Episod 4 : Bilik 217
“
Ayah , kita orang dah upah tukang untuk ‘renovated’ tandas bawah , “ kata puteri
sulungku. Aku hanya mendengar .
“Macamana
bayaran upah tukang ?,” tanyaku semula .
“Upah
tukang ayah jangan risau semua dah ‘sattle’ . Hari ini tukang datang pasang
tandas duduk . Tukang pasang pemegang sekali supaya senang ayah nak guna tandas
nanti , “ kata puteri keduaku.
“Kakak
dah uruskan semua . Duit sumbangan kawan-kawan ayah dan murid-murid ayah lebih
daripada cukup . Semua duit sumbangan itu kita orang serahkan kepada kakak
untuk uruskan bayaran rumah , kereta , bil dan lain-lain. Insyallah cukup untuk
3 bulan bayaran ,” sambung puteriku lagi. Aku bersyukur kepada Allah kerana
mempermudah urusanku pada saat aku
menghadapi musibah . Pelawat –pelawat mulai datang dan kebetulan harim itu hari
minggu.
Hari
ini sangat meletihkan kerana pelawat yang datang tidak henti-henti. Namun
begitu , aku berasa gembira dapat bertemu pelawat-pelawat yang sanggup datang
dari jauh. Seorang jururawat telah menampal notis pada pintu bilik atas arahan
Dr.Ip. Aku sempat menoleh ke arah jururawat itu dan melemparkan senyuman . Dr.
Ip sudah memaklumkan kepada aku bahawa tindakan mengehadkan kehadiran pelawat
adalah untuk memastikan aku mendapat rehat secukupnya. Sejak aku dimasukkan ke
hospital hampir 500 orang pelawat yang datang sehingga pengawal keselamatan
terpaksa ‘melarang’ mereka ke bilikku dan meminta mereka melawat aku di rumah
sahaja.
Bermacam-macam
makanan dibawa termasuk ibu mentuaku datang dengan masakan Jawa , ayam ‘ungkep’.
Masakan kegemaran aku sejak mengahwini isteriku. Kami mengambil kesempatan
berbual-bual dan bilik menjadi terlalu padat sehingga adik-adikku meminta
pelawat-pelawat yang datang menunggu giliran di luar bilik . Selepas maghrib ,
ibu mentua aku memohon diri dan berjanji akan datang ke rumah aku selepas aku
dibenarkan keluar hospital kelak.
Malam
itu, aku mengajak isteriku turun ke bawah. Isteriku meminjam kerusi roda di
kaunter jururawat. Isteriku menolak kerusi roda ke bilik sambil diekori seorang
jururawat untuk membantu aku duduk di atas kerusi roda . Inilah kali pertama
aku keluar dari bilik selepas dimasukkan ke hospital . Mukaku sudah penuh
dengan bulu-bulu halus kerana aku sengaja tidak bercukur . Aku ditolak keluar
dari bilik oleh isteriku . Seorang petugas lelaki sudah ‘stand by’ di kaunter
jururawat jika khidmatnya diperlukan untuk menolak kerusi roda . Isteriku
hendak menolak sendiri kerusi roda yang aku naiki . Lif terbuka dan seorang
pelawat yang kebetulan keluar dari lif menahan pintu lif daripada tertutup.
Tidak
dapat aku gambarkan perasaan aku ketika itu kerana pertama kali keluar dari bilik
. Hati melonjak gembira. Aku mengajak isteriku ke kafe hospital untuk
menaikmati nescafe panas. Ada kuih-muih dan masakan bergoreng dijual di kafe
itu. Aku mengajak isteriku ke lobi kerana di situ ada kedai menjual majalah dan
surat khabar . Semasa membelek-belek majalah , aku disapa dari belakang . Rakan
sekolah rendahku dan suaminya datang untuk melawat aku . Kami berbual-bual di
lobi sebentar dan kemudian mengikuti kami naik ke bilik .
Jururawat
mengekori kami ke bilik untuk membantu aku naik ke atas katil . Suami kawanku memeluk
tubuhku dan membantu aku berdiri sebelah kaki dan naik ke atas katil .
Tercunggap-cunggap nafasku kerana rasa kepenatan barangkali sudah lama aku
berbaring di atas katil dan sedikit aktiviti hari ini. Kami menyambung
perbualan kami tentang hal kemalangan dan rawatan yang aku terima . Hari sudah
lewat malam dan rakanku memohon diri . Isteriku sahaja yang menemani aku kerana
anakku akan ke sekolah semula keesokan hari. Aku meminta isteriku menutup lampu
dan jururawat masuk ke bilik untuk memeriksa tekanan darahku .
Badanku
sangat letih lalu terlelap. Seperti biasa , malam itu aku bangun sekitar jam
3.00 pagi setelah bahuku digoncang . Aku bangun terpisat-pisat dan ke tandas.
Rutin aku menunaikan solat malam dan membaca Al-Quran yang hanya tinggal suku
lagi untuk khatam . Setiap kali aku selesai membaca Al-Quran akau akan membuat
catatan mukasurat akhir yang aku baca . Subuh itu hujan turun renyai-renyai dan
menambahkan kesejukan di dalam bilik. Kami bersolat subuh berjemaah dan aku
mengimami solat subuh itu.
Perut
berasa sangat lapar dan kebetulan ada roti yang dibawa oleh pelawat siang tadi
. Ayam ‘unkep’ dan nasi masih berbaki . Aku memandang ke luar tingkap melihat
matahari pagi menerangi bumi Tuhan .
Comments
Post a Comment