Posts

Showing posts from February, 2023
  Episod : Aku Sang Pengembara Aku ini sang pengembara yang mengembara di atas muka bumi Allah. Perjanjian ketika roh ditiupkan ke dalam jasadku menjadi titik permulaan suatu pengembaraan. Saat aku melihat dunia yang asing, aku menangis kerana teringat perjanjian itu. Detik masa berlalu hari demi hari. Apabila aku mula mengenal erti perjalanan pengembaraan segala dugaan pun hadir. Aku tidak boleh lari kerana dugaan ini akan menentukan siapa aku di sisi-Nya , hamba. Segalanya kupasrah dan tidak mampu untuk menolaknya. Pengembara mempunyai matlamat daripada kesesatan. Kesesatan yang menjerumuskan kepedihan. Setiap yang ditempuhi adalah liku-liku sang pengembara. Aku sangat memerlukan pedoman untuk mengembara di atas muka bumi ini. Gunung - ganang , lautan yang luas perlu didaki dan diharungi untuk sampai kepada titik matlamat. Usia itu hanyalah pinjaman untuk sementara melangkah. Aku ini sang pengembara yang pernah sesat tetapi cahaya kebenaran menerangi perjalananku yang gelap. Lan...
  Episod : Tiba Ramadan Saat paling mendebarkan ialah menanti pengumuman tarikh puasa oleh penyimpan mohor besar raja-raja di kaca televisyen. Rancangan berita RTM pukul 8.00 malam akan dihentikan seketoka pada pukul 8.30 malam untuk memberi laluan pengumuman tarikh puasa. Suasana sepi tiba-tiba. Hampir semua penduduk Flat LPK sudah mengadap televisyen untuk mendengar pengumuman penting itu. "Setelah mendapat perkenan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu dengan ini saya penyimpan mohor besar raja-raja mengisytiharkan tarikh puasa ........ " . Seperti bunyi ngauman kedengaran dibawa angin suara penduduk flat. "Esok puasa," kata ibuku dan kami adik-beradik hanya mendiamkan diri. Apa yang aku fahami puasa ialah tidak boleh majan dan minum selepas Subuh hingga Maghrib. Sebulan berpuasa amat mencabar jiwa dan mental. Di sekolah, murid-murid beragama Islam tetap aktif bermain di padang walaupun sedang berpuasa. Masa yang dinanti-nantikan ialah loceng sekolah berbuny...
  Episod : Esok Hari Raya Sebulan sudah berlalu. Bulan Ramadan sudah di penghujung. Suasana hari raya semakin terasa. Bunyi mercun katak silih berganti. Boleh dikatakan semua wajah ceria dari kanak-kanak hingga dewasa. "Esok raya. Esok raya," laung budak-budak flat kegembiraan. Kaum ibu sudah sibuk di dapur merendang ayam dan daging. Masing-masing memasak juadah tradisional mengikut negeri asal . Ibuku seperti biasa sudah bersiap sedia untuk memasak. Ayam, serai, santan dan bahan rempah ratus sudah siap menunggu untuk dimasuk ke dalam kuali. Ada yang membeli tikar getah baharu, sarung kusyen baharu manakala yang berduit membeli peralatan elektrik baharu seperti peti sejuk dan televisyen. Kira berhabis-habisan juga untuk memyambut hari raya. Baju raya sudah siap bergosok dan tergantung di tingkap. Malam ini penuh debaran . Pengumuman hari raya lebih mendebarkan daripada pengumuman hari puasa. Hari raya dapat makan makanan sedap-sedap. Rendang, ketupat dan kuah kacang serba le...
  Episod : KITA KAWAN BIASA Kisah ini sudah berlalu lama lebih 30 tahun dulu tetapi masih terngiang-ngiang suaranya yang manja dan wajahnya yang mulus. Apabila dia melihat aku sedang duduk , dia akan mendekati aku dan tersenyum. "Hei, awak buat apa?," tanyanya lalu melabuhkan punggung di kerusi di depanku. Aku hanya tersenyum kerana aku berasa sedikit lucu dengan sikapnya. 'Awak suka saya tak?," tanyanya tanpa segan silu. Itulah yang melucukan aku. "Kenapa?," balasku. "Saya suka awak," katanya lagi meminta jawapan balas dariku. Aku bersikap acuh tak acuh sebabnya aku tidak berasa hal ini sangat serius. Aku menganggapnya sebagai kawan biasa tetapi dia suka mendesak aku. "Cakaplah," ulangnya lagi. "Cakap apa?," tanyaku dengan sengaja mahu mempermainkannya. Aku hampir ketawa melihat dia memunjungkan bibirnya yang nipis. "Cakaplah, saya suka awak," katanya seperti mengajar aku. "Tak naklah." "Kenapa tak na...
  Episod : Jepun Hilang Suasana tenang di flat tiba-tiba menjadi kecoh. Apa tidaknya, Jepun hilang. Merata-rata tempat sudah dicari tetapi kelibat Jepun masih tidak kelihatan. Kebetulan pada malam itu ada pasar malam Jumaat di pekan Pelabuhan Klang. Keributan tentang kehilangan Jepun turut tersebar di pasar malam. Sedikit demi sedikit, penduduk flat mulai berkumpul di hadapan pagar besar betul-betul di hadapan rumah pakcik Mat Kodol. Riuh-rendah berita kehilangan Jepun meniti dari bibir ke bibir. Bermacam-macam cerita dan teori dilontarkan tentang punca kehilangan Jepun. Ibu Jepun sejak tadi sudah tidak keruan. Sekejap menangis sekejap pengsan. Apabila tersedar meraung-raung memanggil nama Jepun. Ada yang memberitahu kemungkinan Jepun disorok oleh Hantu Stoking. Dan ada juga yang bercerita kononnya Jepun ditangkap oleh Hantu Kum Kum. Entahlah, sama ada benar atau tidak cerita yang disampaikan itu. Mereka yang ada di situ akan berkerumum di tempat si tukang cerita. Berita kehilangan...
  Episod : SB Sebut SB terlintas di dalam fikiran kita 'Special Branch '. SB bukan sembarangan anggota polis kerana mereka sudah dilatih dengan pelbagai kemahiran terutama penyamaran. Pengalaman aku mengajar murid-murid kelas malam di sebuah sekolah swasta di bandar Klang sekitar tahun 1990-an turut dihadiri anggota SB. Sebagai guru, aku sudah dimaklumkan terlebih awal bahawa beberapa anggota SB berada di dalam kelas aku. Maklumat ini sesuatu yang sangat menarik kerana selama ini aku tidak mengenali anggota SB maksud aku perbezaan mereka dengan anggota polis biasa. Aku hanya mendengar cerita-cerita daripada kawan-kawan tetapi hakikatnya aku tidak mengenali 'wajah' sebenar mereka. Pada hari aku mengajar, aku melihat satu persatu wajah murid-muridku. Kelas malam bermakna murid-muridku terdiri daripada berbagai-bagai peringkat umur dan bidang kerja umpama pelajar PJJ. Tiada seorang pun yang kulihat berbeza sama ada pakaian , gerak geri mahupun cara bercakap. Hanya yang aku...
Image
  Episod : Usah Patah Semangat... Setiap kali gambar ini kutatap hati akan berkata-kata. "Orang memandang rendah kepada kita , biarlah apa orang nak kata" . Bukan sedikit cabaran yang aku lalui sebelum bergelar siswazah. Hanya berbekalkan STPM , aku membuat keputusan untuk terjun ke dunia pendidikan. Ketika itu, aku tidak terfikir apa-apa walaupun kelayakan akademik aku hanya setakat itu. Satu persatu aku berasa 'dimalukan' oleh mereka yang bergelar murid. Apabila pihak pentadbir sekolah swasta tempat aku bekerja mengarahkan aku mengajar calon-calon STPM. Sebelumnya, aku hanya mengajar murid-murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Namun , tugasan itu mengguris dan melukakan hatiku. Sebaik sahaja aku melangkah ke dalam bilik darjah untuk mengajar calon-calon STPM kelas malam kedengaran suara dengusan dan bisik-bisik halus yang mempertikaikan kelayakan aku. Mereka yang lebih berusia daripada aku mencemuh aku secara terang-terang kerana aku dianggap tidak layak untuk menga...