Episod : Bila Tiba Ramadan Tak lama lagi akan tiba bulan Ramadan. Setiap kali Ramadan sudah tentu masjid dan surau penuh dengan jemaah bersolat fardu dan solat sunat terawih. Apa lagi bazar Ramadan dibuka di sana sini dengan pelbagai juadah. Seingat aku, Ramadan tahun lepas hanya sekali aku ke bazar itupun sekadar berjalan untuk memeriahkan suasana kerana aku dan isteri lebih gemar memasak di rumah untuk berbuka puasa. Isterilah paling sibuk memasak pelbagai menu untuk berbuka puasa. Ada-ada saja masakan kegemaran aku dan anak-anak dimasaknya. Tambahan lagi, isteriku memang terlatih memasak sejak dia bujang. Cakap saja masakan apa ? Negeri mana?. Laksam, Laksa Johor, Lamb Chop, Fish n Chip , onde-onde, mi goreng dan makanan kegemaran aku sudah tentu mi hoon goreng campur daun kucai. Berulang-ulang kali aku makan sewaktu berbuka dan selepas balik dari solat terawih akan sambung makan lagi. Pada hujung minggu pula, anak-anak yang sudah berkeluarga akan pulang ke rumah kami untuk be...
Posts
Showing posts from March, 2024
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Pengharapan Seandainya, pengharapan ini suatu penantian yang tidak berpenghujung hanya kekecewaan yang terus melingkari diriku. Aku kini terkurung oleh perasaan yang amat pilu. Hanya kuharapkan suatu sinar cahaya abadi di hujung penantian ini. Seandainya ,takdirku begini aku reda menerimanya, Tuhanku. Suatu masa kehidupan ini pernah melalui episod keindahan sehinggalah segala-galanya hilang sekelip mata. Maha hebat ujian-Mu untukku, Tuhan . Kini, tanpa sinar bahagia kutempuhi hari-hari yang mendatang. Seandainya, kekecewaan ini akhirnya akan berterusan takkan kubiarkannya merosakkan diri ini. Biarlah apa-apa pun rintangannya kuharapkan suatu kedamaian akan singgah jua tika pengharapan hanyalah tinggallah pengharapan. Suratan takdir sudah tertulis sebegitu. Seandainya, kebahagiaan itu bukan lagi milikku hanya kepada-Mu aku tetap bersepah. Bahawa penantian ini suatu keresahan dan kegundahan perasaan yang terbawa-bawa dalam kekecewaan
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Senja ( buat isteriku) Usia ini semakin meniti garis senja. Sampai suatu masa keindahan warna senja bertukar gelap gelita. Begitulah apa yang kurasai kini. Keindahan semakin luput hari demi hari. Perjalanan masih jauh untuk ditempuh. Namun, tiada apa yang akan berubah andainya takdirnya sebegitu. Betapa keasingan yang kurasai kini benar- benar mengisi ruang hidupku. Hati ini tidak pernah dan tidak akan ada sekelumit kekesalan . Semuanya seolah- olah sebuah skrip seperti yang kujangkakan terjadi. Barang kali hukuman ini disengajakan demi melihat aku tersungkur. Meskipun, akhirnya aku akan tersungkur namun aku tidak akan sekali-kali mengaku tewas dan menyalahkan takdir. Biarpun hati ini akan menanggung derita yang tiada berpenghujung tetapi aku merasai bahawa Tuhan sentiasa mendengar keluh kesah dan gundah gulana perasaanku. Aku terpinggir sendiri kerana aku memilih untuk berasa dipinggirkan. Seandainya terasing itu lebih membahagiakan. Biarlah kesepian melingkari hari-har...