Episod : Lebuhraya WCE Seawal pukul 8.00 pagi, aku dan isteri serta adik perempuanku suami isteri ingin mencuba lebuhraya baharu. Bermula dari Bukit Raja Klang menuju ke Tol Asam Jawa, Kuala Selangor. Sepanjang perjalanan lebuhraya jalan tidak rata tetapi berbukit-bukit. Di sebelah kanan ternampak Kampung Bukit Kerayong 2. Sesampai di persimpangan Ijok , Kuala Selangor di sebelah kiri kerana laluan lebuhraya belum siap sepenuhnya. Dari situ kami membuat pusingan ke arah Kuala Selangor kerana jalan arah utara menuju Ijok. Perjalanan dari Klang ke Ijok lebih kurang 20 minit dan tiada bayaran tol dikenakan pada masa ini. Kami sampai di persimpangan LATAR dan membelok ke kanan ke arah Kuala Selangor. Kemudian kami ke warung Roti Canai Pelangi di Kampung Sungai Yu yang viral. Aku memilih nasi impit kuah kacang dan pecal berkongsi dengan isteriku. Roti canai berperisa durian dan keladi menjadi pilihan. Harga yang berpatutan dan kena dengan selera tekak. Kami bergerak pulang dan singgah...
Posts
Showing posts from December, 2023
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : KELIRU Malam ini gatal tangan nak menulis kerana sudah beberapa hari aku 'cuti' menulis. Beberapa hari ini juga aku sibuk dengan urusan isteriku yang tidak berapa sihat. Kadang-kadang kita tidak sedar akan perubahan . Siang tadi seorang doktor pakar yang bertugas di hospital tempat isteriku dirawat menyapa aku. Aku pernah menjadi personal tutor kepada anak-anak doktor hampir enam tahun lalu. " Eh, cikgu. Nampak kurus," sapa doktor tersenyum-senyum. " Ok sikit, doktor, " jawabku sambil tersenyum. Kami berbual-bual seketika di kafe hospital dan aku mengambil kesempatan bertanya hal anak-anak doktor. Rasa bangga juga kerana anak-anak muridku berjaya dan masing-masing sedang melanjutkan pengajian di universiti. Orang lain boleh perasan perubahan kita. "Awak letak mana beg?," tanyaku kepada isteri sebelum kami bergerak ke hospital. Isteriku hanya berdiam diri sambil matanya mencari beg tangannya. Aku pun ikut sama mencari. " Baru tadi aw...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod: Sepucuk Warkah Sepucuk warkah masih kusimpan kemas di dalam sebuah kotak. Kotak itu kuikat kemas dengan sehelai reben berwarna merah . Di dalam kotak itu juga terdapat beberapa keping foto kenangan dan sekuntum bunga ros merah plastik. Aku teringat kembali kotak yang menyimpan sepucuk warkah sewaktu aku mengemas bilikku. Kotak itu sudah dipenuhi habuk dan sudah bertahun-tahun tidak dibuka. Perlahan-lahan kubuka ikatan reben merah. Kotak itu terbuka dan sepucuk warkah terbaring sepi. Aku mencapai warkah itu lalu kenangan demi kenangan melintas di ruang mataku. Perasaanku berasa sayu dan pedih. Sepucuk warkah yang tidak sempat kukirimkan kerana sekeping kad undanganmu kuterima pada pagi itu. Warkah itu kusimpan untuk kubaca semula suatu masa nanti. Sudah lebih 30 tahun , warkah itu tersimpan di dalam kotak itu. Ya, sudah lama warkah itu terbiar sendiri. Aku membuka lembaran warkah itu. Perasaan hibaku memedihkan hulu hati.o Benar, perpisahan amat memedihkan. ...Ke hadapan ...