Episod : Gelaran Sewaktu tinggal di Flat LPK penduduknya melebihi 1000 orang. Setiap blok mempunyai 4 tingkat dan setiap tingkat ada 6 pintu. Dari blok A sampai blok J. Kesemua penduduk terdiri daripada pekerja Lembaga Pelabuhan Klang dari berbagai-bagai jabatan. Arwah ayahku seorang pemandu folklif kemudian menjadi pemandu kren setinggi 9 tingkat bangunan. Semasa interview untuk jawatan pemandu kren disediakan pasukan bomba dan ambulans. Ada pemandu yang diuji menaiki tangga secara manual terkencing-kencing kerana gayat. Pihak bomba menurunkan menggunakan skylift. Disebabkan terlalu ramai yang mempunyai nama serupa timbullah pelbagai gelaran. Gelaran diberi berdasarkan perwatakan , jenis pekerjaan , hobi dan minat tertentu. Tahun 70-an dan 80-an , kemudahan asas sangat terhad kerana negara kita ketika itu berasaskan ekonomi pertanian. Sehinggalah Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Hussein Onn ekonomi negara menuju perindustrian. Gelaran diberi bukan saja dalam...
Posts
Showing posts from May, 2021
- Get link
- X
- Other Apps
Episod: M Sekeping kad di atas meja belum kuusik. Kubiarkan saja terletak di situ. Aku mencapai mesin taip Olivetti lalu jari-jemari ku mengetuk satu persatu butang mesin taip . Dalam rutin harianku , dua perkara yang kulakukan :membaca dan menulis ! . Kuputar tombol radio transister di tepi meja. Kedengaran lagu-lagu evergreen tahun 80-an dan 90-an bersilih ganti. Suara Sohaimi menggegar jantungku ' Misteri Cinta'. Jari-jemari pantas mengetuk mesin taip. Sebaris demi sebaris . Semuanya bak air sungai mengalir ke muara . Beberapa hari yang lalu , ketika aku melintas di hadapan rumahmu beberapa buah kereta kelihatan diparkir bersusun. Beberapa orang lelaki dan wanita dewasa keluar masuk. Kau tidak kelihatan , M. Aku berpatah balik di hadapan rumahmu. Kelibatmu tidak kulihat seperti selalu. Aku mengayuh basikal ke pekan kecil PK. Aku tiada tujuan ,M. Hatiku tertanya-tanya tapi aku tiada jawapan pertanyaanmu, M. " Relakah kau ? ," tanyamu dengan suara sendu. Aku tiada ...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : "The First Thing This Morning" Aku sampai di Klinik Kesihatan Daerah sekitar jam 11.30 pagi. Cuaca mendung. Langit hitam tidak berawan tanda hujan akan turun bila-bila masa. Selepas mendaftar nama di kaunter , namaku dipanggil . Slip No.2048 di tanganku. Tekanan darah ok. Gula ok. Semua ok. Oklah. Tidak ramai yang ada di ruang menunggu kerana tarikh janji temu sudah diubah suai kerana PKP yang sedang berkuat kuasa di Selangor. Aku duduk menunggu giliran sambil membelek-belek telefon bimbitku. Aku terbaca petikan 'screenhot' yang diviral di dalam laman FB. " The First Thing This Morning" : Anda dipecat !.Aku cuba menahan air mata sebaliknya tersenyum lebar. Nombor giliran seorang demi seorang dipanggil masuk ke Bilik 2 untuk menemui doktor yang bertugas. Setelah hampir 15 minit menunggu nombor giliranku dipanggil. masuk Bilik 2. Dua orang doktor perempuan muda sedang duduk di kerusi masing-masing. Tiada pesakit lain di dalamnya kecuali aku. "...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : TABLIGH Sebuah surau separuh batu separuh kayu dua tingkat terletak di luar pagar Flat LPK . Kedudukan surau itu juga bersebelahan gate Pelabuhan Selatan . Dulu , tahun 70-an zaman jemaah haji ke Mekah menaiki kapal suasana di Pelabuhan Selatan sangat meriah . Kebanyakan jemaah haji dihantar oleh kaum keluarga dan sahabat handai jauh dan dekat. Di surau ini juga sering dikunjungi jemaah tabligh. Ada seorang dua penduduk Flat LPK merupakan ahli jemaah tabligh tegar. "3 hari keluar, syeikh," kata abang Usop kepadaku sambil menggosok-gosok belakangku. Abang Usop juga kakitangan Lembaga Pelabuhan Klang. Di surau itu, jemaah yang rapat dan kerap ke surau dipanggil 'Syeikh' sesama kami. Pada suatu hari, sekumpulan jemaah tabligh berkunjung ke surau dan bermalam di situ selama tiga hari. "Insyallah, tuan-tuan, selepas ini kami ada sedikit tazkirah. Harap tuan-tuan dapat menghadirkan diri ," kata salah seorang jemaah tabligh yang bangun sebaik sahaja us...