Episod: Esok Puasa Sekembali dari masjid bersolat tarawih hari pertama tadi. " Esok puasa ," kataku kepada isteri. Dia yang duduk di sofa hanya memandang kosong kepadaku. " Dulu kalau bulan puasa awak la yang sibuk masak untuk sahur dan berbuka ," kataku lagi . Sejak berkahwin saya membahasakan diri ' saya' dan memanggil isteri 'awak' manakala isteri memanggil saya ' abang' . Tiada panggilan 'sayang ' atau ' B' yang tular menjadi 'trend' sekarang . " Kalau dulu sahur awak suka masak nasi dan lauk. Lepas tu awak kejut saya dan anak-anak makan sahur ," sambungku lagi. Isteriku menonton televisyen tanpa mempedulikan kata-kataku. " Berbuka pulak awak suka masak makanan kegemaran saya . Mi hoon goreng . Kalau awak rajin awak masak laksam , laksa Johor . Kiranya Mi hoon goreng tu masakan paling 'simple' awak. Awakkan pandai masak, " kataku memujinya. Isteriku tidak menoleh pun. Senyum pun tidak...
Posts
Showing posts from February, 2026
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Siapa Farok ? Waktu aku dan isteri sedang dalam perjalanan menuju ke Losong, Kuala Terengganu , tiba-tiba telefon pintarku berdering. Nombor telefon yang tertera pada skrin tidak kukenali tetapi sebagai peniaga aku perlu menjawab panggilan tersebut kerana mungkin bakal pelangganku yang menelefon. " Hello. Boleh saya bercakap dengan Che Azmi Bin Che Wil?" " Ya, saya bercakap. Apa yang boleh saya bantu?" " Begini, Tuan. Saya Farok dari syarikat guaman. Saya hendak menyerahkan surat saman sivil." " Saman sivil? Pasal apa?" " Berkaitan loan Tuan dengan bank" " Bank mana?," tanyaku semula. " Ermm.." " Affin Bank. Bank Islam . CIMB . Maybank ?" " Affin Bank, Tuan ." " Kenapa dengan Affin ?," tanyaku lagi. Keretaku sudah sampai di hadapan kedai menjual keropok lekor. Aku tidak turun terus dari kereta tetapi cuba mengenal pasti panggilan 'misteri' itu. " Begini, Tuan. Tua...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod: REBAH Empat hari bercuti di Terengganu disambung percutian ke Sandakan, Sabah selepas dua hari pulang ke rumah. Keletihan masih terasa. Aku dan isteri menaiki bas dari AEON Bukit Tinggi pada pukul 7.30 pagi menuju ke KLIA. Perjalanan bas melalui Lebuh raya WCE merentasi Olak Lempit. Kami sampai di KLIA sekitar pukul 8.45 pagi . Setelah bagasi dikeluarkan dari perut bas, kami bergegas ke kaunter 'check in ' . Barisan agak panjang dan lama. Tiba-tiba, terdengar hentakan amat kuat di belakang aku. Rupa-rupanya, isteriku telah rebah dan pengsan. Situasi menjadi kelam-kabut dan beberapa penumpang yang sedang beratur turut membantu. Isteri tersedar daripada pengsan lalu didudukkan di atas kerusi roda. Beberapa orang 'team rescue' KLIA memberikan bantuan kecemasan awal. " Tuan perlu mendapatkan surat kebenaran doktor untuk mendapatkan keizinan terbang daripada pengurus penerbangan," kata seorang petugas yang berpakaian suit berwarna oren. " Tapi , bo...