SALAHKU KERNA MENYINTAIMU Pagi itu seperti biasa aku ke pejabat untuk menjalankan amanah di bahuku. "Dah lama sampai?," aku menegur Liz dan beberapa orang kakitangan pejabat tersenyum-senyum memandang kami. Liz melepaskan 'hand bag' di atas meja dan melemparkan senyuman. "Baru saja sampai," jawab Liz ringkas dan melirikkan mata memandang wajahku dalam-dalam. Aku beredar ke bilik dan melabuhkan punggung di atas kerusi berlapik kulit. Jari-jemariku pantas menekan butang 'power' laptop di atas meja . Aku membaca peti email yang sarat dengan pelbagai tugasan dan arahan daripada ibu pejabat. Sesetengah email kucatit pada kertas nota berwarna-warni dan kutampal pada papan kenyataan di tepi meja. "Kerja tak pernah habis," dengusku sendirian. "Tok!Tok!Tok!." "Masuk!". Aku membetulkan tali leher yang tergantung. "Encik Zain. Ini ada sepucuk surat untuk Encik Zain." Aku menyambut surat dari tangan Liz. Liz tersenyum me...
Posts
Showing posts from August, 2023
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Sepuluh Ribu Ringgit. Selepas selesai kelas tuisyen pada malam itu sekitar jam 10.00 , telefon bimbit aku berdering. Aku melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbitku. Aku berasa malas untuk menjawab panggilan itu tetapi akhirnya aku menjawab juga. "Mi, malam ni kita jumpa sekejap," kedengaran suara sahabatku sayup-sayup seperti di atas kenderaan mengajak aku keluar berjumpa dengannya. Aku hanya mendiamkan diri seketika. "Aku penatlah baru saja habis kelas," jawabku cuba menolak ajakan sahabatku. "Sekejap saja. Kita jumpa kat kedai mamak," kata kawanku. "Bila?" "Sekarang ," jawabku lalu sahabatku mematikan panggilan telefon. Dalam keadaan yang sangat malas kerana hari pun sudah lewat aku menggagahkan diri berjumpa sahabatku. "Apa lagilah dia nak jual malam-malam ni," rungutku sendirian. Aku memakir keretaku agak jauh dari kedai mamak yang dijanjikan sebentar tadi. Aku mengambil tempat duduk di tepi kedai ker...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : CERITA TENTANG KAWAN Bukan aku sengajakan kerana ketika itu aku masih belum begitu matang tetapi tanpa kusedari perbuatanku itu sebenarnya telah melukakan hatimu, Y. Sebatang pen pemberianmu kupulangkan tanpa sebab melalui seorang kawan. Kukira itu hanyalah satu pemberian biasa daripada seorang kawan kepada seorang kawan. Maafkan aku andainya sikapku itu telah melukakan hatimu, Y . Aku benar-benar tidak menyedari perbuatanku itu. Tika itu, kita hanyalah kawan biasa. Tiada ungkapan cinta atau sayang yang terbit dari bibirmu, Y . Begitu juga aku. Kita hanyalah kawan. Namun jauh di sudut hatimu, engkau ada menaruh perasaan terhadapku. Aku benar-benar tidak menyedarinya, Y. Walaupun memori itu sudah lama ditelan masa tetapi tatkala kita terserempak tanpa disengajakan , kau membuka memori itu semula . Kata kau ," Awak tidak patut memulangkan pemberian saya dulu". Aku seakan-akan tersedar daripada mimpi tatkala mendengar kata-kata itu terpacul dari mulutmu, Y . Tiada ung...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : REDAH " Mi, kau boleh tolong aku tak?," tiba-tiba bahuku ditepuk dari belakang. Aku yang sedikit terkejut menoleh melihat Lan dengan wajah gelisah. "Kenapa . Lan ?," tanyaku. Lan melabuhkan punggungnya dan mengadap wajahku. "Kau mesti tolong aku," desak Lan. "Tolong apa, Lan?" "Tolong pinjamkan aku duit." "Aku mana ada duit. Gaji aku pun ciput." " Kau bagi aku seribu cukup bulan aku bayar balik." " Eh, kau ni. Aku dah cakap aku tak ada duit. Seratus pun aku tak ada ." " Habislah aku," ujar Lan dengan wajah sedih. "Cuba kau cerita apa masalah kau sebenarnya?," tanyaku sambil meraup wajahku. Aku berasa simpati dengan masalah yang dihadapi kawanku ini tapi apakan daya aku juga tidak berdaya untuk membantunya. “Apa kata kau pinjam duit dengan kawan atau family kau?,” kataku memberikan cadangan . Lan termenung sekejap dan memandang lantai. Perasaa gelisahnya masih meng...