Episod : TOK SE Pagi ini jam lapan setengah pagi, aku sudah duduk mengadap komputer ribaku. Pagi ini juga aku duduk mengajar seorang muridku yang berpengkalan di TUDM , Subang. Sepatutnya , pembelajaran pagi ini berlangsung selama dua jam tetapi dipendekkan masa satu jam sahaja. Pagi hujung minggu segala kelelahan dilontar jauh-jauh tetapi pagi ini aku sudah bersiap-sedia untuk mengumpul kelelahan baharu. Usai sejam sesi pembelajaran , aku membuka emel yang bertimbun dan satu persatu kubaca termasuk emel yang tidak diketahui dan aku kategorikan sebagai sampah. Kemudian, aku menyemak jadual kerjaku dan janji temu pada minggu depan. Hari Isnin aku akan ke Pejabat Tanah Klang kemudian singgah di Sekolah Methodist Pelabuhan Klang atas urusan penambahbaikan surau sekolah dengan Guru Besar. Hari Selasa pagi menghadiri majlis resepsi anak buah isteriku di Bukit Jelutong, Shah Alam. Pada tengah hari, sesi pembelajaran kelas personal hingga lewat petang . ...
Posts
Showing posts from January, 2022
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Orang Ketiga Ramlan (bukan nama sebenar) seorang lelaki yang amat penyayang. Apa jua kehendak isterinya Ramlan akan cuba memenuhinya walaupun dia sedar kadang-kadang kemampuannya sangat terhad. Tambahan pula, komitmennya keliling pinggang. Hamidah(bukan nama sebenar) isteri Ramlan sejak 20 tahun yang lalu sangat dicintai oleh Ramlan. Hamidah sedar dan amat sedar bahawa Ramlan sangat menyayanginya lebih dari segala-galanya. Kehidupan mereka sangat bahagia dengan 3 orang anak yang sudah berkeluarga. Banyak masa Ramlan dan Hamidah berdua-duaan bertemu kawan dan menikmati makanan kegemaran mereka. Namun, ada ketikanya Hamidah suka membuat sesuatu perkara mengikut kemahuannya. Ramlan amat menyedari sikap Hamidah itu. Kebiasaannya Ramlan akan bertanya sepintas lalu apabila melihat Hamidah membeli sesuatu seperti kata orang hendak 'reward' diri sendiri. Ramlan bukan tidak mampu membelikan apa-apa saja barang yang diingini Hamidah tetapi barang kali Hamidah ingin membeli den...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Kerana Pulut Santan Binasa Peristiwa ini terjadi pada awal tahun 2000 di sebuah sekolah swasta di bandar Klang tempat aku mengajar. Di sekolah ini seperti juga sekolah kerajaan mempunyai undang-undang dan peraturan yang wajib dipatuhi oleh semua murid. Aku mulai menyertai sekolah swasta ini sekitar tahun 1992 sebagai guru sambilan sebelum aku menerima surat tawaran sebagai guru tetap pada tahun 1995. Aku menyertai sekolah ini pun bukanlah dirancang atau ada plan A, B atau C. Aku membuat keputusan meletakkan jawatan di sekolah lama selepas berkhidmat selama 5 tahun dari tahun 1987 atas faktor-faktor dalaman. Sebaik sahaja aku melangkah keluar dari kawasan sekolah aku terus menuju ke perhentian bas Klang – Banting di bawah Great Wall. Aku telah disambut oleh tiga orang yang tidak kukenali . Mereka berpakaian kemas dan bertali leher. “Hi, Cikgu Azmi. U boleh ikut kita tak untuk bincang,” kata salah seorang daripada mereka. Aku yang tidak mengenali me...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : P Kalimuthu Pada tahun 1993, negara digemparkan dengan kemunculan sosok tubuh seorang penjenayah yang dikategorikan sebagai seorang ‘Trigger-Happy’. Penjenayah yang dimaksudkan ialah P Kalimuthu aka Bentong Kali. Ketika itu Dato ( Tan Sri ) Zaman Khan selaku orang nombor satu Cawangan Khas PDRM, Bukit Aman telah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menangani kes P Kalimuthu dan operasi berkenaan dinamakan ‘Ops Buncit’. Wajah P Kalimuthu telah disiarkan di semua dada akhbar utama dan bantuan orang ramai diperlukan untuk mengesan penjenayah tegar ini. Dia juga dikatakan seorang penjenayah kejam kerana akan menembak sesiapa sahaja tanpa alasan yang munasabah dengan sekali petik dan melekatlah gelaran ‘Trigger-Happy‘.Berita tentang pembunuhan demi pembunuhan yang dipercayai dilakukan oleh P Kalimuthu tersiar di dalam surat khabar semua bahasa di negara ini. Aku yang kaki surat khabar akan mengikuti berita tentang P Kalimuthu melalui surat khab...
- Get link
- X
- Other Apps
EPISOD : SEBALDI AIR SEKUNTUM SENYUMAN Kisah ini berlaku pada tahun 1986 dan ketika itu aku bersekolah di Tingkatan Enam dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Selama aku tinggal di flat masalah yang paling menyusahkan ialah masalah bekalan air terputus. Setiap kali timbul masalah air, kami yang tinggal di tingkat atas terpaksa turun naik mengambil air di rumah jiran di tingkat bawah. Tekanan air yang rendah menyebabkan tangki air di tingkat atas kering kontang. Jadi, hendak tak hendak terpaksalah berkongsi air dengan jiran yang baik hati. Aku mengeluh panjang kerana terpaksa mengangkut air seperti jiran-jiran lain. Ketika itu golongan tua tidak perlu mengangkat air kerana golongan muda akan membantu sebaldi dua mengangkut air ke rumah mereka. Sikap kasih sayang antara golongan muda dan golongan tua sentiasa dipelihara. Tiada upah hanya ucapan ‘terima kasih’ sudah membuatkan hati berasa gembira. Ada yang membawa pa...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : BOLING TIN Kalau zaman sekarang main boling sudah menjadi permainan ‘mahal’ kerana kasut perlu disewa dan gelanggang juga mengikut jam bermain. Tahun 1980-an dulu pun sudah ada boling. Namanya, boling tin. Kami budak-budak Flat LPK akan bermain boling tin pada sebelah petang atau cuti sekolah Sabtu dan Ahad. Beberapa biji tin dicari dan dikumpul untuk dijadikan sasaran balingan selipar. Tin susu ‘Dutch Lady’ memang sesuai untuk bermain boling. Tin-tin ini akan disusun bertingkat kebiasaanya tiga tingkat dari empat, tiga , dua dan satu di puncak. 10 tin disusun dan setiap pembaling selipar perlu berada 20 atau 30 langkah. Jadi, selipar Jepun yang jenis berat dipotong talinya dan dijadikan alat pembaling. Kami menggunakan bola getah yang berat dan padu sebagai alat pembaling. Apabila dibaling dengan kuat dan tepat mengenai tin-tin yang disusun masing-masing bertempiaran lari lintang-pukang kerana pembaling akan sepantas kilat mengutip bola ...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : BATU GILING Kalau tak main mercun katak memang tak sah. Tambah lagi, bersebelahan flat tempat aku tinggal ialah rumah kuaters. Tidak kira India, Cina dan Melayu sama-sama bermain merun tembak berharga 20 sen sebatang. Kedudukan kami di tingkat tiga memang memberi kelebihan kepada kami untuk menyerang kumpulan sasaran di sebelah flat. Mereka terdedah kepada serangan padu kami di atas. Kejadian tembak-menembak mercun ini berlarutan sampai pukul 9.00 atau 10.00 malam selagi duit belum habis. Meriahnya nak sambut raya. Dalam kalangan budak flat sederet dengan rumahku ialah sebuah keluarga Tionghua. Ah Mei dan kakaknya Ah Ling memang ganas menghalakan mercun ke arah kumpulan sasaran yang menyorok di sebalik pokok bunga kertas. Kadang kala , mereka melakukan serangan hendap dengan menghampiri pagar dan menembak kami secara membabi buta dan dibalas oleh Ah Mei dengan dua tiga batang mercun lagi dan aksi terakhir membaling kayu mercun kea rah sasaran dengan...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Isteri Cantik Bukan disengajakan pada pagi itu aku dengan isteri bersarapan di kampung kelahiran isteriku,Meru. Kebetulan pula, dua orang rakan kami yang juga suami isteri turut bersarapan sama. Kami rancak bersembang apabila seorang rakan kepada rakanku itu singgah di warung tempat kami bersarapan. Kami bersalam-salaman. Rakanku itu kunamakan 'S' dan rakannya kunamakan 'R' . 'R' mengambil tempat duduk berhadapan dengan isteriku manakala aku duduk di antara isteri dan rakanku 'S' . Perbualan semakin rancak kerana masing-masing sekampung kecuali aku. " Ini siapa ?," tanya 'R' kepada 'S' . Aku hanya tersenyum pertanyaan 'R' . "Ini isteri ,Cikgu," jelas rakanku 'S' . "Inikan anak ...(sambil menyebut nama arwah pak mentuaku)," sambung rakanku 'S' . " Oo..ini kakaknya ...(sambil menyebut nama adik iparku pula)." Aku hanya mendengar sambil menikmati roti canai dan teh t...