyik melirik ke luar rumah seakan-akan sedang menanti seseorang yang akan datang bertandang. Hari demi hari , keadaan Ca...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Keris Terbang Dalam kehidupan ini manusia akan sentiasa diuji. Kekayaan, kemiskinan, kedukaan dan kegembiraan juga sebahagian daripada ujian Allah kepada hambanya untuk menguji keimanan dan ketakwaan mereka. Kenaikan pangkat sebagai seorang pegawai bagi Idris (bukan nama sebenar ) adalah rezeki mereka sekeluarga. Idris berasa amat bersyukur kerana tidak menyangka akan dinaikkan pangkat pada usianya yang hampir bersara. Namun , kegembiraan Idris tidak lama apabila dia mengalami kejadian misteri yang tidak terduga. Kehidupan Idris sekeluarga menjadi tidak tentu arah. Hampir saban hari mereka diganggu dengan kejadian aneh yang menyebabkan kehidupan mereka kucar-kacir. Paip air disingki rumahnya mengalirkan darah. 'Shower' di bilik mandi dan segala punca air di rumahnya hanya mengalirkan darah pekat. Kejadian yang menakutkan ini dialami Idris sekeluarga sehingga isterinya jatuh sakit. " Ring! Ring ! Ring ! " .Deringan telefon beberapa kali disambut oleh bapa m...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : TOYOL Kegelisahan para penduduk di sebuah kampung di Banting membawa kepada kehadiran aku dan bapa mentuaku ke situ. Kami dijemput oleh penduduk kampung itu untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Sesampai di kampung itu, kami disambut oleh Ketua Kampung dan beberapa orang penduduk kampung seperti biasa aku diperkenalkan oleh bapa mentuaku sebagai menantunya. Selepas bersalam-salaman, kami dijemput naik ke rumah Ketua Kampung. Kami duduk di atas lantai papan ruang tamu sambil dikelilingi penduduk kampung yang hadir sama. Perbualan antara bapa mentuaku dan penduduk kampung tidak aku fahami kerana mereka berbual menggunakan bahasa Jawa. Masing-masing mendengar buah tutur kata bapa mentuaku dengan teliti. "Mungkin orang kampung sini punya kerja," celah salah seorang penduduk kampung. Bapa mentuaku hanya mendengar dengan teliti. Bapa mentuaku diam seketika seperti ada sesuatu yang sedar difikirkan. "Tak bole...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Aku Aminah "Siapa kau?". Mulutnya dikunci dan menggeleng-geleng. "Siapa kau ?,' ulang bapa mentuaku lagi sambil memicit ibu jari kakinya. Pelajar itu meraung-meraung dan meronta-ronta. Akhirnya , pelajar itu menjawab, "Aku Aminah," sambil mengilai-ngilai dengan suara yang nyaring lagi menyeramkan. Bulu romaku dan bulu tengkukku meremang. Masing-masing berpandangan . Suasana di luar dewan makan semakin riuh rendah dengan jeritan dan lolongan yang tak keruan. Kisah ini berlaku sekitar tahun 1990-an. Aku baru sahaja sampai di rumah sewaku yang terletak bersebelahan rumah ibu bapa mentuaku. Tiba-tiba, muncul dua buah kereta lalu diparkir di halaman rumah mentuaku. Beberapa orang lelaki tergesa-gesa masuk ke dalam rumah mentuaku. Aku hanya mengintai di sebalik tingkap cermin nako. "Azmi, ikut bapak ," aku terdengar suara bapa mentuaku melaung memanggil . Aku bersegera mengganti baju kemeja lengan panjangku dengan sehelai kemeja lengan pendek...