Episod : JANJIKU ..janganlah kau berkata benci walau hatimu tak sudi biarkanlah anganku ikut bayang-bayangmu ke mana saja... Hakikat yang harus kutelan meskipun pahit. Pabila , kau bersikap dingin terhadapku. Kau benci kepadaku. Aku ingin meminta maaf namun kau menolaknya bahkan kau juga tidak ingin melihatku lagi. Bagaikan orang gila aku mencari-carimu namun kau tetap melarikan dirimu. Entah ke mana. Teman-temanmu seolah-olah menyembunyikanmu daripadaku. Apakah salahku dan dosaku ? Kemesraanku dengannya hanyalah sekadar teman. Kau pula menganggap aku curang dalam hubungan ini. Dan, akhirnya aku mengalah kepada takdir. Jika itulah kehendakmu mahu menjauhi diriku, aku pasrah. ..kanku cari jalan yang sunyi untuk menghindar darimu ku berjanji di dalam hati takkan lagi kumenjumpaimu... Hari-hari yang kulalui terasa kosong. Setiap kali kulalui jalan-jalan yang pernah kita ke sana hatiku berasa pedih. Di ruang mataku tergambar wajahmu yang tersenyum kepadaku namun ianya menjadi kabur ...
Posts
Showing posts from June, 2025
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Ayah Yang Pendiam Ayah @ Ayoh . Berasal dari Pasir Mas, Kelantan kemudian berhijrah ke Selangor seawal tahun 1960-an. Pelbagai pekerjaan dilakukannya termasuk memandu gerabak kereta api. Ayah seorang yang sangat rajin bekerja dan bakat itu turun kepada aku. Pada kaca mataku, ayah seorang pendiam. Sepatah ditanya sepatah dijawab. Dan suka bersendiri selepas pulang bekerja. Ayah pencen sebagai pemandu kren di Pelabuhan Utara . Di pekan kecil inilah ayah mencari rezeki membesarkan anak-anak seramai 5 orang. Setiap kali pulang bekerja , ayah akan membawa makanan seperti roti canai atau mi goreng yang dibelinya di Restoran Abdullah depan perhentian bas Pelabuhan Klang. Kuah kari di dalam tin susu yang diikat dengan tali rafia. Ayah akan keluar rumah ke tempat kerja mengikut shif. Ayah berjalan kaki ke pekan dan menumpang kawannya menunggang motosikal. Ayah akan mengelek sebuah topi keledar . Kadang-kadang ayah akan menunggang basikal ke Pelabuhan Utara. Ayah tidak tahu membac...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : DIA Setiap hari saya bangun pukul 5 pagi dan bersiap-siap untuk solat Subuh di masjid sebelum itu saya kejut isteri suruh bangun saya sudah sediakan baju seluar seluar tuala di bilik mandi supaya dia tak tercari-cari baju seluar ( nanti bilik berselerak ) dan isteri sudah tidak wajib bersolat kerana dia lupa tertib berwuduk, rukun solat dan rakaat solat ( masalah ini sudah dirujuk kepada ustaz dan Imam di masjid ) usai solat Subuh saya singgah di kedai membeli sarapan roti telur (favorite isteri) sesampai rumah selalunya dia tak bergerak lagi apa pun tak buat suruh mandi tukar baju yang dipakai semalam kemudian baju seluar saya kumpul di dalam mesin basuh masukkan sabun dan 'softlan' untuk cucian dia akan berdiri di depan mesin basuh sampai mesin tu spin baju seluar kemudian dikeluarkan dari mesin basuh untuk dia jemur dan saya akan ulang menjemur di ampaian kerana pakaian dijemur tunggang -langgang selesai kerja rumah saya siapkan ubat-ubatan dia dan ubat-ubatan s...