Posts

Showing posts from October, 2023
  Episod : PUTERA " Alhamdulillah. Anak kita dah tiga orang semua perempuan, " kataku agak kuat . Bunyi hon kenderaan yang lalu lalang di hadapan stesen bas Klang membingitkan telinga. Isteriku menoleh dan tersenyum. " Kalau ada anak lelaki seronok juga saya. Ada kawan," sambungku lagi. Tiada jawapan daripada isteriku. Beberapa orang penumpang bas berlari-lari anak mengejar bas yang baru tiba. Seorang 'supervisor ' stesen yang mempunyai 'sideburn' seperti Elvis Presley melaung-laung menggunakan ' healer speaker' memanggil penumpang-penumpang. Harapan untuk mempunyai anak lelaki mulai terasa apabila anak-anak perempuanku semakin membesar. Sebahagian besar masa di rumah mereka lebih kepada ibu mereka. Sementelahan, isteriku yang mengurus urusan sekolah , tuisyen dan kelas agama mereka atas sebab kesibukan aku mencari rezeki. " Kau cubalah petua ini," kata Har rakanku sewaktu kami minum di restoran. " Boleh percaya ke petua kau tu...
  Episod : Kembara di Negeri Cik Siti Wan Kembang Hari ini ialah hari terakhir aku di bumi Kelantan. Perasaan rindu terdetik di hati ini. Bilakah lagi aku akan pulang ke sini lagi? Pertanyaan itu tiada jawapan. Aku mula mengemas beg-beg pakaian sebelum 'check out' pukul 12.00 tengah hari. Aku dan isteri turun ke tingkat 1 hotel untuk bersarapan. Pelbagai jenis juadah disediakan untuk tetamu hotel. Ada makanan tradisional dan makanan moden . Usai bersarapan, aku dan isteri ke lobi hotel untuk bertemu dengan sepupu aku dari Pasir Tumbuh, Abang Yem dan Kak Sabariah. Mereka merupakan penjawat awam yang sudah pencen. Aku masih teringat Abang Yem apabila berkunjung menziarahi ibu bapaku sekitar tahun 70-an dan 80-an, dia akan memberi kami wang kertas seringgit yang masih baru dan berbau dakwat kerana dia kakitangan di Bank Negara. Manakala, Kak Sabariah pula kelihatan segak apabila berpakaian pegawai Kastam dan singgah di rumah ibu bapaku. Sudah lama aku tidak bertemu dengan mereka. ...
  Episod : Kembara di Negeri Cik Siti Wan Kembang (4) Hari ketiga di bumi Kelantan. Cuaca di siang hari panas manakala malam pula hujan. Pagi ini , kami bersarapan di Restoran Kopitiam Kita, Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu. Ramai pelanggan yang datang dengan beberapa buah bas persiaran. Suasana di dalam restoran penuh sesak dan riuh rendah. Kumpulan pemuzik busker's menyambut pelanggan di hadapan restoran dengan lagu-lagu kegemaran ramai. Kami mengintai-intai 'pot' yang sesuai untuk kami seramai 11 orang termasuk 2 orang kanak-kanak duduk bersarapan. Aku memesan roti titab telur separuh masak yang menjadi kegemaranku dan segelas teh tarik. Kami makan dengan penuh berselera ditambah dengan nasi tumpang. Adikku membeli 'Sare' iaitu sejenis rumpai laut yang kami pernah makan sewaktu kecil dulu. Selesai makan, kami menuju ke Pasar Siti Khadijah untuk 'bershopping' kain , tudung dan makanan kering untuk dibawa pulang nanti. Adikku mempunyai seorang kawan yang be...
  Episod : Kembara di Negeri Cik Siti Wan Kembang (3) Kami menaiki bot penambang untuk ke seberang. Setiap penumpang dikenakan bayaran RM3.00. Perjalanan pulang dirasakan lebih cepat berbanding perjalanan pergi. Kami merakam pemandangan di sekitar Sungai Kelantan dan ternampak longgokan pasir yang disedut oleh bot-bot. Sesampai di daratan, kami meneruskan perjalanan ke Kampung Laut. Ada sesuatu nostalgia apabila ke Kampung Laut kerana aku akan melalui Kampung Palekbang, kampung arwah ibuku. Sebenarnya, tapak rumah pusaka Che sudah dirobohkan dan dijual kepada pembeli orang tempatan dan yang tinggal hanyalah kenangan. Aku dan adikku tidak bercadang untuk menjengah tapak rumah pusaka Che. Kami meneruskan perjalanan ke Masjid Kampung Laut. warisan peninggalan lama. Di situ terdapat kedai-kedai menjual pelbagai jenis serunding daging, ikan dan ayam. Keropok sudah semestinya. Kami singgah di bebebrapa buah kedai yang menjual serunding dan membeli beberapa bungkus sebagai buah tangan. Ma...
  Episod : Kembara di Negeri Cik Siti Wan Kembang (2) Hari kedua , kami bersiap sedia untuk melawat Pulau Suri @ Tunjung. Kami memulakan perjalan dari hotel pada jam 7.30 pagi menuju ke jeti di Pengkalan Kubur. Ada sebuah lagi jeti di Tumpat untuk pergi ke Tunjung. Sesampai di jeti, jam menunjukkan pukul 8.00 pagi. Sementara menunggu kereta anak saudaraku dari Kok Lanas belum tiba, kami bersarapan ala kadar di sebuah warung berhampiran jeti. Saya berpesan kepada ahli-ahli rombongan agar bersarapan ringan kerana selepas ini kami akan menaiki bot penambang yang boleh menyebabkan perut 'bergelora'. Tidak lama kemudian, anak saudaraku pun tiba dan parkir di tempat yang disediakan. Tambang parkir bagi sebuah kereta RM3.00. Kami dibawa oleh pemandu bot penambang. Tambang RM3.00 bagi satu kepala dan perjalanan ke Tunjung lebih kurang 10 minit. Air Sungai Kelantan keruh dan kemerah-merahan mungkin kerana aktiviti menyedut pasir. Perasaanku sangat teruja dapat menaiki bot penambang yang...
  Episod : Kembara di Negeri Cik Siti Wan Kembang Rancangan untuk pulang ke Kelantan tanah tumpah asal keturunanku tidak lama kira-kira sebulan yang lalu. Aku dan isteri serta adik perempuanku juga adik iparku akan berkongsi kereta. Manakala, anak buahku dan suaminya serta dua orang anak mereka turut serta dengan menaiki sebuah kereta lain. Adik kepada adik iparku juga ikut sama bersama-sama keluarga dan menantunya. Jadi , kesemuanya empat buah kereta akan bergerak ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Perjalanan bermula dari Klang sekitar jam 3.30 pagi melalu Lebuh raya Karak. Kami singgah di stesen Petronas Gombak untuk berkumpul sebelum bersama-sama meneruskan perjalanan berkonvoi. Kereta yang aku dan isteri naiki dipandu oleh adik iparku. Suasana lebuh raya agak lengang hanya lori-lori besar bergerak bagai siput ketika mendaki bukit. Jalan yang berbelok-belok memang tidak aku gemari lebih-lebih lagi keadaan lebuh raya yang gelap dan berkabus. Kami melalui Jalan Mempaga yang agak sun...
  Episod : TANDAS Beberapa hari belakangan ini, riuh-rendah tentang tandas sekolah dinaik taraf seperti hotel 5 bintang. PMX telah memperuntukkan RM70k kepada setiap sekolah untuk memperbaiki prasarana tandas sekolah masing-masing. Semoga selepas ini murid-murid dan guru-guru akan berasa lebih tenang dalam menghadapi situasi genting ketika membuang hajat kerana sebelum ini pintu tandas sekolah dikhabarkan telah terkopak, berlubang dan tiada penyelak sehingga menimbulkan kegusaran berterusan. Bercerita tentang tandas sekolah, aku teringat semasa aku bersekolah menengah di SMK Dato Hamzah, Pelabuhan Klang sekitar tahun 1980 hingga 1984 dulu. SMK Dato Hamzah ialah sebuah sekolah yang dibina atas tapak Lapangan Terbang Lama mengikut cerita orang dulu-dulu. Kesemua murid di sekolah ini ialah lelaki yang berbilang bangsa. Aku sudah dilantik sebagai pengawas sejak aku berada di Tingkatan 2. Tugasan harian pengawas seperti mengawasi murid-murid di kantin, menjaga blok bangunan sekolah, pin...
  Episod: Zaman Sekolah Tahun 1974 aku memasuki sekolah MBS di Kampung Raja Uda sekarang Sekolah Rendah Methodist. Ketika itu, kanak-kanak di flat dan sekitar Pelabuhan Klang bersekolah di MBS, Sekolah Kebangsaan Melayu atau Sekolah Tengku Bendahara Azman. Manakala, kawan-kawan Cina dan India bersekolah di Sekolah Rendah Tamil tidak jauh dari Sekolah Kebangsaan Melayu dan Sekolah Rendah Cina di Jalan Cungah, Pelabuhan Klang. Setiap hari aku dan adikku dihantar ke sekolah dengan membonceng basikal ayahku. Ayahku bekerja sebagai pemandu forklift di Pelabuhan Utara. Di sekolah tentulah terjumpa kawan-kawan dari Flat LPK . Jadi, tidaklah terlalu takut semasa di sekolah. Sesetengah murid dari kalangan orang berada sudah ada pengalaman belajar di tadika. Bagi yang kurang berada pula terus masuk darjah 1. Jadi, perasaan seram itu tetap ada terutamanya ketika guru Bahasa Inggeris mengajar kerana sepatah haram pun aku tidak faham. Pulang dari sekolah , mencari kawan-kawan untuk bermain di ...
  Episod : Zaman Kanak-kanak Dulu-dulu Aku dilahirkan di Kuarantin , Port Swettenham pada Februari, 1967. Pada masa itu Pelabuhan Klang dikenal sebagai Port Swettenham. Selepas banjir besar, aku dan keluarga berpindah ke Flat LPK, Jalan Kem yang terletak bersebelahan 'gate' Pelabuhan Selatan. Di sinilah pekerja-pekerja Lembaga Pelabuhan Klang tinggal Flat LPK mempunyai 9 buah blok empat tingkat. Setiap tingkat mempunyai 6 pintu rumah dan setiap rumah mempunyai 2 buah bilik sahaja. Mula-mula berpindah aku tinggal di Blok F tingkat 3 dan kemudian berpindah ke blok E tingkat bawah. Boleh dikatakan suasana tinggal di Flat sungguh meriah sepanjang masa. Ketika krisis air , pili bombalah yang menjadi tumpuan para ibu menyeret anak-anak mandi sambil membasuh kain baju. Mereka yang tinggal di tingkat bawah kurang terjejas apabila tiba krisis bekalan air. Jadi, jiran-jiran tingkat bawah banyak membantu jiran-jiran tingkat atas. Tidak kira Cina, India, dan Melayu suasana hidup rukun dam...