Episod : PULANG Dari jauh . kelihatan seorang jururawat sedang menolak Mia menggunakan sebuah kerusi roda. Hati Sham melonjak gembira. Sham tersenyum lebar memandang Mia dan memeluk Mia erat-erat . Jururawat hanya tersenyum melihat Sham memeluk Mia. “Doktor telah benarkan isteri encik pulang ,” kata jururawat dan menolak perlahan kerusi roda merapati katil. “Terima kasih, nurse,” balas Sham dan Mia memandang jururawat sambil mengucapkan terima kasih. Sham mengemas barang-barang peribadi Mia di atas meja di tepi katil . Mia membaringkan diri di atas untuk berehat. “Abang tau tak , Mia rasa sedih abang tak datang semalam , “ kata Mia perlahan . “Maafkan abang, Mia. Abang terlelap , “ kata Sham. “Mia buka mata , abang tak ada di sisi Mia, “ sambung Mia lagi. “Maafkan, abang ,Mia.” “Tak pa, abang, Mia tahu abang penat . Sudah berhari-hari abang menemani Mia di hospital, “ kata Mia mengeluh kecil. Sham memandang Mia dan tersenyum. ...
Posts
Showing posts from August, 2021
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Rendang Ayam dan Ketupat Sham hanya menundukkan kepalanya menahan air matanya daripada gugur. Sham tidak mahu Mia melihatnya menangis . Sham mahu Mia kuat menghadapi ujian berat ini . Sham tahu Mia seorang yang kuat . “Tapi , Mia terbaring di sini . Abang tidak akan tinggalkan Mia , “ ujar Sham setelah mengumpul kekuatan untuk berkata-kata. “Tak pa, abang . Mia dijaga jururawat di sini, “ kata Mia bersungguh-sungguh . Akhirnya , Sham beralah dengan permintaan Mia . Mia bersalaman dengan Sham Sham mengucup dahi Mia dengan penuh kasih sayang. “Abang berjanji akan datang melawat Mia esok . Esok Hari Raya , “ balas Sham dengan suara sebak. Ada getar di hujung suara Sham menahan perasaan hiba. Mia memandang Sham hingga hilang dari pandangannya. Sham menuju ke tempat parkir motosikal lalu menunggang motosikalnya meninggalkan perkarangan hospital. Hati Sham berasa sangat sebak mengenangkan keadaan Mia sekarang. Sham berdoa di dalam hati agar Mia segera sembuh . Sham tidak san...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : TAKBIR RAYA “Kringgg ! Kringgg ! Kringgg! “ . Sham terjaga daripada tidur dan bingkas bangun mencapai telefon bimbitnya. “Encik , sila datang ke hospital segera !,” kedengaran suara jururawat. “Mengapa dengan isteri saya ?,” tanya Sham dalam keadaan masih mamai. Sham terlelap setelah kepenatan tadi . Jarum jam di dinding menunjukkan pukul 7.00 petang . Tiada jawapan . “Ya, ya . Saya datang sekarang , “ balas Sham tergesa-gesa. Sham segera menukarkan pakaiannya dan mencapai kunci motosikal . Motosikal meninggalkan perkarangan rumah menuju ke PPUM . Sham menunggang motosikal Yamaha Y15 selaju mungkin . Jalan raya agak lengang kerana ramai yang sudah meninggalkan bandar pulang ke kampung untuk menyambut hari raya . Hati Sham berdebar-debar . Masih terngiang-ngiang di telinga Sham kata-kata Doktor Sundram , “ Isteri encik OK ! “. Sham memparkir motosikal di ruang yang disediakan di tepi bangunan hospital. Sham pantas menekan butang lif ba...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Esok Hari Raya Tinggal dua hari saja lagi , Hari Raya Aidilfitri akan disambut di seluruh negara . Esok hari terakhir puasa. Seronok sungguh Mia nak menyambut hari raya tahun ini kerana tahun lepas Mia terlantar di hospital kerana penyakit Leukemia. Doktor yang merawat Mia tidak mengizinkan Mia pulang ke rumah memandangkan keadaan Mia yang baru sahaja menjalani rawatan intensif di PPUM. Sham setia menanti Mia sedang menerima rawatan yang sedang dijalankan di sebuah bilik khas. . Sham tidak sampai hati hendak meninggalkan Mia bersendirian. Manakala, adik – beradik Mia berhari raya bersama-sama keluarga masing-masing . Sejak ibu bapa Mia meninggal dunia , Shamlah tempat Mia menaruh kasih-sayangnya . Perkahwinan Sham dan Mia baru berusia dua tahun. Mereka masih mengharapkan rezeki daripada Tuhan , iaitu zuriat mereka. Namun , Allah masih belum memberikan rezeki kepada mereka. Keadaan Mia sendiri memungkinkan mereka tidak mempunyai zuriat. “Abang nak balik k...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : ALMARI LAMA Sejak lahir , almari lama itu sudah ada tetapi selalu dialih ke sana ke sini supaya kelihatan kemas walaupun menyakitkan mata yang memandangnya. Abah sayang sangat almari lama itu. Kata abah , almari lama itu dulu di rumah datuk . Setelah datuk meninggal dunia , abah membawa almari lama itu balik ke rumah . Pak Long pun tidak menunjukkan minat untuk mengambil almari lama itu.. Pak Long abang abah yang sulong pernah menawarkan abah sebuah almari baru tapi abah menolak mentah-mentah . Kata abah , almari lama itu ada ‘sentimental value’. Akhirnya , Pak Long beralah dengan abah . Cuma Pak Long pernah memberitahu aku kalaulah abah sudah tidak berminat dengan almari lama itu , Pak Long akan membuangnya tanpa bersisa .! Sikap abah yang sayang akan barang-barang lama sebeanrnya diwarisi daripada datuk . Di rumah datuk bukan saja almari lama , jam dinding lama yang sudah tercabut jarum, kerusi lama kusyen yang sudah koyak rabak , pe...
- Get link
- X
- Other Apps
Cerita Sebuah Pekan Kecil ( Pelabuhan Klang ) 1970-an Sebuah pekan kecil dari kuarantin ke Flat LPK Jalan Kem Melayu Cina India Punjabi bersatu hati anak-anak tidak berkasut berbaju lusuh bermain , bergaduh dan bermain bunyi serombong kapal berselang seli di dermaga Pelabuhan Selatan buruh-buruh kasar bermandikan keringat di bawah terik matahari yang membakar demi mengejar suatu impian hidup bahagia perut-perut di rumah mula berdondang sayang menanti kepulangan sang ayah membawa sebungkus nasi dikongsi berlima dan sang ayah menyedut sebatang Gold Lift dengan kepuasan tersendiri. esok , hari pertama aku ke sekolah MBS. "Belajar pandai-pandai , " kata ayah bersungguh-sungguh kerana ayah tidak pernah kenal buku dan pensel.. 1980-an Sebuah pekan kecil menjadi saksi seorang aku bercita-cita ke universiti ayah tidak lagi menunggu di sekolah tetapi menanti suatu keputusan 1984 , sehelai kertas terbaring lesu di atas meja ...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : MUNTAH HIJAU Perjalanan dari Klang ke Mersing sangat jauh. Tujuannya hendak bercuti ke Pulau Tioman . Kami bergerak pada awal pagi dan solat Subuh di R&R . Pada ketika itu belum ad awaze atau google map jadi redah saja . Sudah separuh perjalanan baru tersedar kami mengikut jalan jauh kerana tiada pengalaman. Sesampai di Jeti Mersing , kami menjamu selera di gerai yang terdapat di situ. “Berapa makcik ?,” tanyaku kepada tuan kedai makan. “ 76 ringgit !.” “Kenalah . Kena ketuk . Makan nasi lauk ikan ayam dewasa 2 orang budak-budak 4 orang . Ayam belanda kot,” aku merungut di dalam hati . Kami menaiki bot untuk ke pulau. Sebelum itu , kami melalui pemeriksaan di pondok Kastam . Salah seorang pegawai memberitahu laut sedang bergelora ombak besar kerana musim monsoon. Aku memandang ke laut lepas dan tersenyum . “Tak bergelora pun,” detik hati kecilku sambil tersenyum . Kami menaiki bot besar dan membayar tambang siap-siap. Setelah bertahun-tahun , kal...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : TINGGAL ‘UNDERWEAR’ Semasa di sekolah tahun 1981,aku di Tingkatan 2 sesi petang . Ada seorang guru lelaki yang aku namakan sebagai ‘ Cikgu D ‘. Cikgu D mengajar kami Pendidikan Jasmani (PJ) . Apabila tiba mata pelajaran PJ , kami akan segera bersiap-siap memakai seluar sukan pendek . Tiada ‘track suit’ pada masa itu dan dibenarkan memakai singlet atau berlenggeng sahaja. Cikgu D berpakaian lengkap seperti pakaian rasmi semasa mengajar di dalam bilik darjah . Ketua kelas dan penolongnya akan ke bilik Quarter Master bersebelahan kantin sekolah untuk meminjam bola dan peralatan sukan lain. Setiap peralatan yang diambil mesti dicatatkan oleh murid yang meminjam dan murid yang bertugas di Quarter Master di dalam sebuah buku khas . Begitu juga selepas digunakan , bola dan peralatan sukan dipulangkan ke bilik Quarter Master.Biasanya sebiji bola akan dibawa ke padang tetapi yang mengejar sebiji bola satu kelas. Macam lembu matador mengejar mangsa ! Semua murid aka...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : KAHWIN BARU “Betul ke Neng cakap tadi ?, “ tanya Hadi tersenyum-senyum . “Betullah, bang . Neng bukan cakap main-main tau , “ balas Neng sambil menggenggam tangan Hadi . “Sejuknya tangan Neng , “ kata Hadi sambil mengucup tangan Neng . Neng hanya tersenyum . “ Neng bimbang tiada sesiapa nanti yang boleh menjaga abang , “ kata Neng lagi. “Nengkan ada. Kenapa orang lain pulak nak jaga abang ? ,” jawab Hadi perlahan . “Tak naklah macam tu. Neng kasihan lihat abang . Abangkan suami Neng yang paling baik hati , “ sambung Neng sambil ketawa kecil . Hadi tersenyum malu. “Abang kahwin baru ye, “ kata Neng seperti meminta Hadi berjanji . Hadi hanya mendiamkan diri dan menatap wajah Neng . “Wajah Neng berseri-seri sangat ,” kata Hadi . “Ye ke , bang , “ ulang Neng dengan wajah gembira . “Entah-entah abang puji wajah Neng berseri-seri kerana abang suka akan kahwin baru , “ kata Neng mengusik Hadi. Hadi tersenyum . “Tapikan , bang . Neng terfikir juga ...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : LIF Kejadian ini berlaku sekitar akhir 90-an di Kedah , Darul Aman . Aku dan keluarga menyertai rombongan menghantar anak buah yang akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya . Kami bergerak secara berkonvoi dari bandar Klang ke Alor Setar. Sebelum ini pun , aku pernah bercuti di Alor Setar sambil itu singgah di Kuala Perlis untuk menikmati laksa belut yang lazat di Jeti Kuala Perlis. Kami menginap di sebuah hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar ( nama hotel tidak dapat dinyatakan ). Masing-masing mendapat sebuah bilik untuk setiap keluarga dan ‘disponsor’ oleh pasangan pengantin . Malam itu , semua ahli rombongan dibawa makan di sebuah restoran yang ramai pelanggan. Makanan yang dijual kebanyakan menu citarasa orang utara. Masakannya yang sedap lagi menyelerakan. Keesokan pagi , kami akan bertandang ke rumah pengantin lelaki pula . Selesai makan , masing-masing memandu pulang ke hotel yang menjadi tempat penginapan kami ...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : BALAK " Kalau tak dikawal penebangan balak ni boleh jadi tanah runtuh , " kata Tuk Ketua . Semua mata memandang tajam ke arah Tok Ketua. Masing-masing sedar akan kata-kata Tuk Ketua seperti menikam belakang mereka. Mereka berbisik sesama sendiri sambil mengerut dahi. "Macam ni Tuk Ketua . Sebenarnya , kawasan hutan itu untuk dibangunkan resort . Penduduk kampung juga akan mendapat manfaat nanti , " ujar salah seorang Pegawai Syarikat Tebang-Menebang Sdn . Bhd. Tuk Ketua terus terdiam tanpa menyambung kata-katanya. Setibanya di rumah , Mak Kiah menyambut Tuk Ketua di tangga. Namun , Mak Kiah menyedari wajah suaminya tidak seceria biasa. Mak Kiah membiarkan Tuk Ketua melabuhkan punggung di kerusi rotan . Sebentar kemudian , Mak Kiah keluar ke ruang tamu sambil menatang sedulang air teh -O dan semangkuk mi kari. Sepiring pisang goreng masakan kegemaran suaminya. "Kenapa , bang , " tanya Mak Kiah setelah berdiam diri sejak kepulangan suaminya. Tiad...