Posts

Showing posts from August, 2022
  Episod : BAWA BEKAL   Nilai duit pada zaman sekolah tahun 70-an sangat mahal apatah lagi kalau tercicir di tengah jalan atau semasa pendidikan jasmani di padang. Jangan sampai orang tua tahu duit hilang.Nahaslah jawabnya. Kalau bukan tali pinggang , rotanlah makannya. Orang tua bekerja keras untuk menyediakan keperluan sekolah lagipun adik-beradik seramai lima orang semua bersekolah. Ibu akan memberi duit siling 20 sen setiap hari dan ada bekal nasi lagi. Jadi, aku hanya membeli air di kantin kedai hujung sebelah longkang di kantin sekolah MBS. Beberapa kali aku melihat murid-murid tahun satu menangis kerana duit siling yang dikeluarkan dari poket seluar berguling masuk ke dalam longkang. Air paip sajalah pemuas tekak yang dahaga. Tak ada pulak murid yang jatuh sakit minum air paip pada masa itu. Air paip pun sedap. Kalau tekak berasa nak makan mi rebus yang sedap itu, aku akan membelanjakan kesemua duit 20 sen kerana harga mi rebus 10 sen . Mi rebus yang kuahnya macam...
  EPISOD : SAPU TANGAN   Zaman persekolahanku bermula pada tahun 1974 di Sekolah Rendah Kebangsaan Methodsit, Pelabuhan Klang atau lebih dikenali MBS ( Methodist Boys School). Sebuah gereja lama yang dijadikan bangunan sekolah. Guru Besar sekolah terdiri daripada paderi dan kakitangan sekolah pula terdiri daripada sister. Guru Besar sekolah MBS pada tahun 1974 ialah Rev.Lim Kim Tuck kemudian diganti dengan Rev. JS Wellington. Mereka memakai jubah paderi sepanjang berada di sekolah. Semasa perhimpunan sekolah, ucapan Guru Besar disampaikan dalam Bahasa Inggeris. Sepatah haram aku tidak faham. Kemudian, barulah seorang dua guru Melayu yang menyampaikan ucapan. Baru rasa lega di hati. Setiap hari Jumaat, semua murid akan ke dewan untulk menyanyikan lagu-lagu yang sering didengar di gereja seperti Brother John. Seorang sister akan bermain piano di atas pentas. Kata kawan-kawanku, piano itu berhantu kerana akan berbunyi sendiri pada waktu malam. Entahlah, ya ke tidak. Di dewa...
Episod : CATATAN Entahlah pagi-pagi ni tengok 'posting' orang bekerja rasa rindu suasana bekerja dulu. Pukul 6 pagi dah siap-siap pakai 'uniform' kerja baju kemeja, seluar 'slack', tali leher dengan beg galas. Hulur duit kat isteri beli barang masak. Suruh anak-anak turun cepat nak hantar ke sekolah. Sekolah Rendah Taman Sri Andalas dan Sekolah Menengah Agama Tinggi Hishamudin. 'Start' kereta Toyota Unser panaskan enjin. Sarapan di sekolah nanti. Jalan sesak kalau pukul 6.30 tak keluar rumah lagi. Betul jalan raya dah sesak dan membebel kejap anak-anak siap lambat tadi. Sampai juga di sekolah anak-anak tepat waktu sebelum pagar ditutup. Terus memandu ke sekolah jalan lengang lagi sebab baru pukul 7.30 pagi. Sampai sekolah cari parkir . Masukkan duit dalam mesin kupon parkir kemudian letak kupon atas 'dash board'." Selamat pagi,Cikgu". Dua tiga orang pengawas tertunduk-tunduk mengucapkan selamat kepada Guru Disiplin. Naik lift tingkat 2....
  Episod: SIHIR Pembukaan PUSAT TUISYEN SISWA pada tahun 2006 kuanggap sebagai rezeki dan rahmat Allah. Aku berdiri seorang diri. Tiada pembantu yang membantu aku nenguruskan pusat tuisyen itu. Sesekali isteriku datang menemaniku atau membawakan makanan. Hari-hari yang kulalui 'keseorangan' di pusat tuisyen. Suasana meriah apabila murid-muridku hadir untuk nengikuti kelas tuisyen dan suasana sunyi serta bersendirian apabila selesai kelas tuisyen. Masa senggang kuisi dengan membaca atau menyediakan bahan-bahan untuk mengajar. Apabila tiba waktu solat aku menunaikan tanggungjawab itu di sebuah bilik yang kujadikanya sebuah surau. Segala kelengkapan solat aku sediakan seperti naskhah Al Quran, sejadah, telekung, kain pelikat dan tasbih. Tujuannya supaya murid-muridku dapat menggunakannya untuk bersolat tetapi hakikatnya hanya aku seorang yang menggunakan surau itu. Apabila tiba waktu makan , aku lebih suka membeli roti di Kedai 7 Eleven yang tidak jauh dari pusat tuisyen aku sehi...
Image
  AYOH 21 Ogos 2002... Akhirnya Ayoh pergi tidak kembali Tika Ayoh melayan cucu-cucu Ayoh rebah tiba-tiba Kemudian Ayoh tersedar ketika. Ring ! Ring ! Ring ! "Ayoh pengsan," kata ibuku cemas Kereta kupandu laju Membelah jalan raya sesak Menuju Pelabuhan Klang. Dari jauh kulihat jiran tetangga dan sahabat Memenuhi perkarangan rumah "Sabar,Cikgu," ujar Haji Sagak Air mata mengalir laju Aku kehilangan kata-kata. "Singgah masuk rumah dulu," laung Ayoh "Esok orang datang lagi," balasku. Ayoh melihat aku hilang dari pandangan. Tidak sampai 12 jam semalam kutinggalkan Suara Ayoh masih terngiang-ngiang Dan air mata semakin laju. Tubuh Ayoh terbujur kaku Ibuku terpaku di sisi Ayoh Tiada air mata yang menangisi Bacaan Yasin memenuhi ruang tamu Aku melihat wajah Ayoh tenang Di pembaringan. Aku keluar menemui Hj Sagak Kawan rapat Ayoh "Saya dah uruskan semua,Cikgu," kata Hj Sagak "Terima kasih, Tuan Haji" " Kita tunggu tukang mandi j...
  Episod : RINDU "Mok, tidurlah dulu. Kerja orang lama lagi nak habis," kataku sambil melihat ibuku duduk di kerusi rotan dan membaca surat khabar. Aku menoleh dan jarum jam menunjukkan pukul 2 pagi. "Ketak ketuk ! Ketak ketuk !" Jari-jemariku pantas mengetuk mesin taip 'Olevetti' hadiah bapaku kerana mendapat keputusan cemerlang SRP 1982. "Takpa la. Mu buatlah kerja. Mok tunggu," jawab ibuku sambil tersenyum. Matanya sudah kelihatan mengantuk tetapi ibuku tetap mahu menemaniku. Apabila karyaku disiarkan di dalam surat khabar atau majalah, ibuku akan tersenyum puas dan membacanya berulang kali. Ibuku tidak pernah mengkritik karya-karyaku. Hampir setiap malam, aku mengetuk mesin taip. Pada sebelah siang, aku mencoret kata-kata yang lahir dari rasa dan deria. Apabila malam kuanyam kata-kata menjadi bait-bait puisi. Lagu-lagu 'jiwang' dari corong radio menambahkan semangat dan berkhayal mengulit karya. Ibuku tetap setia menemani. " Ini du...