Posts

Showing posts from April, 2023
  Episod : 'Sepucuk Warkah Ini ' Asalamualaikum , N ... N, emoga awak sihat walafiat hendaknya. Awak apa khabar, N ? Maafkan saya kerana mengutus warkah ini . Walaupun awak tidak pernah membalas warkah saya namun saya berharap awak akan membacanya. Betullah seperti kata awak dulu sebelum kita kembali ke daerah masing-masing, mungkin kita tak berjumpa lagi. Soalan saya belum berjawab ? Mengapa N ? Adakah seseorang sedang menanti kepulangan N di kampung ? Tapi, tak mengapalah N kerana setelah berpuluh-puluh warkah saya utuskan namun tiada jawapan balas seperti yang saya harapkan. Saya juga sudah sedia menerima apa-apa jua keputusan awak . Awak tahu tak, hari itu saya terjumpa pin tali leher yang awak hadiahkan kepada saya. Ketika mengemas bilik, terselit pin itu dicelah buku 'Attar Lembah Mawar ' karya SN Siti Zainon Ismail yang saya usung ke sana ke mari semasa kita ke perpustakaan dulu. Saya membelek pin tali leher itu dan tersenyum apabila mengingatinya semula. Pin i...