Posts

Showing posts from December, 2021
 
  Episod : TERPISAH JUA   Hampir 5 tahun telah berlalu, Jais masih berasa sayang kepada Azi. Namun, perasaan itu hanya bersarang di dalam hatinya. Azi bukan lagi isterinya yang dulu. Segala-galanya berubah sekelip mata. Azi yang dikenalinya semasa mengikuti kursus pembinaan di sebuah daerah di Pahang bertaut kasih dengan perkahwinan yang direstui oleh kedua-dua keluarga. Perniagaan Syarikat Pembinaan Jazi Sendirian Berhad amat berjaya. Syarikat mereka diberikan kepercayaan oleh pelanggan-pelanggan mereka sama ada pihak swasta mahupun kerajaan. Empayar perniagaan syarikat mereka terus berkembang ke beberapa buah negeri. Hasil perkahwinan mereka selama hampir 25 tahun dikurniakan dua orang cahaya mata , Azhar dan Azmah. Kedua-dua anak mereka dibesarkan dengan kasih sayang. Azhar kini seorang jurutera di sebuah syarikat milik usahawan Jepun manakala Azmah seorang wartawan di sebuah syarikat surat khabar terkemuka. Kebahagiaan keluarga Jais mula diuji apabila tiba-tiba Jai...
  Episod : TOK SIAK MUN Kampung Binjai terletak di sebuah daerah di sebuah negeri di Utara dan rata-rata penduduknya orang tua kerana orang-orang muda sudah berhijrah ke bandar mencari rezeki. Di kampung itu hanyalah terdapat kebun getah dan kelapa sawit. Penduduk kampung sudah tidak terdaya untuk melakukan kerja-kerja di kebun melainkan mengupah warga Indonesia yang mencari pekerjaan di kampung itu. Salah seorang penduduk asal Kampung Binjai ialah Tok Siak Mun. Mun Bin Man sudah menetap di kampung itu sejak dia lahir. Arwah datuknya, Min ialah peneroka Kampung Binjai dan kemudian semua kebun getah dan kelapa sawit jatuh kepada arwah bapanya Man yang merupakan anak tunggal dalam keluarga. Kebun getah dan kelapa sawit seluas 20 ekar peninggalan arwah ayahnya itulah yang menjadi sumber rezeki Tok Siak Mun sejak muda hingga sekarang usianya sudah mencecah 74 tahun. Tok Siak Mun mempunyai seorang isteri bernama Maimun dan seorang anak perempuan tunggal bernama Minah. Kini, Minah sedan...
     
  Episod : JANGAN ADA DUSTA ANTARA KITA Jeff (bukan nama sebenar) merupakan seorang eksekutif yang ternama di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Jeff amat disenangi boss dan rakan-rakan sepejabat. Selama lebih 15 tahun berkhidmat sudah beberapa kali Jeff menerima pelbagai anugerah daripada majikannya. Ketampanan Jeff juga dicemburui rakan-rakan lelakinya di pejabat. Memang Jeff pandai bergaya apatah lagi rakan-rakan perempuan boleh cair melihat Jeff. Salah seorangnya Mona , gadis yang lahir dan dibesarkan dari Kuala Lumpur. Sudah tentu Mona juga seorang gadis yang pandai bergaya. Rakan-rakan perempuan lain yang cuba mendekati Jeff terpaksa memendam perasaan kerana Mona. Jeff sebenarnya bukanlah terlalu terpesona dengan Mona tetapi sikap gedik Mona terpaksalah Jeff melayannya. Jeff dan Mona sering keluar bersama sewaktu 'lunch' dengan kereta BMW Jeff. Perasaan irihati rakan-rakan perempuan di pejabat yang sama meluap-luap. "Dia ingat dia lawa," cebik Rina (bukan n...
  Episod : JANTAN DURJANA Pada mulanya aku tidak begitu menghiraukannya kerana terdapat lebih 200 permintaan untuk menjadi rakan FBku. Ada juga mereka yang pernah menendang aku keluar daripada senarai ‘friendlist’ mereka tetapi sekarang ‘merengek-rengek’ meminta aku supaya menerima mereka sebagai rakan FB. Dunia ini macam-macam ada. Dalam kalangan mereka , ada satu nama berbaur Pantai Timur juga memohon menjadi rakan FBku. Itupun sudah lebih 2 bulan aku biarkan sahaja kerana aku agak memilih juga sesiapa yang ingin menjadi rakan FB. Ada yang bernama Melayu tetapi gambar warga Bangladesh. Ada juga bernama orang Barat tetapi wajah seperti orang Taiping. Ada juga nama manusia tetapi gambar haiwan buas. Semua pemohon aku biarkan dalam senarai menunggu. Setelah membuat pemeriksaan ringkas dan mengenali ‘rakan’nya di dalam profile akhirnya aku ‘accept’ juga pemohon ini. Salam perkenalan dihulurkannya kepadaku melalui ‘messenger’ tetapi aku membalasnya selepas 2 minggu kemudian. Pad...
  " Apo Nak Dikato.. Oh Menteri" ado menteri sayang kasut ado menteri hilang lesap ado menteri ke hulu ke hilir bawa tabung ado menteri suka melambai-lambai ado menteri suka potong reben ado menteri suka makan kek ado menteri tak tahu fungsi ado menteri pandai menyapu ado menteri suka swafoto apo nak dikato ,,oh menteri
  Episod: SURI Rahim terpaksa pulang ke kampung kerana isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka. Perasaan Rahim amat teruja setelah nenanti hampr 5 tahun selepas mendirikan rumah tangga. "Abang ajaklah kawan abang temankan abang," kata Ratna semasa Rahim memberitahu dia akan pulang pada malam itu. "Berjalan pada waktu malamkan bahaya, bang," sambung Ratna lagi. Rahim terdiam seketika. "Insyallah, selamat Ratna," kata Rahim cuba menyedapkan hati Ratna. Ratna temannya semasa di universiti dulu akhirnya mereka berkahwin. " Abang dah tanya dengan kawan-kawan tapi semua ada hal," ujar Rahim. Perbualan melalui telefon bimbit pada malam itu berakhir apabila Ratna mengalah dengan keputusan Rahim untuk memandu sendirian pulang ke kampung. Perjalanan Rahim sudah melepasi 2 jam melalui Lebuhraya Karak. Badannya berasa sangat letih kerana selepas sahaja pulang dari pejabat dia terus memandu kereta ke arah Pantai Timur. Beg pakaiannya sud...
  Episod : Alor Setar ( Hari-hari Terakhir )   Semalam, sekembali dari Kuala Perlis selepas bersiar-siar di Padang Besar, aku memandu kereta ke Alor Setar. Jalan raya lengang dan pemandangan indah di sepanjang perjalanan. Di Padang Besar , banyak kedai ditutup barang kali kesan Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Harga barang-barang yang dijual sama dengan harga di sini dan kami hanya menjamu mata. Di seberang kedai Padang Besar lama terdapat sebuah bangunan baharu “Padang” yang juga menjual barang-barang seperti di kedai-kedai lama.   Malahan, pengunjung lebih tertumpu di sini kerana terdapat gerai makanan dan minuman serta buah-buahan. Suasana di “Padang” baharu lebih meriah.   Dalam perjalanan pulang, kami singgah makan pulut mangga dan mi celup. Memang terasa ‘pure’ masakan Thai kerana kedudukan Padang Besar hanya bersebelahan pintu masuk Thailand. Selesai makan, kami bergerak ke Alor Setar sambil melayan lagu-lagu retro yang diputarkan oleh Radio Klasik...
  EPISOD : SAYA JUTAWAN   Di luar cuaca mendung. Langit gelap. Bila-bila masa hujan akan turun. Suasana di dalam bank agak lengang.   Aku masih menunggu giliran untuk berurusan di kaunter. Tidak lama kemudian,   masuk seorang lelaki yang agak berumur bersama-sama anak perempuannya. Wajah lelaki yang berkemeja dan berseluar jeans itu sedikit serius. Dia kelihatan segak seperti orang berada.   Dia duduk berdekatan dengan aku. Kami saling berpandangan dan aku tersenyum kepadanya tetapi wajahnya serius. Anak perempuannya sedang berurusan di salah satu kaunter. “Asalamualaikum, “ aku menyapanya. Dia menoleh dan menjawab salamku sambil tersenyum tawar. Tiada perbualan antara kami. Hanya kedengaran hujan di luar sedang menggila.   “ Tinggal mana ?, ” dia memulakan perbualan yang sepi seketika tadi. “Saya dari Klang,” jawabku sambil tersenyum. “Asal mana ?,” tanyanya lagi. “Saya lahir dan dibesarkan di Pelabuhan Klang tetapi keturunan Kelantan, ” ...
  Episod : KAIN PELIKAT LA LA LA   Awal tahun 80-an dulu, seperti ada suatu kesedaran tentang agama. Walaupun, pada masa itu banyak rancangan hiburan disiarkan melalui kaca televisyen dan gerakan reformis Islam mula berkembang. Banyak justifikasi tentang dunia hiburan yang membawa kepada beberapa tindakan drastik.   Pada masa ini juga , aku yang sedang meningkat remaja tidak terkecuali terikut-ikut dengan ‘trend’ reformis agama. Dalam kalangan rakan-rakan sebayaku sudah ada yang keluar ‘menuntut’ pelbagai ilmu seperti ilmu persilatan , ilmu tarikat dan ilmu kebal. Seorang rakanku buta sebelah mata akibat terkena keris semasa belajar ilmu persilatan.   Namun begitu, aku mengambil pendirian bersederhana dalam semua perkara hingga kini. Ketaksuban terhadap kelompok atau individu akan membawa kepada penyesalan. Aku sendiri pernah duduk dalam kumpulan usrah di surau tempat tinggalku. Pada suatu malam selepas solat maghrib, salah seorang penduduk di situ menawa...