Episod : GANU KITE Kehidupan kita suatu perjalanan yang singkat. Seawal jam 7.00 pagi, aku sudah bergerak meninggalkan kota yang tidak pernah tidur menuju ke Kuala Terengganu. Pemanduan berhati-hati diutamakan walaupun tidak banyak kenderaan di sepanjang lebuh raya. Sebelum melalui Karak , aku menyerahkan tugas memegang stereng kepada puteri keduaku. Sekejap laju sekejap perlahan apabila mengekori lori mendaki Genting Sempah. Selepas dua jam perjalanan kami tiba di R&R Temerloh untuk bersarapan pagi. Menu pagi ini agak keterlaluan kerana semangkuk sup bakso, mi goreng dan sebiji pau kaya kujamah dengan teh o panas. Usai menjamu selera, kami meneruskan perjalanan dan cuaca sangat cerah. Aku memandu keretaku di jalan yang lurus melalui Lebuh raya Pantai Timur (LPT). Sekali lagi, kami singgah di R&R Paka untuk ke tandas dan berehat sambil minum. Jam di tangan menunjukkan pukul 11.00 pagi. Perjalanan diteruskan dan memasuki simpang kiri keluar dari LPT ke Kuala Dungun. Banyak...
Posts
Showing posts from March, 2022
- Get link
- X
- Other Apps
Episod:GANU KITE(2) Hari ini hari kedua aku di bumi Terengganu. Aku mengajak isteriku mencari tempat sarapan. Tidak jauh dari Homestay Seri Ibai tempat penginapan kami, sebuah warung yang ramai pelanggan sedang beratur. Aku memilih laksam manakala isteriku memilih nasi dagang . Nasi kerabu tidak dijual. Teh tarik buih atas. Seketul belacan sebesar ibu jari terpaksa kuasingkan ke tepi kerana terlalu masin. Teh tarik manis leting (dialek Pantai Timur). Usai makan kami bergerak ke pusat bandar. Jam 8.30 pagi aku sudah terpacak depan pintu Pasar Payang. Orang tidak terlalu ramai mungkin masih awal pagi. Kompleks pasar baharu dan sebahagian masih dalam pembinaan. Berjalan-jalan tanpa tujuan untuk membeli. Nak beli kain songket aku sudah mempunyai berbelas-belas kain songket di dalam almari. Aku terpandang baju kemeja batik lengan pendek yang sangat cantik. Selepas dicuba padan dengan tubuhku saiz XXXL. Aku belikan juga untuk isteriku kain batik ela berwarna biru gelap. Aku melihat bar...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : USAH MENANGIS LAGI Dugaan demi dugaan yang datang kutempuhi dengan sabar . Bohonglah kalau hati ini tidak pernah menangis. Dan bukan sedikit pula air mata yang tertumpah.Kadang-kadang aku termenung panjang memikirkannya. Daripada satu kisah kepada satu kisah.Saat aku ditinggalkan oleh seorang ‘teman’. Dugaan sentiasa datang dan pergi. Puluhan warkah kunukilkan tiada jawapan yang kuterima. Kata pujangga ‘Sepi itu indah’. Aku memilih untuk menyepi sendiri selama beberapa ketika. Waktu demi waktu, keresahan semakin pergi mencari jalan ketenangan. Akhirnya , kutemui dia yang sudi mendengar , berkongsi dan akhirnya dua jiwa bersatu hati. Kelelahan menghadapi semua dugaan ini hilang seketika. Aku diuji lagi. Berpindah randah hampir tujuh kali dari sebuah rumah sewa ke sebuah rumah sewa. Alasannya, ada penyewa lain yang sanggup bayar lebih tinggi. Rumah yang kami sewa hendak dijual. Mengapa aku ingin membeli pada harga yang sama tetapi tidak mahu menjualnya. Akhi...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : KOMISEN Dalam pasaran jualan langsung terdapat pelbagai produk yang dipromosikan oleh para agen dan masing-masing berlumba-lumba untuk menarik perhatian pelanggan dengan cara tersendiri lagi unik. Tujuan aku menulis kisah ini bukan untuk menyokong mana-mana produk yang terbaik kerana lain orang lain citarasanya tetapi berpada-padalah dalam mempromosikan kelebihan produk masing-masing. Jangan sampai produk entah ke mana ‘sales’ entah ke mana. Skil menjual produk perlu dikuasai terlebih dahulu seperti mana yang pernah aku ceritakan dulu. Skil komunikasi, skil bahasa tubuh dan paling mustahak skil pengetahuan kita tentang produk. Aku pernah mengajar seorang murid dan mulanya aku tidak mengenali bapa kepada muridku ini. Setelah beberapa lama mengajar, barulah kutahu bapa muridku ini seorang pemilik perniagaan produk jualan langsung atau ‘direct selling’ yang terkemuka di Malaysia. Kisahnya, pada suatu malam, aku mengajar di rumah muridku ini dan kemudian bapanya pulang...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : JUAL RUMAH Setiap orang mengimpikan kebebasan kewangan. Hidup tanpa hutang-piutang. Bekerja dijadikan hobi. Kalaupun kos sara hidup hanyalah makan minum dan bil air serta elektrik. Apabila mengenangkan situasi seumpama itu rasanya akulah manusia paling bahagia. Bahagia bukan kerana banyak wang atau harta tetapi bahagia kebebasan kewangan dan masa. Hendak ke mana-mana pada bila-bila masa. Hendak beli apa-apa ikutkan saja kehendak hati. Pada tahun 2019 sebelum bermula Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP, aku sudah mula merancang untuk menjual rumah yang aku duduki sekarang. Walaupun berat hati tetapi aku inginkan keselesaan dan kebebasan. Sudah separuh abad usia ini . Seakan sudah terasa lelahnya mengejar dunia yang semakin ligat berputar siang dan malam sehingga suatu detik nanti matahari pasti terbit dari barat, iaitu Kiamat. Aku dihubungi oleh beberapa orang ejen menjual rumah. Pelbagai kaum, Melayu, Cina dan India. Masing-masing mempunyai strateg...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : GAJI Aku mula-mula merasa duit gaji ketika bekerja sambilan sebagai pemunggah kayu di dermaga Pelabuhan Utara. Kayu-kayu beluti sebesar betis dipikul ke dalam kontena di tengah-tengah panas terik. Ikut kata mandor gajiku sehari RM25.00 bermula 7.30 pagi hingga petang atau habis semua kayu masuk kontena. Kerja setengah mati. Panas. Dahaga. Letih. Semasa itu , aku sedang menunggu keputusan SPM 1984. Akhirnya, selesai juga kerja aku dengan seorang lagi pekerja yang sudah berumur. Aku mengayuh basikal pulang ke rumah dari Pelabuhan Utara ke Flat LPK. Sampai rumah dah hampir Maghrib. Usai solat Maghrib terus lena selena-lenanya. Sedar-sedar dah pukul 3.00 pagi. Terus bangun solat Isyak. Keesokan hari, menunggu di muka pintu kerana kata mandor esok dia akan singgah rumah untuk memberi gaji kerja semalam. Dari jauh dah nampak kelibatnya, menunggang basikal ‘ slow’ saja kayuhannya. Aku pun senyum melihat mandor datang membawa gaji. “Maaf, deh. Semale to...
- Get link
- X
- Other Apps
Nostalgia Terindah 1980-an menggamit rindu Tika zaman remaja Sepetang melihat lembayung senja Di kaki langit Tanjung Gila ( Tg Harapan) Bersenda gurau dengan teman teman Ke pasar malam Port Klang yang meriah Lagu " Derita Cinta " Jamal Abdillah Bersipongang membelah keriuhan malam Melayan suara lemak merdu Shahizan Jelas Menitip kata puitis Lutfi Abas di corong radio Berkasih dan bercinta putus di tengah jalan Suara sayu Sudirman Di mana Nilai Cintamu Mengejar cita- cita tak kesampaian Riuh rendah stesen bas Klang Anak muda melepak di tangga Great Wall Memetik gitar menyanyikan lagu Chris Vadam Kereta bas bagaikan semut di jalanan Gerai nasi ayam di bawah jambatan Pemuda bertali leher bergaya di pintu Bank Bumiputera , mengenyit mata Pada gadis menanti bas dan teman RX-Z Lelaki bertocang berteriak menolak troli ais Teruna dara berpasangan sambil menjamu ayam goreng KFC di Jalan Taiping Kedai kaset memutar lagu Ibnor Riza Men...
- Get link
- X
- Other Apps
EPISOD : TABUNG Pada tahun 80-an dulu, ayahku membuat sebatang tabung buluh, Seruas batang buluh ditebuk sebagai mulut tabung. Jari kelingking pun tak muat kalau ada percubaan untuk mengorek tabung buluh. Pada masa terdesak, tabung buluh itu akan digoncang beberapa kali untuk mengeluarkan syiling tetapi perlu dibuat secara berhati-hati dan berulang-ulang kali. Tabung buluh akan dibalut dengan kain terlebih dahulu supaya kedap bunyi. Duit syiling di dalam tabung buluh tidak kekal lama kerana selalu digoncang selepas beberapa hari aku menabung. Duit belanja sekolah tidak mencukupi kerana ada masa tertentu guru-guru di sekolah meminta wang untuk membeli itu dan ini. Zaman itu sumber kewangan sangat terhad. Pada masa itu juga ada tabung yang diperbuat daripada tanah liat dengan pelbagai bentuk dan warna. Tabung tanah liat paling popular ialah tabung ayam. Ada juga tabung berbentuk kepala gajah. Tabung ayam lebih mudah dikorek berbanding tabung buluh. Namun kaeda...
- Get link
- X
- Other Apps
EPISOD : KFC Restoran makanan segera dulu seperti KFC dan A&W pada tahun 80-an dikira sebagai makanan mewah . Walaupun harga sepinggan ‘Snack Plate ‘ atau ‘Dinner Plate ‘ tidak lebih RM10.00 tetapi kemampuan untuk menikmatinya amat terbatas. Di Pelabuhan Klang , Restoran KFC terletak di sebelah panggung wayang REX. Sehingga kini, restoran tersebut masih wujud. Aku pernah sekali ke restoran ini itupun aku dibelanja oleh dua orang ‘kakak angkat’ yang bekerja sebagai guru tadika KEMAS. “Jom, Mi. Pergi KFC,” ajak Kak Nor yang gemar berjubah hitam dan bercelak. Aku hanya tersenyum mendengar pelawaan itu. Ketika itu, aku di Tingkatan 5. Bujang trang tang tang. Aku yang masih belajar manalah ada duit nak belanja orang makan KFC. Kami berjalan kaki dari Jalan Kem menuju ke Restoran KFC , Pelabuhan Klang. “Eh, kenapa pintu ni tak boleh buka?,” detik hati kecilku. Dua orang ‘ kakak angkat’ku terkekeh-kekeh ketawa kerana pintu yang cuba aku buka itu ialah pintu stor. Taha...
- Get link
- X
- Other Apps
EPISOD : LAWAN SPIDER Satu daripada jenis permainan budak-budak tahun 80-an dan 90-an ialah lawan spider. Oleh sebab spider tidak dijual di kedai , kami terpaksa mencari spider sendiri. Kawasan yang dikenal pasti menjadi tempat tinggal spider ialah rumpun pokok pandan. Ketika itu, kebanyakan orang menanam pokok pandan di belakang rumah atau di dalam pasu. Daun pandan mempunyai pelbagai kegunaan sama ada dimasukkan di dalam masakan atau minuman, bahan pewarna kuih, diricih halus untuk dibuat bunga rampai atau bahan perubatan tradisional. Kami akan terhendap-hendap di belakang rumah jiran di tingkat bawah untuk mencari spider. Daun pandan yang melekat adalah tanda rumah spider ditambah ada kekabu halus. Daun pandan perlu diselak dengan berhati-hati kerana spider akan lari dengan pantas apabila rumahnya dicerobohi. Bagi yang tidak sabar dan yakin ada spider di celah daun pandan akan mencabut daun pandan dan dibawa lari ke tempat lapang ata...