Posts

Showing posts from March, 2026
  Episod : Geram Hari ini aku ada 'appointment' di hospital kerajaan. Pada kad 'appointment' tercatat 11.00 pagi. Sebelum bergerak ke hospital , aku memandikan isteri dan memakaikan pakaiannya. Selepas itu, aku memasak 'speggheti cabonara' kesukaannya. Usai menyuapkannya sarapan aku mengambil pakaian yang sudah berbasuh sebekum Subuh tadi di dalam mesin basuh dan menjemurnya di ampaian. Pokok-pokok di halaman rumah kusiram agar tidak layu di tasik madu. " Saya nak pergi ke hospital . Awak tunggu di rumah, ya," beritahuku kepada isteri. Seperti biasa tiada respons daripada isteri. Aku meminta anakku menempah 'grab' untuk membawa aku ke hospital . Sebuah kereta Bezza muncul di harapan rumahku selepas 5 minit menunggu. " Selamat pagi, uncle," sapaku kepada pemandu grab . Kami bersembang seketika . 'Uncle' mula meluahkan perasaan kurang senangnya tentang beberapa isu semasa . Aku hanya mendengar dan tidak menambah apa-apa. "...
  Episod : Bahagia Itu Mahal Seawal jam 6.45 pagi, aku dan isteri sudah bersiap-siap. Isteri kumandikan, kupakaikan baju dan tudung . Sementara menunggu anak lelakiku, Ammar Mukriz siap aku membelek-belek beg yang mengandungi dokumen perubatan isteriku. Segala surat , CD dan laporan perubatan sudah lengkap agar tidak tercicir. Perjalanan ke Hospital Selayang pada awal pagi tersangkut-sangkut kerana kenderaan bertali arus. Akhirnya , kami sampai di perkarangan hospital pada pukul 8.50 pagi. Aku memimpin isteri ke Aras 2 bahagian Pengimejan ( X-ray) untuk mengambil CD yang sudah kuserahkan semalam kepada kaki tangan kaunter. Semalam, aku telah hadir ke Hospital Selayang untuk membuat 'appoinment ' . Kami dihantar oleh adikku ,Azizi dan iparku ,Suzie. Rezeki isteriku, kami telah mendapat tarikh 'appoinment ' hari ini . Usai urusan di Aras 2 aku memimpin isteri ke Aras 4. Pendaftaran di kaunter B aku diberikan nombor giliran dan menunggu hampir sejam sebelum nombor dipanggi...