Posts

Showing posts from June, 2023
Image
  Episod : Rumah Sewa Tahun 1989, aku membuat untuk mendirikan rumahtangga pada usia 22 tahun. Pada masa itu, baru 2 tahun aku bekerja tetap sebagai guru di sebuah sekolah swasta di Klang. Jadi, setiap bulan aku memberikan duit gajiku kepada ibuku untuk persiapan wang hantaran dan majlis walimatulurus. Akhirnya, pada tanggal 28 Julai kami dinikahkan di Kampung Meru, Klang selepas Isyak. Kedua-dua pihak bersetuju untuk menangguhkan majlis walimatulurus atau istilah lain 'nikah gantung' . Bermulanya kehidupan kami sebagai suami isteri selepas enam bulan.Jadi, kami suami isteri 'berdating' hampir setiap hari dan bergayut di telefon pula setiap malam. Begitulah perjalanan hidup kami seawal usia perkahwinan seperti lirik sebuah lagu ' aku di sini engkau di sana'. Usai majlis walimatulurus, aku menetap di rumah mentua memandangkan aku tidak mampu memiliki rumah sendiri. Selepas setahun kemudian, lahirlah puteri pertama kami dan kami membuat keputusan untuk berdikar...
  Episod : ' WEELIE' Istilah 'WEELIE' merujuk aksi menunggang motosikal dengan satu tayar depan ke atas dan tayar belakang di atas aspal. Kemahiran membuat ' WEELIE' memerlukan latihan dan keberanian. Orang lain membuat ' WEELIE'' secara solo atau berdua dengan pembonceng. Aku pernah terbuat 'WEELIE'' dengan empat orang di atas motor. Kisahnya terjadi sekitar tahun 1993 pada satu hari minggu. Ketika itu kami tidak mempunyai kenderaan sendiri waima basikal. Hanya basikal mainan anak di rumah. Isteriku terlalu ingin bersiar-siar di Taman Tasik Shah Alam. Takkanlah hendak menyewa teksi untuk ke sana kerana kos tambang mahal. Aku pula tidak mempunyai lesen motosikal mahupun lesen kereta. Setiap hari ,aku akan berulang alik ke tempat kerja dari Meru ke Klang dengan menaiki bas KSOC di Pekan Meru. Dari rumah sewa di Taman Meru 3 , aku akan berjalan kaki ke pekan lebih kurang 1 kilometer. Berpeluh juga ketiak hendak sampai ke pekan yang menjadi ...
  Episod : MAINAN 'RARE' Dulu semasa zaman 70-an dan 80-an , zaman kanak-kanak semua benda yang kita nak kena belajar buat sendiri. Mak bapa tak ada duit nak belanja beli barang-barang mainan . Zaman itu serba serbi sukar. Nak main bola duit tak ada nak beli bola. Kawan-kawan pun sama dua kali lima jenis pokai. Hendak tak hendak kena kerah semua kawan cari kertas surat khabar. Ada yang bawa surat khabar Cina. Ada yang bawa surat khabar Tamil. Ada yang bawa surat khabar Melayu masa itu Utusan Malaysia dan Berita Harian. Semua kertas surat khabar digumpal menjadi sebiji bola kertas kemudian diikat dengan getah yang dicari di tepi-tepi rumah atau jalan. Biasanya, ada seorang apek yang jual sayur dan ikan akan datang menjual di flat LPK . Di situlah banyak getah. Dah puas main bola nak main senapang pulak. Cerita 'Combat' Vic Morrow tengah 'hot'. Habis papan dipunggah di belakang rumah orang sampai menjerit-jerit tuan rumah kerana papan yang disimpan kena rembat. Mu...
Image
  Episod : KERETA Dulu-dulu tak terdetik nak bergambar dengan kereta cukuplah jasanya dikenang selama-lamanya. Angan-angan sewaktu bujang hendak membeli Mercedez tapi gaji RM110 sebulan sebagai tukang cuci pejabat dapat bergambar di sebelah kereta Ketua Pengarah pun jadilah. Sebelum memiliki kereta sendiri aku dan isteri serta dua orang anak (berempat) ke hulu ke hilir dengan bermotosikal bukan tak nak pinjam kereta tapi orang tak nak bagi pinjam .Kita pasrah sajalah. Semasa hari raya motosikal Suzuki RC80 itulah kenderaan kami hingga sampai Banting, Selangor kami beraya tapi dah macam sarkas. Kereta pertama aku ialah Perodua Kancil yang aku terpaksa beli kerana hadirnya anak ketiga dan tiada jalan lain melainkan terpaksa berhutang dengan orang untuk membayar deposit RM12K .Manakala, bayaran ansuran bulanan hampir RM300.00 . Memandangkan isteriku memiliki lesen kereta dan aku hanya mempunyai lesen L motosikal jadi isterilah yang memandu kereta setiap kali keluar rumah membeli bara...
  Episod : Angan-anganku Musnah Sejak naik sekolah menengah , minatku terhadap penulisan karya kreatif seperti sajak dan cerpen umpama sebuah roket menerobos ruang angkasa lepas ke orbit. Hampir setiap hari aku menulis sajak di buku, cebisan kertas dan keratan helaian kalender di rumah. Aku mendapat kepuasan yang luar biasa apabila menulis sajak. Penulisan cerpen hanyalah sekali sekala kerana aku lebih banyak membaca karya cerpen penulis-penulis ternama pada zaman 90-an. Dari situ, aku memasang angan-angan hendak menjadi seorang wartawan. Walaupun ketika itu aku bersekolah di Tingkatan 1 tetapi minatku membaca ruang pojok ' Awang Selamat' dalam Utusan Malaysia sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiranku. Karya-karya kreatif yang tersiar di dalam Mingguan Malaysia menjadi tarikan utama aku membaca akhbar keramat itu. Karya pertamaku ' Cahaya Normila' tersiar di dalam Mingguan Malaysia pada tahun 1986. Kemudian, berpuluh-puluh karya sajak dan cerpenku tersiar di dalam surat...