Episod : Ibuku Guruku Dialah ibuku. Dialah guruku. Dialah yang mengajar aku menulis, membaca dan mengira. Minat membaca di dalam tubuh ibuku mengalir deras di dalam tubuhku. Ibuku mengajar aku erti disiplin. Ibuku mengajar aku erti berjimat-cermat. Ibuku mengajar aku memasak. Ibuku mengajar aku memilih ikan dan sayur di pasar. Ibuku mengajar aku berkomunikasi dalam pergaulan. Ibuku sangat menjaga aku sama ada pelajaran mahupun pergaulan. Sehingga hari ini , aku masih berpegang kepada larangan ibuku , JANGAN MEROKOK ! Tiada tapi-tapi . Amaran tetap amaran. Ibuku juga melarang aku pergi ke laut untuk berenang dengan kawan-kawan sepermainan. Akhirnya, aku tidak pernah tahu berenang hanya tahu menyelam seperti itik di parit. Ibuku mengajar aku perkataan dan makna. Ibuku amat memahami erti semantik. Kata ibuku, dia dulu sangat ingin menjadi guru tetapi keadaan ketika itu tidak mengizinkannya memenuhi impiannya. Ibuku pandai menulis. Aku ialah acuan ibuku. Ibuku tidak akan membiarkan a...
Posts
Showing posts from May, 2025
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : HARI GURU Semalam tarikh keramat 16 Mei 2025, hari yang sangat bersejarah kerana setiap tahun pada tarikh ini Hari Guru disambut di seluruh pelosok negara. Setelah aku bersara dari alam persekolahan pada 2005 selepas 25 tahun menabur bakti kepada anak-anak bangsa kali ini aku diraikan dalam sambutan Hari Guru . Perasaanku bercampur antara sedih dan gembira. Rasa sedih kerana ada kalangan rakan guru telah kembali kepada Pencipta dan rasa gembira kerana aku masih berpeluang merasai suasana Hari Guru. Beberapa hari sebelum itu, aku dan rakan-rakan guru lain sudah menerima kad jemputan rasmi Hari Guru daripada Jawatankuasa Sambutan. Baru dua bulan yang lalu aku menyertai pasukan tenaga pengajar di Zenith Private School dan hampir sebulan aku memikirkan kewajaran untuk bekerja semula. CEO meletakkan harapan tinggi agar aku menerima tawaran tersebut kerana mereka mahu aku berkongsi pengalaman aku dalam bidang akademik hingga sekarang sudah 38 tahun. Akhirnya, aku menerima tawa...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Rezeki Tak Salah Alamat Anak bongsuku Eiman Danish lahir selepas abangnya Ammar Mukriz berusia enam tahun dan Ammar Mukriz lahir selepas kakaknya berusia enam tahun . Sewaktu Eiman menduduki peperiksaan UPSR dia telah membuat satu permintaan yang 'mengejutkan' aku dan isteri kerana dia membuat keputusan untuk belajar di Maahad Tahfiz. Setelah aku merujuk kepada beberapa rakan ustaz akhirnya aku dan isteri bersetuju dengan permintaannya itu. Aku tidak mahu dia bersikap 'hangat-hangat tahi ayam'. Aku memberitahu Eiman bahawa dia tidak boleh berpatah balik selepas memasuki Maahad Tahfiz. Akhirnya, Eiman dihantar ke Maahad Tahfiz yang aku pilih untuk mendalami dan menghafaz Al Quran. Sepanjang pembelajaran tiada perhubungan secara langsung kerana telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa masuk. Setiap masa aku dan isteri berdoa agar Eiman diberikan kecekalan sepanjang belajar di situ. Bilangan pelajar hampir 80 orang dengan 7 hingga 8 orang tenaga pengajar diketuai...