Posts

Showing posts from March, 2025
  Episod : Ramadan Ini "Nanti suruh ibu makan sama," pesanku kepada anak lelakiku yang sedang memasak di dapur. " Ayah potong buah tembikai ,ya. Harap-harap buahnya manis," aku membuka pintu peti sejuk lalu mengambil sebiji buah tembikai yang aku beli siang tadi. Aku membelah dua buah tembikai dan separuh lagi aku simpan semula di dalam peti sejuk. Anakku memasak ayam masak kicap dan telur dadar untuk berbuka puasa hari pertama. Isteriku keluar masuk dapur melihat anakku memasak. Sejak isteriku kurang sihat, anakku jadi tukang masak. Masakan ala kadar untuk mengisi perut. Satu jag air cincau ditambah ais batu. Semalam selepas Maghrib, aku bersolat jemaah dengan isteriku. Usai solat aku mengajarnya membaca niat berpuasa. Mulutnya terkumat-kamit. " Esok kita berpuasa bulan Ramadan," ujarku sambil melihat sejadah . Isteriku hanya diam seribu bahasa tanpa reaksi. Begitulah keadaannya sehari-hari. Kadang-kadang termenung di kerusi dan kadang-kadang keluar masuk...