Posts

Showing posts from May, 2022
  Episod : MONEY CHANGER Dulu-dulu sekitar tahun 1986 , terdapat sebuah kedai Money Changer (MC) di tingkat bawah bangunan UMBC Pelabuhan Klang. Sebuah lagi kedai Money Changer di tepi jeti Pelabuhan Klang. MC di bangunan UMBC di tengah-tengah pekan kecil Pelabuhan Klang (Kuala) dimiliki oleh peniaga India Muslim. Manakala, MC di jeti pula dimiliki oleh peniaga Cina. Aku tidak pernah melihat kedai MC dimiliki peniaga Melayu. Kedudukan Pelabuhan Klang sebagai sebuah pekan yang sentiasa dikunjungi kapal-kapal dagang atau kapal perang luar negara menjadikan perniagaan MC sangat rancak. Kelasi-kelasi kapal atau anggota-anggota tentera kapal perang dari luar negara akan bertumpu di MC untuk menukar matawang asing. Pekerja-pekerja di dermaga Pelabuhan Klang juga ada membuat tukaran matawang asing yang didapati daripada kelasi-kelasi kapal dagang yang singgah. Sejak aku mula menulis karya sastera di akhbar dan majalah, bayaran yang diterima dalam bentuk cek. Ketika itu, akaun yang aku mil...
  Episod : LAWAN TENTERA Flat LPK (Lembaga Pelabuhan Klang) terletak di sebelah pintu masuk ke dermaga Pelabuhan   Selatan. Kejadian letupan dan kebakaran besar sekitar tahun 1980 masih segar di dalam ingatanku. Pada malam malapetaka itu, aku dan adik-beradikku berkaki ayam menuju ke Sungai Udang Klang ke rumah sepupuku untuk menyelamatkan diri. Anggota-anggota FRU dan tentera sudah mula membanjiri pekan kecil Pelabuhan Klang bagi menjaga keamanan dan keselamatan. Peristiwa jemaah haji yang akan berangkat ke Mekah pada awal tahun 80-an dengan menaiki kapal laut di dermaga Pelabuhan Selatan seakan-akan pesta. Kereta dan teksi berpusu-pusu memasuki pagar Pelabuhan Selatan. Ada juga bakal jemaah haji dan keluarga mereka duduk singgah di rumah-rumah penduduk flat. Bukan ahli keluarga kami tetapi kami menyambut mereka yang datang dari seluruh pelusuk negara dengan tangan terbuka. Kami menghidangkan minuman untuk menghilangkan dahaga. Pelayaran ke Mekah melalui jalan laut meng...
  Episod: BERPELUH SATU BADAN Benda boleh selesai tapi saja cari pasal ..kisah dua hari sebelum raya. Tiga kereta saling menyondol semasa lampu merah. Pemandu kereta pertama yang melanggar warga emas suami isteri. Kereta yang tengah wanita muda. Aku paling depan . Sedang asyik melayan Radio Klasik .."sayang semuanya sudah terlambat.." Suara Shidee memang merdu. "Gedegangggg". Hampir tercabut cermin mata. "Alahai.." Aku pun keluar dari kereta. Sensor belakang MYVI is KING berlubang. Baru dua bulan lepas aku cat baru keretaku sama 'colour' pulak dengan BMW 'new series'. But kereta dan bumper pakcik remuk. Mungkin dia mengantuk tertekan pedal. Bumper kereta MYVI is KING pemandu wanita itu rebeh. Aku ajak mereka je tepi kubur bersebelahan Masjid Ar Rahimiah depan Hospital Besar Klang. Masing2 melihat kerosakan kereta masing. "Beginilah, masing-masing ikut saya pergi bengkel area sini. Tanya bengkel berapa kena repair," cadang aku kepa...
  EPISOD : SEMINGGU RAYA ( Hari Pertama )   Hari Raya Aidilfitri tahun ini jatuh pada 2 Mei 2022 hari Isnin bersamaan 1 Syawal 1443H setelah diumumkan oleh penyimpan mohor besar Majlis Raja-raja Melayu. Suasana pada malam itu sedikit kelam-kabut memandangkan tarikh Hari Raya Aidilfitri telah ditandakan di dalam kalender 3 Mei 2022 bersamaan hari Selasa. Semua ini adalah ketentuan Allah swt jua. Keesokan pagi kedengaran takbir raya dari corong Masjid Al-Falah . Kampung Idaman, Pelabuhan Klang. Aku dan dua orang anak lelaki, Mukriz dan Eiman bersiap dengan berbaju Melayu dan bersampin menuju ke masjid. Kami sampai di masjid pada jam 8.00 minit pagi dan jangkaan aku solat sunat Aidilfitri pada jam 8.00 pagi meleset kerana solat bermula jam 8.30 pagi. Semasa solat Subuh tiada pengumuman tentang masa solat sunat hari raya diumumkan. Kebanyakan Jemaah yang hadir di masjid dengan wajah yang berseri-seri memakai pakaian lengkap berbaju Melayu dan bersampin lengkap. Sebahagian ...