Posts

Showing posts from February, 2022
  Episod : PERANG MULUT   Tiada sesiapapun yang suka perang mulut kerana kesannya amat buruk bukan setakat sakit hati tetapi silap hari bulan sakit jantung. Pengalaman perang mulut aku yang tidak akan aku lupakan adalah dengan ‘bossku’ sendiri. Peristiwa ini berlaku pada tahun 2005. Aku yang bekerja di sekolah swasta sejak 1987 hinggalah aku ‘pencen’ makan gaji berbagai-bagai cabaran yang dihadapi sama ada karenah dengan murid-murid mahupun pihak pentadbiran.   Memang aku jenis kaki ‘melawan’ tidak kira kau ‘boss’ atau ‘director’. Sebulan sebelum perang mulut tercetus, pihak pentadbir sudah memaklumkan kepada semua staf tentang arahan ‘Big Boss’ supaya mencari jalan untuk   meningkatkan keuntungan syarikat. Kalau di sekolah kerajaan , tiada istilah ‘marketing’ kerana murid-murid sudah tersedia ada. Sebaliknya, di sekolah swasta para guru bertanggungjawab membuat promosi bagi menarik lebih ramai lepasan SPM.   Sekolah tempat aku mengajar di bandar Kla...
Image
  Episod : Pengembaraan Hidup di dunia ini adalah pengembaraan yang singkat. Ujian silih berganti untuk menguji keimanan sang hamba. Sudah lebih setengah abad aku menjadi pengembara di dunia yang fana ini. Pada hari ini tahun 1967, aku dilahirkan untuk menunaikan suatu janjiku kepada-Nya yang mencipta aku. Janji yang sering dilupakan. Menurut ibuku, aku dilahirkan pada hari Jumaat saat ribut petir dan hujan mengamuk di penjuru alam. Hari yang sama pada malamnya bunyi dentuman mercun yang memecahkan keheningan malam yang dingin. Orang-orang Tionghua merayakan 'Chap Go Meh' menghalau segala jembalang daripada mengganggu anak cucu mereka. Aku lahir di tengah-tengah keriuhan manusia dan alam. Di sebuah penempatan yang serba daif dinamakan Kuarantin ,Pelabuhan Klang aku dibesarkan. Sebuah kolah besar menjadi tempat mandi yang dibatasi oleh dinding batu dicat warna kuning berlumut. Lantai batu kerikil juga tempat anak-anak bermain air kolah. Kata ibuku, aku akan menunggu ayahku pula...
  Episod : Orang Tamak Akan Rugi               Seawal tahun 2007, aku ditawarkan mengajar tuisyen di sebuah pusat tuisyen di Klang. Tidak pernah pusat tuisyen menawarkan 'job' kepada guru tuisyen terutama guru yang sudah ' mantap ' di pasaran ketika itu. Aku sudah mempunyai rangkaian atau 'networking' sendiri dengan jumlah pelajar hampir 400 orang. Pendapatan bulanan mengajar tuisyen ketika itu 'sedap' ditambah gaji pekerjaan sepenuh masa dan bisnes sendiri.   Sebenarnya aku tidak mengenali pengusaha pusat tuisyen itu kerana aku hanya dihubungi melalui panggilan telefon yang meminta aku datang ke pusat tuisyennya untuk berbincang. Pada hari yang dijanjikan aku sampai di pejabat urusan pusat tuisyen berkenaan. Pengusahanya merupakan pasangan suami isteri dan isterinya pula bekas guru Sains di sebuah sekolah kerajaan di Klang. Aku difahamkan bahawa guru Bahasa Melayu yang mengajar di pusat itu sudah 'lari' ber...
 Cerita Sebuah Pekan Kecil   ( Pelabuhan Klang )  1970-an  Sebuah pekan kecil dari kuarantin ke Flat LPK Jalan Kem Melayu Cina India Punjabi bersatu hati anak-anak tidak berkasut berbaju lusuh bermain , bergaduh dan bermain bunyi serombong kapal berselang seli di dermaga Pelabuhan Selatan buruh-buruh kasar bermandikan keringat  di bawah terik matahari yang membakar  demi mengejar suatu impian hidup bahagia  perut-perut di rumah mula berdondang sayang menanti kepulangan sang ayah membawa sebungkus nasi dikongsi berlima dan sang ayah menyedut sebatang Gold Left dengan kepuasan tersendiri. esok , hari pertama aku ke sekolah MBS. "Belajar pandai-pandai , " kata ayah bersungguh-sungguh kerana ayah tidak pernah kenal buku dan pensel.. 1980-an Sebuah pekan kecil  menjadi saksi  seorang aku bercita-cita ke universiti ayah tidak lagi menunggu di sekolah  tetapi menanti suatu keputusan. 1984 , sehelai kertas terbaring lesu di atas  meja...
  Episod : TERTUKAR JODOH   Entahlah, hendak dikatakan kebetulan atau tak sengaja kedua-duanya berlaku dalam hidupku. Kisah ini berlaku sekitar tahun 1989 dan ketika itu aku di tangga alam remaja. Ketika itu ada satu ruangan berkenalan bersama Juwie, wartawan hiburan popular ketika itu dan aku telah menghantar ‘ resume’ aku dengan harapan Juwie akan memilihnya. Selepas tersiar di dalam ruangan Juwei, aku menerima berpuluh-puluh pucuk surat daripada jejaka-jejaka yang ingin berkenalan denganku. Aku pun rajin jugalah membalas surat-surat ‘peminat’ aku itu. Dalam berpuluh-puluh kenalan itu ada seorang jejaka kunamakan ‘Mamat’ yang sangat rajin berutus surat denganku. Diam tak diam , perasaan ingin mengenali mulai berputik di dalam hatiku tetapi aku tidak pernah bertentang mata dengan ‘Mamat’. ‘Mamat’ berasal dari daerah Temiang , Seremban. Punyalah hendak sangat berjumpa, kami telah berjanji untuk membuat satu pertemuan empat mata. Hatiku berdebar-debar menantikan tarikh ...