Episod : SEMALU Tok! Tok! Tok! . Pintu kelas diketuk . Aku sedang mengajar di hadapan murid-murid Tahun 6 Gemilang. Spontan aku menoleh ke pintu. “Asalamualaikum !” Terpacul wajah Imran di muka pintu sambil tersenyum . “Eh, Cikgu Imran. Ada apa , Cikgu ?,’ tanyaku spontan seperti terkejut. Aku dan Imran merupakan rakan sekerja di sebuah sekolah yang terletak di sebuah bandar kecil di sebuah negeri di Pantai Timur. Kami telah saling mengenali sejak ditempatkan di sekolah yang sama selepas menamatkan pengajian di sebuah Maktab Perguruan. “Ini ada sepucuk surat untuk, Cikgu Nora,” kata Imran memandang tepat ke wajahku. Tangannya menghulurkan sepucuk surat bersampul putih. Aku berasa malu apabila direnung sebegitu namun di dalam hati aku berasa gembira dapat berbual-bual dengan Imran. Walaupun kami di sekolah yang sama tetapi kekangan masa kadang-kadang sukar bagi kami meluangkan masa untuk bertegur sapa. Imran seorang lelaki sederhana dan tutur katan...
Posts
Showing posts from November, 2025
- Get link
- X
- Other Apps
Episod: Cermin Mata Dulu-dulu pelajar yang bercermin mata dianggap pelajar pandai. Itu hanyalah suatu persepsi . Aku mula bercermin mata sejak 1981 semasa aku di Tingkatan 2. Pada mulanya, aku memang menolak untuk memakai cermin mata kerana aku menyimpan cita-cita hendak menjadi anggota polis apabila dewasa kelak. Tetapi kesukaran menyalin nota dan latihan di papan hitam menyebabkan aku terpaksa mengalah. Harga sepasang cermin mata hanya puluh ringgit tetapi dikira mahal pada awal tahun 80-an.Aku terpaksa melupakan cita-citaku untuk menjadi pegawai polis. Halangan utama ialah bersukan. Bimbang cermin mata patah atau pecah. Apabila tiba waktu Pendidikan Jasmani cermin mata kutinggalkan di bawah meja di dalam bilik darjah. Pernah sekali cermin mataku jenis 'sunglasses' tercicir di atas meja sewaktu aku singgah makan di Mc Donald Ayer Keroh,Melaka . Itu pun semasa aku sudah berkeluarga dan mempunyai beberapa orang anak . Entah macamana sewaktu membuat pesanan di kaunter cerm...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod: Kerana SPM Tahun 1984 aku menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) di Sekolah Dato Hamzah, Pelabuhan Klang. Kalau hendak diukur dari segi persediaan boleh aku katakan 50/50. Pada masa itu, serba kekurangan kerana hendak membeli buku rujukan pun kurang mampu. Jadi, buku-buku teks yang diberikan oleh kerajaan menjadii tangkal untuk menghadapi peperiksaan penting. Itu bukan alasan sebenar sebaliknya aku yang kurang berusaha. Hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba. Musim SPM berlangsung selama hampir sebulan tambahan pula aku dalam aliran Sains . Beberapa subjek Sains Tulen seperti Biologi, Fizik dan Kimia menjadi cabaran utama selain Matematik Tambahan. Usai, SPM aku cuba mencari pekerjaan di kilang-kilang sekitar Pelabuhan Klang namun tiada rezeki aku. Akhirnya, aku bekerja sebagai buruh kasar. Setiap hari, tugas aku dan beberapa orang pekerja lain memunggah kayu pelbagai saiz dimasukkan ke dalam kontena. Waktu matahari tepat di atas kepala suhu di dalam ko...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Kampung Palekbang Kampung Palekbang terletak dalam mukim Tumpat,Kelantan. Rumah di belakang aku merupakan rumah peninggalan arwah Che dan Mok Tua. Rumah ini sudah usang tetapi masih didiami oleh seorang makcikku ketika itu . Kiranya, dia tinggal di rumah ini seorang dirinya. Peristiwa yang menjadi kenanganku ketika foto ini dirakam ialah sebelum aku memijak kaki di pelantar rumah itu aku berkata kepada mereka yang berada di sekeliling " Aku cucu Awang Kechik rumah ini menjadi saksi kaki yang memijak ini robohlah rumah ini". Sebaik aku memijak pelantar 'gedebum' lantai kayu roboh dan kaki aku terperosok ke bawah ". Betullah, kata-kataku tadi. Pernah Che memanggil aku duduk di sisinya walaupun aku takut dengannya kerana Che seorang yang berwajah serius dan garang , kata Che " Mu jange baloh jange balas kalu ore khianat ko mu kecuali ore bakar anok bini cucumu . Aku tak izinkan ".(dalam longhat Kelantan). Kata-kata Che ringkas dan padat tetapi ...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Anak Pendekar Seawal perkenalan dengan bakal isteri tidak kutahu dia anak pendekar. Setiap kali aku menonton filem Pendekar Bujang Lapok ( PBL) aku akan terkenang almarhum bapa mentuaku. Kalau dalam filem PBL nama bapa si Ros , Pendekar Mustar. Nama sudah iras-iras bapa mentuaku , Pendekar Mahabon. Namun, sepanjang tempoh berkenalan itu hanya sekali aku pernah berjumpa bapa mentua. Saling tak tumpah Pendekar Mustar. Apabila bercakap , orangnya tenang dan suka bergurau. Kedua-dua tapak tangannya akan dicengkam sambil mulutnya petah berceloteh tentang zaman dulu-dulu. Aku pula jenis suka sejarah rancaklah kami bersembang. Walaupun begitu, batas pergaulan kami tetap dipelihara demi menjaga nama baik keluarga . Jadi, istilah 'dating' tak adalah sangat hanya kebetulan kami bekerja di Klang hanya berjalan sama ke stesen bas Klang-Banting di bawah Great Wall. Kalau nak diukur dari segi keberadaan , aku bukanlah pilihan tepat kerana ramai lagi jejaka kampung yang sudah memi...