Episod : SEORANG ANWAR IBRAHIM Sejujurnya saya tidak mengenali sosok tubuh saudara Anwar Ibrahim (AI) secara dekat atau personal. Saya mengikuti langkah perjuangannya ketika mengepalai pertubuhan ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia ). Pada tahun 1984, saya telah dilantik sebagai Ketua Pengarang Buletin Persatuan Agama Islam di sekolah saya. Dari situlah , saya telah terlibat secara tidak langsung di dalam program di Yayasan Anda yang sangat dekat dengan oleh saudara AI. Wakil-wakil pelajar dari Persatuan Agama Islam telah dipilih menyertai program di Yayasan Anda yang ditaja dan ditanggung. Yayasan Anda terletak di ibu kota Kuala Lumpur. Beberapa orang penuntut universiti telah menjadi mentor kami sebagai peserta dan bertanggungjawab mengatur perjumpaan dan program kami itu. Program di Yayasan Anda lebih kepada persediaan pelajar-pelajar untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun tersebut. Kami dibawa ke sana dengan menaiki kereta yang dipandu oleh mentor. Aku mend...
Posts
Showing posts from November, 2022
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : PRINSIP Pagi ini, tugas aku membawa kakak sulungku yang juga OKU untuk mendapatkan rutin rawatan di Klinik Kesihatan Pelabuhan Klang (KK Pelabuhan Klang). Sepanjang perjalanan dari Taman Pendamar Indah , bendera-bendera berbilang parti berkibar megah. Barisan Nasional, Perikatan Nasional, Harapan dan Calon Bebas untuk merebut kawasan P110 Klang. Aku hanya tersenyum sinis kerana teringat PRU14 dulu aku , dengan bertongkat ketiak aku keluar mengundi di Sekolah Menengah Bukit Tinggi. Akhirnya, Parti Harapan (PH) mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan tetapi selepas 22 bulan memerintah , kuasa jatuh kepada parti yang tewas. Adakah kali ini akan berlaku juga situasi yang sama apabila parti yang kalah memegang tampuk kuasa ? Senyumanku bertukar kelat. Aku tiba di perkarangan KK Pelabuhan Klang sekitar jam 10.50 pagi. Aku memberhentikan kereta di sebelah seorang anggota sekuriti yang sedang leka melayan telefon bimbit tanpa mempedulikan sesiapa yang lalu lalang di situ....
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Macam Agong Aku dipindahkan dari Bilik Isolosi ke Wad PKRC untuk pesakit Covid pada pukul 3.00 pagi. Aku ditemani seorang pegawai perubatan menaiki sebuah ambulans. Di pertengahan perjalanan, ambulans singgah di bangunan lama untuk menumpangkan seorang lagi pesakit. Seorang pesakit perempuan yang terbaring di atas 'stretchers' kuanggarkan beratnya melebihi 200 kilo. Kami sampai di Wad PKRC kurang 10 minit kerana wad ini dulunya ialah asrama jururawat wanita. Terdapat tiga buah blok dua tingkat berwarna merah jambu diduduki oleh pesakit-pesakit Covid lelaki dan perempuan. Hanya pesakit Covid kritikal ditempatkan di wad kecemasan di bangunan lama HBTAR. Aku ditempatkan di Room 7 Bed 19 tingkat bawah. Sebuah bilik yang mempunyai 3 buah katil. Keadaan di sini lebih selesa berbanding di khemah. Kalau di khemah, tandas bergerak sebanyak 4 buah disediakan di luar kawasan pesakit ditempatkan. Setiap kali hendak menggunakan tandas terpaksa menadah air di dalam sebuah baldi k...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : SCAM Hari ini hari ke-3 aku dirawat di wad PKRC Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang. Aku , Uncle Subramaniam dan Uncle Lim masih di ROOM 7 sejak hari Jumaat lepas. Kami bertiga hanya berbaring di atas katil masing-masing. Uncle Subramaniam di sebelah katilku manakala Uncle Lim di sebelah tandas kerana dia mempunyai masalah pembuangan air kecil dan terpaksa menggunakan beg khas bagi mengumpul air kencing. Manakala, susu dituang melalui tiub yang ditebuk di badannya. Aku lebih banyak berbual-bual dengan Uncle Subramaniam tetapi Uncle Lim lebih banyak masa terbaring di atas katil. Aku dan Uncle Subramaniam bercerita tentang pengalaman masing-masing. Suasana sangat mesra antara kami. Jururawat masuk ke bilik untuk melakukan pemeriksaan tekanan darah dan bacaan gula. Aku dan Uncle Subramaniam sahaja yang melakukan pemeriksaan jantung pada setiap hari dengan sebuah mesin khas. Data yang dikeluarkan akan dijadikan rujukan oleh doktor pakar jantung yang melawat kami setia...