Episod : Dia Dia kukenali sekitar tahun 1985 sebagai rakan sekelas Tingkatan 6 di sebuah sekolah swasta di bandar Klang. Hubungan kami sekadar kawan biasa. Kebetulan aku dilantik sebagai Ketua Pengawas dan dia sebagai Timbalan Ketua Pengawas. Hari demi hari berlalu sehinggalah kami menamatkan pengajian pada tahun 1986. Masing-masing membawa haluan Masing-masing. Dia bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di bandar Klang. Manakala, aku bekerja di ibu pejabat Lembaga Pelabuhan Klang ( LPK) sebagai tukang cuci. Kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan memaksa aku menerima sebarang tawaran pekerjaan dan paling penting 'halal' . Tiada khabar berita antara kami kerana pada ketika itu hanyalah telefon awam ( pondok telefon) menjadi pemyambung hayat komunikasi. Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia diumumkan pada bulan Mac 1986. Aku mendapat keputusan yang agak baik 4 Prinsipal manakala dia mendapat keputusab sederhana. Aku cuba memohon tempat di universiti untuk menyambun...
Posts
Showing posts from December, 2022
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Selamat Tinggal Aboh ( Abe Rie) Aku menerima perkhabaran berita pemergian besanku pada pukul 8.30 malam bersamaan 28 Disember 2022 melalui panggilan telefon anakku. Mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu. " Innalillahiwainailahirojiun" .Ungkapan spontan itu terpacul dari bibirku. "Baiklah , pandu hati-hati kerana hari sudah malam tentu lebuhraya agak gelap" . "Baik, ayah". Aku menamatkan perbualan. Isteriku menghampiriku dari dapur. "Kenapa, bang?," tanya isteriku. "Aboh baru meninggal dunia," jawabku sebak. Wajah Abe Rie muncul tiba-tiba di ruang ingatanku sambil tersenyum memandang aku. "Jadi kita nak balik Terengganu atau macamana?," tanya isteriku lagi. Aku diam seketika. " Kalau 'drive' malam saya tak berapa nampak . Silau mata saya." Suasana diam seketika. Isteriku berlalu ke arah dapur. " Tadi , kakcik dan Bani pun tak bagi saya 'drive' malam. Bahaya," kataku ke...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Hari Persandingan Semuanya sudah tersurat sejak azali, jodohku dengannya. Sudah 33 tahun aku melayari bahtera rumahtangga ini. Bukan disengajakan atau atas kehendak sendiri tetapi Allah telah menetapkan tiga perkara dalam kamus hidup setiap manusia: jodoh, rezeki dan ajal maut. Kuterimanya dengan hati yang cekal meskipun pelbagai kisah rintangan dihadapi demi menjaga hati keluarga dan teman. Kami disandingkan dalam suasana sederhana sama ada di pihak aku atau isteri. Majlis sebelah isteri dilangsungkan di Kampung Meru,Klang. Amalan bergotong-royong di kampung masih menebal. Dahan pokok getah di sebelah rumah mentua dijadikan pancang untuk mendirikan khemah. Tempat memasak di belakang rumah. Aku tidak dapat menyertai aktiviti persediaan majlis persandingan kerana majikan aku tidak meluluskan cuti. Apatah lagi pada hari pernikahan aku pun aku bekerja kerana tiada cuti. Suasana bertambah meriah dengan kehadiran ka...