Episod : Telefon Bimbit Pernah terjadi di dalam kelas aku mengajar , seorang muridku naik hantu apabila aku merampas telefon bimbitnya. Aku sudah memberikan amaran malah sekeping pelekat 'DILARANG BERMAIN TELEFON BIMBIT ' sudah kutampal pada papan putih. Namun, amaran aku tidak diendahkannya. "Tolong simpan telefon kamu," kataku dari tempat aku berdiri di hadapan kelas. Sedikit pun murid itu tidak mengendahkannya. "Sekali lagi saya beri amaran ' Jangan bermain telefon bimbit semasa saya sedang mengajar !," kali ini nada suara kutekankan . Murid itu meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Aku menulis karangan pada papan putih dan apabila aku menoleh seketika, murid itu sudah memegang telefon bimbitnya semula. Arahanku supaya semua murid menyalin karangan tidak diendahkannya. Aku meluru ke mejanya di barisan belakang dan merampas telefon bimbit di tangannya. Muridku menjerit bagaikan diserang histeria. Semua murid menjadi kaget. Aku mencampakkan telef...
Posts
Showing posts from April, 2024
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Rindu, T . T , Warkah ini sudah lama kusimpan kemas di dalam hati ini. Entahlah sebenarnya aku dalam penasaran. Kalau kautanya tentang hati ini memang aku amat mencintaimu, T . Tapi, kalau kautanya padaku tentang perasaan ini entahlah aku sudah hilang kata-kata. Mengapa ? Ingat tak lagi , hari itu kita bersama-sama keluar ke bandar . Aku menjemputmu di asrama tempat tinggalmu dengan teman-teman sekerja. Memang sudah kelazimannya begitu. Kita akan keluar bersiar-siar pada hujung minggu. Tapi, hari itu wajahmu muram, T. Mengapa, T ? T, Masihkah ingat apabila aku bertanya kepadamu. Tika itu kita di dalam perut bas Srijaya dalam perjalanan ke kota metropolitan Kuala Lumpur. Kau hanya memandang ke luar tingkap dan membisu seribu bahasa. Akulah penanti yang setia secebis jawapan. Aku hanya inginkan kata-kata jawapan yang jujur dari bibirmu. 'Benarkah T sudah ada orang lain ?". Tika itu aku amat mengharapkan jawapan darimu sendiri. Aku ada mendengar cerita teman-temanmu m...