Episod : Tewas Selepas bersarapan bersama-sama adik-beradik dan ipar duai di Shah Alam pada pagi Isnin . " Jom kita pergi Banting. Cari kerepek ," kataku kepada isteri dan seperti biasa tiada apa-apa jawapan yang terpacul dari bibirnya. Stereng MYVI membawa aku dan isteri ke Banting melalui jalan yang agak lengang pada hari itu. Tiada perbualan sepanjang jalan hanya sesekali aku mengomel sendirian. Butang radio kupulas mencari 'channel' Radio Klasik. Lagu-lagu 80-an dan 90-an menggamit memori yang sentiasa segar. Sesekali kuikut menyanyi lagu yang kuminati saat berkumandang di corong radio. Sesampai di kedai menjual kerepek yang menjadi pilihan kami ' Ros Kerepek' yang terletak di Kampung Sungai Lang Tengah aku membeli kerepek ubi, kacang goreng dan maruku kegemaranku. Bunga-bunga bromeliad menghiasi laman kebanyakan rumah di situ. Usai membeli - belah kerepek kami singgah di rumah rakan sekolah kami. Kami disambut mesra oleh rakan kami , Mas dan Idin. Bung...
Posts
Showing posts from August, 2026
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : BENENG Beneng masakan popular masyarakat Jawa. Ramuan memasak beneng sangat mudah . Sayur- sayuran seperti bayam, kubis, kacang panjang dan tempe sememangnya bahan-bahan yang sering digunakan untuk memasak beneng. Ditambah pula ikan kering ( gereh ), sambal belacan dan ulam-ulaman. Namun, ada yang menambahkan rasa dengan udang dan ikan bilis. Hari ini aku memasak beneng. Aku menggunakan kacang panjang, tempe, lobak merah, dan kubis. Aku mempunyai pengalaman istimewa dengan masakan beneng. Seawal perkahwinan aku dengan gadis pilihanku masalah yang aku hadapi ialah makanan. Isteriku berketurunan Jawa dan sudah tentu beneng merupakan masakan wajib di rumah mentuaku. Sementelahan pula, aku dan isteri tinggal bersama-sama mentua. Isteriku bekerja di sebuah kilang elektronik di Batu 5, Meru. Setiap hari, selepas pulang dari sekolah aku menaiki bas awam KSOC dari stesen bas Klang ke Kampung Meru. Di dalam fikiranku beneng menu utama masakan ibu mentuaku. Di pertengahan jalan , ...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Terbang Ke Awan Gambar ini mengingatkan aku pada satu detik yang kukira sejarah dalam perjalanan hidupku. Hari konvokesyen UPM kali ke-22 pada tahun 2008. Tidak pernah kusangka-sangka. Usai STPM pada tahun 1986, seperti rakan-rakanku yang lain aku juga berlumba-lumba memohon ke menara gading. Borang permohonan yang tersiar di dalam surat khabar digunting , diisi segala butiran yang dikehendaki dan segala dokumen serta sijil yang diperlukan difotostat untuk dikepilkan bersama-sama borang permohonan. Namun, segala-galanya hampa. Aku gagal dalam permohonan ke universiti. Manakala, seorang demi seorang rakanku mendapat tawaran dari universiti. Aku hanya menumpang gembira dan bangga atas kejayaan rakan - rakan. Hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun berlalu . Impian dan harapanku ikut sama pudar. Cita-citaku untuk menyambung pelajaran ke universiti sudah kupadam tanpa berbekas. Andainya aku tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti sekurang-kurangny...