Posts

Showing posts from January, 2023
  Episod : Telan Air Liur Hari demi hari , aku membilang tarikh itu. Perasaan menjadi bertambah gementar apabila tarikh itu semakin hampir. Susah juga untuk melayan kepura-puraan. Ye, aku berpura-pura berani apabila ditanya ," ok tak?" . Aku dengan pantas akan menjawab ," Ok!". Hakikatnya, OK tapi sebenarnya KO. Macam-macam bayangan yang timbul di dalam benakku sehingga membawa kepada mimpi buruk. Kalau benar-benar terjadi maka tamatlah riwayat hidupku. Aku menahan rasa takut selama menunggu tarikh itu tiba. Inikah dinamakan 'trauma'? Tapi, 'trauma' selepas mengalami peristiwa ngeri. Mungkin perkataan lebih tepat buat diriku ' gelabah '. Aku membaca berbagai-bagai artikel tentangnya. Tiada yang terselamat jika benar-benar terjadi kemungkinan itu. Seakan-akan calon peperiksaan akhir tahun yang akan menentukan 'pass' atau 'fail'. Begitulah perasaanku saat melihat kalender yang tergantung pada dinding. Mulutku turut membilang ser...
Image
  Episod: Mr.K ( Yang kukenali) Persahabatan kami bermula sekitar tahun 1987. Ketika itu, aku sedang hangat bercinta dengan kekasihku yang kebetulan bekerja di syarikat Mr.K sebagai kerani. Syarikat Mr.K membekalkan peralatan mesin fotokopi berjenama 'RICOH'. Oleh sebab, aku sering bercanda di situ untuk berjumpa kekasihku , Mr.K telah meminta aku bekerja dengannya sebagai pekerja 'part time'. Aku sebenarnya sudah mempunyai pekerjaan tetap sebagai guru di sebuah sekolah swasta. Tugas yang diberikan kepadaku pula ialah menulis surat-surat rasmi dan menyediakan proposal kepada jabatan serta agensi kerajaan kerana Mr.K meyakini kemahiran aku menguasai bahasa Melayu dengan baik. Hari demi hari, aku akan ke pejabat Mr.K untuk menguruskan urusan surat-menyurat , permohonan lesen dengan PBT , SSM dan Mr.K memberikan kepercayaan penuh kepadaku bagi menguruskan syarikatnya. Sedar tak sedar barulah aku tahu bahawa Mr.K sedang melatih aku sebagai pengurus syarikatnya. Hubungan aku...