Episod : WAYANG Zaman 70-80an , menonton wayang macam hendak pergi pesta fun fair. Awal-awal lagi sudah bersiap-siap ke panggung wayang. Di Pelabuhan Klang hanya ada dua buah panggung wayang . Panggung REX dan Panggung CATHAY . Kedua-dua panggung ini sudah usang dan tidak digunakan lagi. Ada filem Cina , Tamil , Hindustan , Melayu dan Inggeris . Filem dari Indonesia juga dikira filem Melayu. Dulu ada seorang lelaki Cina kalaulah tak silap dia ini bisu akan menunggang basikal dan membuang kertas iklan filem yang akan ditayangkan di panggung wayang. Budak-budak flat mengejar basikal dan berebut-rebut mengutip kertas iklan yang berwarna merah jambu atau biru laut. Dulu tak ada whatsapp seperti sekarang berita sampai macam roket. Paling gempar filem Hindustan . Sanggam , Ya Dun Ki Barat , Bobby menjadi kegilaan makcik-makcik. Berbondong-bondong penduduk flat ke panggung wayang . Pintu panggung wayang daripada kayu , kerusi kayu , langsir biru gelap menutup pintu masuk keluar. Harga...
Posts
Showing posts from July, 2021
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : LASTIK Lastik salah satu alat permainan paling popular semasa zaman kanak-kanak tahun 70-an. Kebanyakan alat permainan dicipta sendiri dengan kreativiti masing-masing . Dahan pokok bercabang dijadikan kayu lastik. Tali lastik daripada tiub tayar basikal. Getah dan kulit kasut bahagian belakang antara bahan untuk membuat lastik. Hampir semua kanak-kanak lelaki mempunyai lastik . Semasa ke destinasi masing-masing menyimpan lastik di dalam poket seluar. Di tempat tinggal aku, terdapat tangki-tangki minyak di luar pagar Flat LPK. Tangki CALTEX selalu menjadi sasaran aku dan kawan melastik lalu menghasilkan bunyi encho. “Piungg Piungg Piunggg”. Apabila pengawal keselamatan datang , kami akan lari tetapi sebenarnya padang Flat dan tangka Caltex dipisahkan dengan pagar dawai jadi pengawal keselamatan hanya memarahi kami dan menghalau kami. Kami akan berpindah ke kawasan tangki FELDA. Melastik tangki bertalu-talu menggunakan batu kerikil atau guli. Kebiasaanya batu kerikil...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : DIPANGGANG API Belajar sambil bekerja amat memenatkan . Kecekalan dan semangat untuk mencapai cita-cita saja menjadi bekalan untuk meneruskan pengajian di university. Tambahan pula, aku sudah berkeluarga dan mempunyai lima orang anak yang masih bersekolah menengah dan rendah. Namun , aku gagahkan jua mengharungi segala kekangan dan kesuntukan masa yang meranjau. Setahun selepas menjadi mahasiswa UPM , sekolah swasta tempat aku mengajar telah ditutup . Sekolah ini adalah anak syarikat SEGi College dan pihak syarikat hendak menubuhkan sebuah universiti swasta di Damanasara. Sebelum itu , enam bulan sebelum penutupannya kami tenaga pengajar sudah menghidup perkara ini akan berlaku. Pihak syarikat tidak berpuas hati dengan keuntungan dan perbelanjaan yang tinggi di sekolah. ‘Nasi sudah menjadi bubur’ .Akhirnya, semua kakitangan termasuk tenaga pengajar, kerani dan kakitangan am diberhentikan kerja. Otak aku ligat berfikir cara bagaimana untuk membiayai ...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : RAYA DULU-DULU Pertengahan tahun 70-an sewaktu darjah 5 , sebulan berpuasa amat meletihkan kerana masa bermain tidak pernah berhenti. Sudah menjadi kebiasaan , apabila menjelang bulan Ramadan banyak gerai menjual makanan dan minuman akan dibuka. Namun begitu , keluarga aku kurang berbelanja membeli makanan dan minuman di gerai atau bazar depan Pasar Besar Pelabuhan Klang kerana kurang berkemampuan. Duit ketika itu ‘sangat mahal’. Juadah makanan yang dijual ialah kuih-muih yang dimakan setiap hari . Pulut panggang , apam balik , mi goreng, mi hoon goreng , kuih kasui dan banyak lagi makanan lain dijual. Penduduk flat juga turut berniaga di Pasar Besar Pelabuhan Klang di pintu masuk pasar. Seawal jam 3.00 petang bazar Ramadan sudah mula dibuka. Keluarga Pakcik Ya blok A antara peniaga yang berniaga di bazar Ramadan depan Pasar Besar Pelabuhan Klang sambil dibantu anak-anaknya yang rajin berniaga. Keluarga Pakcik Ajis dan Makcik Yah dibantu anak-anak mereka A...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : PENJUAL UBAT Dulu-dulu semasa tinggal di Flat LPK Pelabuhan Klang , setiap bulan sekali ada seorang penjual ubat dinamakan minyak pelali. Botolnya bulat dan ada yang jenis empat segi lebih kurang saiz tapak tangan. Minyaknya berwarna hitam dan baunya agak harum tetapi sedikit pelik. Si Penjual ubat bukan orang tempatan dan dibantu isterinya yang berwajah aktres Hindustan. Penjula ini menaiki sebuah kereta dan akan memasang meja lipat di hujung blok C seperti stesen tetapnya di situ. Lagu Hindustan silih berganti melalui tepi speaker yang dipasang di atas bumbung kereta. Lagu Hindustan itu umpama signal kedatangan penjual minyak pelali. Berbondong-bondong kaum ibu membeli minyak pelali dan si penjual memang fasih berbahasa Melayu tetapi isterinya agak pendiam barang kali dia tidak pandai berbahasa Melayu.Satu lagi kepandaian si penjual ubat ialah bermain alat muzik arkodian. Kebiasaanya si penjual memutarkan lagu-lagu hits Hindustan daripada filem-filem ‘bo...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : DARJAH 1E Kisah ini berlaku pada tahun 1974 , hari pertama darjah satu aku dihantar oleh ayahku dengan menunggang basikal dari Jalan Kem , Pelabuhan Klang ke Sekolah MBS. Dulu ,Sekolah MBS dikenal sebagai Methodist Boys School. Murid-murid di MBS lelaki dan perempuan. Kiranya, sekolah aliran Inggeris yang popular di Pelabuhan Klang. Darjah satu aku ditempatkan di Kelas 1E. Ayahku menghantar aku hingga ke dalam bilik darjah. Guru kelas aku ialah Puan Lopez. Matanya berwarna coklat bertubuh besar dan setiap hari memakai sari ke sekolah. Orangnya baik tetapi garang ketika mengajar dan bahasa pengantar bahasa Inggeris. Aku jadi cuak kerana sepatah harampun aku tidak faham. Di dalam kelas , kawan-kawan aku terdiri daripada berbilang bangsa dan lapisan masyarakat. Ada yang bergaya seperti anak orang kaya . Ada yang biasa-biasa macam aku. Ada juga daripada keluarga susah . Aku sendiri tidak tahu membezakan kelas A sampai E. Adakah kerana kelas A budak-budak pandai dan kelas E budak-b...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : HARI KONVOKESYEN Saat dinanti-nantikan akhirnya tiba setelah sekian lama berjuang dan berkorban segala-galanya. Aku menerima sepucuk surat daripada pejabat pentadbiran UPM berkaitan tarikh hari konvokesyen dan sidang yang ditetapkan. Terasa penat lelah selama empat tahun berulang alik ke pusat pembelajaran , peperiksaan dan kampus di Serdang. Aku ke kampus UPM untuk menyewa jubah dan hud di sebelah dewan (DK) . Kebanyakan bakal siswazah sudah beratur ketika aku sampai. Usik – mengusik sesama rakan menjadikan suasana gembira dan meriah. Maklumlah, mahasitua kata kawanku. Sebenarnya , selepas peperiksaan akhir semester yang berlangsung di dewan UNISEL , Shah Alam kami tidak lagi bertemu seperti biasa pada hujung minggu di pusat pembelajaran UITM Seksyen 17. Dua orang mahasiswa perempuan yang masih muda turut beratur untuk mengambil jubah. Ada dua tiga rakan lelaki yang usik-mengusik . Sekali mahasiswa perempuan itu mencuba jubah untuk siswazah PhD. Semua terdiam dan ...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : TERSURAT Hari ini 28 Julai 2021 genap 32 tahun aku melayari bahtera kehidupan di lautan yang bergelombang . Setelah hampir dua tahun mengenali hati budi akhirnya ikatan janji menjadi kenyataan . Aku memilihnya menjadi suri hatiku. Kata-kata rindu berganti sayang . Hari segala penghulu telah menjadi saksi penting suatu ikatan dua hati yang akan terikat selama-lamanya seperti janji yang dicurahkan setiap kali bertentang mata. Persediaan rapi selama sebulan membeli cenderamata untuk dibuat hantaran di atas dulang berkain renda dan sedondon. Hati sedikit gelisah kerana hasratku untuk bercuti pada hari yang penting itu tidak dibenarkan oleh majikanku. Jarum jam berasa begitu perlahan . Akhirnya , pada jam 7.00 petang , aku dibenarkan pulang ke rumah. Bagaikan tidak memijak tanah aku berlari ke stesen bas Klang di bawah Great Wall agar tidak terlepas bas MARA KLANG-BANTING . Di dalam perut bas, fikiran menjadi runsing memandang aku perlu sampai di Kampun...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : SARKIS Sudah sekian lama , rakyat negera Fintu Belakang (FB) dahagakan hiburan . Musibah sejenis wabak penyakit berbahaya menyebabkan mereka dilarang keluar rumah malahan membuka pintu dan tingkap juga tidak dibenarkan. Semua rakyat akur dengan perintah pemimpin negara FB. Namun begitu , berita gembira yang didengar oleh mereka bahawa sekumpulan ahli sarkis akan berkunjung ke negara FB untuk membuat persembahan khas. Rakyat sudah tidak sabar-sabar lagi setelah bertahun-tahun dikurung bagai haiwan peliharaan. Hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Sekumpulan ahli sarkis muncul di tengah-tengah khalayak rakyat. Ahli-ahli sarkis sudah diberikan suntikan ubat kebal daripada apa-apa penyakit berbahaya. Hanya rakyat yang sudah mendapat suntikan ubat kebal dibenarkan menonton di gelanggang persembahan dan selebihnya hanya menonton melalui kaca televisyen. Persembahan sarkis kali ini lebih istimewa kerana dua ekor haiwan yang luar biasa dan tidak per...
- Get link
- X
- Other Apps
EPISOD: MAHASISWA TUA Sengaja aku memilih tajuk kisahku ini Mahasiswa Tua kerana aku memulakan pengajian di universiti semasa usiaku sudah menjangkau 37 tahun. Semangat untuk memasuki universiti tidak pernah padam selepas aku gagal Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1984. Berbelas-belas tahun aku menanti peluang ini dan akhirnya dengan takdir-Nya aku berjaya juga menjejakkan kaki di Universiti Putra Malaysia pada tahun 2004. Itulah rezeki di tangga namanya. Walaupun , Kursus Pengajian Jarak Jauh (PJJ) tetapi aku sangat berpuas hati mendapat peluang kedua dalam hidupku. Tambahan pula, bidang Bahasa Melayu memang menjadi minatku yang paling utama dan sekali gus aku dapat menambahkan ilmu pengetahuanku tentang penulisan sastera. Bagiku , inilah lesen besar sebagai seorang penulis kecil seperti aku. Kuliah diadakan pada setiap hari Sabtu petang dan Ahad pagi hingga petang . Masa hujung mingguku selama empat tahun pengajian di UPM hanya menghadiri kuliah. Masa cuti semester sah...