Episod : KENA TARIK Cabaran berniaga setiap orang berbeza-beza. Bagi aku , kelas tuisyen mengalami masa suram pada hujung tahun bermula Oktober hingga Januari. Kebanyakan ibu bapa akan mengambil cuti selepas selesai peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Takwim cuti sekolah bermula bulan November hingga Disember. Sepanjang cuti sekolah, ramai yang bercuti ke luar negara , balik kampung atau tidak hadir tuisyen untuk menjimatkan kos. Situasi ini sudah kulalui belasan tahun sejak aku menceburi industry tuisyen, bak kata orang tua-tua ‘ untung sabut timbul untung batu tenggelam’. Sememangnya, aku mempunyai komitmen yang agak ektrim setiap bulan kerana aku perlu melunaskan hutang rumah-rumah dan kereta-kereta selain keperluan harian, sewa bangunan dan bayaran bil semasa. Lesen Majlis Perbandaran Klang (MPK) juga perlu dilunaskan setiap hujung tahun atau kelewatan membayar akan disusuli surat denda. Jadi, h...
Posts
Showing posts from October, 2022
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Selamat Hari Jadi Rancangan ke Melaka sudah dirancang sebulan yang lalu sebelum Hari Deepavali. Aku memilih cuti Hari Deepavali kerana semua kelas tuisyen aku bercuti. Sebuah apartment telah disewa untuk satu malam berharga RM750.00 dengan ' breakfast' untuk enam orang dan tiket masuk 'water park' di dalam kawasan di TAHITI VILLA tempat penginapan kami. Aku dan isteri sebuah kereta manakala dua buah kereta anak-anakku menyusul dari belakang. Perjalanan sangat lancar dan aku sampai di Tol Ayer Keroh sekitar jam 11.45 pagi dari Klang pada pukul 10.00 pagi. Kami sudah berjanji untuk berjumpa di restoran Cendol Kampung Hulu yang berdekatan Masjid Kampung Hulu. Aku terus menuju ke apartment anakku , Mukriz di Bukit Beruang kerana dia dan kawan-kawannya menyewa di situ. Setiap hari mereka berulang alik ke UTeM yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan dengan menunggang motosikal. Setelah itu , Mukriz mengambil alih tempatku sebagai pemandu menuju ke destinasi ya...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Anak Saya Setiap hari, ayah berulang-alik dari rumah di Jalan Kem , Pelabuhan Klang ke Pelabuhan Utara dengan berbasikal. Tidak kira siang atau malam , hujan atau panas. Itulah, ayah. Ayah tidak pernah mendapat pendidikan formal di sekolah. Pengalaman hidup ayah ialah sekolahnya yang sebenar. Ketika aku memasuki darjah satu di Sekolah Rendah Methodist, Pelabuhan Klang , ayahlah menghantar aku pergi dan balik sekolah dengan menunggang basikal tuanya. Ayah tersenyum lebar apabila melihat aku duduk di barisan depan. Ayah akan berjumpa dengan guru kelas aku dan berkata " Ini anak saya" . Setelah beberapa ketika , aku menaiki van sekolah yang dipandu oleh rakan sekerjanya dulu yang sudah pencen. Ayah akan memimpin aku menaiki tangga bas dan memastikan aku mendapat tempat duduk paling hadapan di belakang pemandu van . Namun, ayah sentiasa menyediakan keperluan sekolahku.Ayah membelikan aku sebuah beg kotak berpetak-petak warna merah, alat-alat tulis dan buku tulis. Semu...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : NO NO YES NO NO Pagi ini, aku menghadiri janji temu dengan doktor pakar Peadodontik di Klinik Aneka Klang. Kawasan parkir klinik sendat seperti biasa. Aku memparkir kereta di hadapan sebuah tadika milik Majlis Perbandaran Klang. Mataku mengintai-ngitai juga kalau ternampak Aiman , cucuku yang belajar di tadika itu tetapi tiada sesiapa di halaman luar tadika. Aku berjalan kira-kira 100 meter ke klinik dan naik ke tingkat 1. Aku diminta mengisi sekeping borang tentang maklumat diri dan sejarah kesihatan aku. Setelah itu, namaku dipanggil oleh seorang pembantu doktor masuk ke bilik rawatan. Seorang doktor perempuan yang peramah sudah menunggu aku di dalam bilik. Dua orang pembantu doktor sangat peramah dan sentiasa tersenyum dengan gigi yang tersusun rapid an bersih. Oh, ya aku di klinik gigi. Aku diminta berbaring di atas kerusi khas yang boleh dilaras kedudukannya. Aku ditemuduga oleh doktor pakar tentang catatan sejarah kesihatan aku. Inilah kali ketiga ak...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Makwe Sekolah Sebelah Dulu-dulu tahun 80-an, aku bersekolah menengah di SM Dato Hamzah,Pelabuhan Klang. Sekolah yang pelajar-pelajarnya lelaki sahaja. Manakala, sekolah sebelah-menyebelah pelajar-pelajarnya perempuan dan sekolah bercampur. Sebagai pengawas sekolah ,tentulah agak bergaya dengan baju kemeja biru lengan panjang , seluar putih, kasut kulit hitam dan blazer biru ada logo sekolah sebesar tapak tangan. Duti yang paling ditunggu-tunggu ialah menjaga pagar sekolah pada sesi pagi. Seawal jam 7.00 pagi, aku dan kawan aku Roy budak serani boleh tahan hensem macam Dato Hans Isaac selalu digandingkan bertugas di pintu pagar sekolah. Selain memeriksa pelajar-pelajar yang berbasikal atau berjalan kaki, mata kami turut memerhati makwe-makwe dari sekolah sebelah. Senyuman berbalas senyuman . Mata bertentang mata. Tapi, tak berani nak menegur atau bersembang. Jarang-jarang sekali, pengawas yang menerima arahan duti menjaga pagar sekolah sanggup bertukar du...