Posts

Showing posts from July, 2024
  Episod : MENGENANG SEORANG TEMAN Andai kutahu begini pengakhirannya pastiku berundur lebih dahulu. Perkenalan singkat ini tidak menjanjikan apa-apa yang istimewa . Namun , secebis rasa mulai berbunga . Dan, kau turut merasainya. Begitulah permulaan yang manis. Hari demi hari masa terus berlalu dan kita semakin saling memahami. Lebih banyak masa yang terluang kita bersama-sama menyusuri hari. Kemesraan yang terjalin bukanlah diminta-minta tetapi hadir dengan sendiri. Betapa aku yang selama ini menganggap sepi itu bahagia tetapi kehadiranmu lebih membahagiakan. Setiap detik dirasai amat berharga pabila kita berdua. Kadang-kadang kita berkongsi kisah luka yang muram dan kejam. Senja tidak selamanya rembang . Apabila teman yang kuanggap setia pergi tanpa berita. Tinggallah aku dengan pertanyaan dan persoalan yang tak pernah terjawab. Kadang-kadang aku terfikir akan salahku hingga kau menyepikan diri. Akhirnya kuterima sebuah jawapan . Sepuluh jari kau susun memohon kemaafan dan sekep...
  Episod : Cerita tentang Kawan. Usai solat Subuh aku singgah bersarapan di sebuah restoran mamak popular di Bukit Tinggi. Kemudian, aku terserempak dengan seorang kawan jemaah surau dan kami saling mengenali. Dalam bersembang kawan yang aku panggil 'abang' tu mula bercerita tentang kisah 'kegemilangannya' dulu-dulu. Baru kutahu, dulunya 'abang' seorang Cikgu sekolah . Dia mula menceburi bidang perniagaan berkaitan dengan kerajaan dan bertambah-tambah kaya lalu membuat keputusan untuk berhenti kerja sebagai guru di sekolah kerajaan walaupun dipujuk 'boss' supaya berfikir semasak-masaknya . Ketika itu kawan keliling pinggang . Duit pun banyak berkepuk-kepuk. Kabel pun kuat lagi kukuh. Projek masuk tak henti-henti. Tapi kerana kawan juga akhirnya 'abang' tersungkur. Bisnez hancur. "Isteri pun lari," kata 'abang' . Masa ini senyuman 'abang' lain macam . Segala aset rumah-rumah termasuk rumah kedai lenyap sekelip mata. Du...
  Episod : Hanya Kata-kata ..Bagaimanakan kumula? Dan apakah kata-kata Yang indah untuk diabadikan ?…. Lagu ' Suatu Masa' lontaran suara M Nasir dari corong radio kedai amat menusuk kalbu. Dan, air mata tiba-tiba bergenang . Aku membuang pandangan ke arah lain agar tiada sesiapa yang menyedarinya. Seorang lelaki separuh abad sedang duduk bersendirian. Tangannya memegang sebuah telefon bimbit. Sesekali lelaki itu tersenyum namun air mata bercucuran. Aku berasa pelik dengan tingkah laku lelaki itu. Aku bangun dari kerusi lalu mendekati lelaki itu. Lelaki itu mendongak ke arahku yang sudah berdiri di sisi mejanya. Aku tersenyum dan lelaki itu juga tersenyum. " Er, boleh saya duduk di sini?," sapaku dengan wajah tersenyum. " Silakan. Saya pun tiada sesiapa duduk di sini," ujar lelaki itu.Kami bersalaman dengan mesra. Aku menarik kerusi lalu melabuhkan punggung. Suasana sepi seketika. " Encik dari mana?," aku melontarkan pertanyaan kepada lelaki itu. Te...
Image
  Episod Akhir : Kembara ke Labuan Hari terakhir di bumi Labuan dan langit menangis. Kulihat dari balkoni suatu pemandangan indah. Tepian pantai yang berkabus dan jalur-jalur halus cahaya matahari menembusi awan. Pohon-pohon kelapa yang mengelilingi kawasan hotel . Aku nengajak isteriku bersiap-siap untuk bersarapan. Pakaian isteriku telah kupilih dan kusangkutkan pada penyandar kerusi supaya dia fikirannya tidak bercelaru memilih pakaian. Adik-beradikku dengan ipar duai sudah pun berada di kafe. Menu yang sama seperti semalam. " Kita gerak selepas solat Zohor . Jangan lupa jamak sekali," pesan adik lelaki. Aku mengambil beberapa jenis makanan dan duduk semeja dengan adik perempuan dan suaminya. Kami berbincang tentang rancangan selepas 'check out ' nanti kerana pesawat kami akan berlepas pada pukul 5.30 petang. Selepas semua kad akses diserahkan kepada kaunter Pendaftaran, kami bergerak ke bandar dengan tiga buah kereta. Sebuah kereta dipandu oleh anak buahku yang ju...
Image
  Episod : Kembara ke Labuan (2) Pagi yang dingin ditambah suhu 'aircond' yang membeku. Aku dan isteri bersiap-siap untuk bersarapan di kafe hotel. Ahli-ahli rombongan lain sudah lebih awal turun bersarapan kerana mereka hendak menikmati angin pantai . Aku mencari tempat duduk di bahagian koridor kerana angin sepoi -sepoi bahasa dan hujan turun renyai-renyai. Aku memesan semangkuk mi kolok yang menjadi kegemaranku. Pekerja-pekerja hotel sibuk menjalankan tugas masing-masing melayan tetamu hotel bersarapan. Pelbagai menu pagi itu termasuk mi Sarawak, bubur, sup, mi goreng, nasi lemak , buah-buahan sebagai pemcuci mulut. Usai bersarapan , aku mengajak isteriku bersiar-siar di tepi pantai dan bergambar kenang-kenangan. Kami tidak lama di situ kerana akan bersiap-siap ke Majlis pernikahan anak buah di Kampung Lanjau. Aku mengenakan sepasang baju Melayu dan kain sampin songket sedondon warna merah hati dengan baju kurung isteriku. Adegan ' butang baju Melayuku mana Pah' pun...
  Episod : Kembara ke Labuan Rancangan untuk ke Labuan sudah dirancang empat bulan yang lalu selepas anak buahku bertunang. Aku sebagai abang sulung dalam keluarga memikul tanggungjawab menjadi wakil pihak pengantin dan saksi pernikahan. Setelah semua persiapan selesai, aku dan isteri serta ahli rombongan ' Cik Kiah ' bergerak ke KLIA pada jam 10.00 pagi dari AEON ,Bukit Tinggi. Inilah kali pertama aku menaiki bas selepas 20 tahun, umpama rusa masuk kampung. Sejam kemudian, kami sampai di KLIA . Oleh sebab kaunter bagasi masih belum dibuka, kami ke tingkat 2 untuk mengisi perut. Harga makan minum di situ sememangnya taraf kayangan seperti yang aku jangkakan. Usai makan , kami ke tingkat 5 untuk urusan bagasi dan bergerak ke balai berlepas yang agak jauh untuk berjalan . Aku dan ahli rombongan menunaikan solat jamak memandangkan jangkaan masa kami sampai di Lapangan Terbang Labuan sekitar 5.30 petang . Tambahan pula, perbezaan masa sejam awal masa solat juga lebih cepat berband...