Episod : Selamat Hari Lahir Isteriku Hari ini genap 58 tahun usia isteriku. Semalam dia kubawa berjumpa dengan ibunya di kampung. Rumah tempat dia dilahirkan dan dibesarkan. Sejak pagi semalam , dia bersungguh-sungguh mengajak aku berjumpa ibunya. Entah mengapa tiba-tiba dia mendesak aku membawanya pulang ke kampung. Hatiku berasa sebak kala dia menyebut nama ibunya. Sepanjang perjalanan pulang ke kampung semalam aku meredah hujan yang sangat lebat. Setiba di kampung hujan telah berhenti. Aku melalui tapak pasar malam Jalan Iskandar yang kali terakhir aku ke pasar malam ini 6 tahun lalu. Aku mengajaknya singgah membeli buah tangan untuk ibunya. Aku membeli putu bambu, mi hoon sup , apam balik dan soto. Selesai membeli aku bersegera ke rumah mentuaku kerana waktu Maghrib hampir tiba. Setiba di rumah , ibunya sedang duduk bersendirian di luar rumah seperti menunggu seseorang . Isteriku segera keluar dari kereta dan kulihat dua beranak itu berpelukan umpama menyimpan rindu yang ter...
Posts
Showing posts from January, 2026
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Pengawas Sekolah. Gambar ini dirakam pada tahun 1984 di Sekolah Dato Hamzah ( SDH ) Pelabuhan Klang. Aku dipilih sebagai pengawas percubaan semasa aku di Tingkatan 2 dan kemudian aku ditauliahkan sebagai Pengawas Sekolah pada tahun 1981 dalam satu majkis khas di dewan sekolah . Penyampaian watikah pelantikan disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Klang ketika itu. Pada zaman itulah menjadi seorang pengawas sekolah sangat mencabar dari segi mental kerana SDH merupakan sekolah untuk pelajar lelaki sahaja. Bayangkan setiap hari terjadi pergaduhan antara pelajar tidak kira tempat dan masa. Di kantin, gelanggang bola keranjang, padang, tandas , belakang bangunan dan koridor bilik darjah menjadi medan pergaduhan tambahan pula wujud kumpulan 'kongsi gelap' di sekolah. Pernah terjadi pergaduhan besar melibatkan pelajar Melayu dengan pelajar Cina sehingga menyebabkan campur tangan pihak polis. Pergaduhan selama beberapa hari itu amat membimbangkan kerana melibatkan kumpulan da...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod ; Akukah Yang Bersalah Gambar ini dirakam pada tahun 1986 bermakna sudah 40 tahun memori ini berlalu. Gambar ini menyimpan seribu tanda tanya . Tanda tanya yang tidak pernah terjawab dan tidak mungkin berjawab. Dia yang duduk di sebelahku akhirnya menjadi isteriku sekarang setelah hampir tiga tahun kami berkawan. Kami hanyalah kawan biasa dan tiada menyimpan apa-apa perasaan waima menyebut "CINTA" pun tak pernah. Namun gambar inilah yang kurasakan menjadi punca segala-galanya. Barangkali dia yang sudah kuletakkan di suatu tempat paling istimewa di hati berasa cemburu. Mungkin . Masih segar terngiang-ngiang lagu 'Suatu Waktu Dahulu " nyanyian Dwen lagu istimewa kami berdua. Dulu aku selalu menyanyi-nyanyi lagu ini sewaktu bersendirian dan mencari ilham. Sehingga hari ini aku masih mendengar dan menghayati bait-bait liriknya yang mempunyai persamaan dengan kisahku. Semuanya tidak menjadi kenyataan. Dia telah pergi tanpa pesan . Tanpa tanda. Hilang begitu saha...