Posts

Showing posts from December, 2020
Image
  EPISOD : JODOH Seandainya bermanfaat kepada pembaca , aku ingin berkongsi kisah ini agar menjadi suatu motivasi kepada pembaca dan bukan niat untuk membangga diri atau apa2 saja label yang meruntun rasaku. Perjalanan hidup kita berbeza-beza .Ada yang lurus dan ada yang berliku-liku. Kekadang keperitan hidup yang pernah kita alami disimpan kemas di lubuk sanubari supaya kita sesekali tidak lupa asal-usul kita dari mana kita bermula suatu perjalanan kehidupan yang panjang . Kata orang, ' hidup jangan menyusahkan orang' .Kata-kata itu sudah mangli bagiku. Apa yang pasti kata-kata itulah menjadi azimat dan keazaman untuk mendaki tangga kehidupan. Lelah memanglah lelah. Aku tidak menolak rezeki yang diberikan Allah malah aku bersyukur yang amat. Rezeki anugerah seorang wanita bernama isteri yang bersemangat waja yang sanggup susah senang jatuh bangun bersama-sama adalah anugerah yang tidak terhingga. Mana mungkin seorang gadis yang selama ini dibesarkan dengan kasih sayang ibu bap...
 Pidato yang ditulis dan dibaca oleh Dato’ Syed Danial (Alumni UM) sempena penganugerahan “Anugerah Tuanku Syed Putra” kepada Profesor DiRaja Ungku Aziz oleh DYMM Tuanku Raja Perlis di Istana Arau, Perlis, pada 29 Mac 2007. PROF DIRAJA  UNGKU ABDUL AZIZ  Tamparan yang tak parah  Di punggung merah   Masih basah bersalut darah  Jeritan bayi baharu dilahirkan  Di Hampstead Heath, utara London  Tahun 1922 Januari tanggal 28  Ibundanya Hamidah gelisah  Tetapi tetap tabah  Seraya merasai megah  Ayahandanya keluh-kesah  Ungku A Hamid mudah gelabah  Namun merasakan bertuah  Lantas terluahlah  Kalimat Alhamdulillah  Demikian bermula riwayat yang dikisah  Ayahandanya Ungku Abdul Hamid  Ketika itu belajar di Cambridge  Menuntut Ll. B di negara matsaleh  Bila balik kelak taklah dipandang lekeh  Kemanjaan bayi dan ibu tidak lama  Belum 3 tahun ibundanya meninggal dunia  Ketika...
Image
EPISOD : GELISAH Pada tahun 1977, buat pertama kali aku ditempatkan di dalam darjah 4A. Kelas pertama di dalam sekolah. Aku sendiri berasa agak terkejut dimasukkan ke kelas pertama kerana aku rasa gusar untuk menghadapi persaingan sengit dengan kawan-kawan sedarjah . Perkara paling mengerikan bagi aku ialah bahasa Inggeris. Rata-rata kawan di dalam darjah 4A berbahasa Inggeris tak kira Melayu, Cina dan India. Kebarangkalian, bahasa Inggeris menjadi bahasa pertuturan mereka di rumah. Manakala, aku pula dibesarkan di flat yang rata-rata majoriti penduduk orang Melayu. Kawan-kawan Cina dan India juga bertutur dalam bahasa Melayu. Jadi, aku tidak terdedah kepada komunikasi bahasa Inggeris . Semasa di sekolah , Cikgu Wong mengajar matematik diselang selikan dengan bahasa Inggeris menjadikan aku sukar memahami mata pelajaran tersebut. Tambahan lagi, kawan-kawan lain lebih laju menguasai mata pelajarn tersebut. Tiba waktu bahasa Inggeris , aku menjadi pendiam kerana takut disoal oleh cikgu. N...
Image
EPISOD : POLIGAMI Kisah tahun 2005 , tahun kedua di UPM. Jam 8.00 pagi prof.dah tercegat depan dewan kuliah dan mengagihkan kertas tugasan masing-masing. Kena pada aku nombor metrik J29617 'Enakmen Undang-undang Nikah Cerai dan Poligami Negeri Selangor" .Tepuk dahi aku."Kenapalah tajuk assignment ni aku dapat," keluh aku sendirian. Assignment mesti dihantar kepada prof.sebelum exam sem. Keesokan pagi, aku memandu ke Pejabat Agama Daerah Klang yang terletak sebelah pejabat ibusawat Telekom. Di seberang jalannya atas bukit tersergam Mahkamah Klang . Setelah memparkir kereta Toyota Unser 1.8GLX warna coklat gelap di tempat parkir, aku melangkah ke pintu pejabat . Ini kali kedua aku ke situ. Kali pertama , aku mengambil borang untuk bernikah tahun 1989. Semasa itu , Ustaz Tuan Haji Asmunghi , Kadi Daerah Klang.Aku memohon borang nikah di kaunter tingkat atas yang berlantaikan kayu. Jadi, bunyi tapak kasut berdekuk-dekak apabila berjalan di lantai kayu. "Cik, saya na...
Image
EPISOD : CABAR  Semasa puteri sulungku Tahun 6 sebuah sekolah rendah di Andalas, seorang guru matematik telah memarahinya kerana puteriku tidak menyertai kelas tuisyen yang diadakan di rumahnya. Sesampai di rumah , air matanya tumpah semahu-mahunya. Lantas, aku bertanya ,"Mengapa?".. "Cikgu kata kakak bodoh dan takkan lulus matematik UPSR"..Mengucap panjang aku. "Tak pe , Kak. Buktikan kakak boleh dapat A Matematik !," kataku memberikan semangat. Isteriku mencadangkan aku membuat aduan kepada Guru Besar, aku jawab ," Jangan buang masa". Alhamdulillah puteriku mendapat 4A 1B ( Sains) dalam peperiksaan UPSR. Aku sempat melihat air muka guru matematiknya yang duduk di pentas semasa pengumuman UPSR. Masam dan merengus. Alhamdulillah, kecemerlangan puteriku dalam Matematik dibuktikan lagi dengan pencapaian cemerlang 9A dalam PMR di SMAT Hishamudin. Puteriku ditawarkan menyambung pelajaran di SBP Gombak di Tingkatan 4&5 . Keputusan SPM yang cemerla...
Image
EPISOD : HARI PERTAMA SEKOLAH Kisah ini berlaku pada tahun 1974 , hari pertama darjah satu aku dihantar oleh ayahku dengan menunggang basikal dari Jalan Kem , Pelabuhan Klang ke Sekolah MBS. Dulu ,Sekolah MBS dikenal sebagai Methodist Boys School. Murid-murid di MBS lelaki dan perempuan. Kiranya, sekolah aliran Inggeris yang popular di Pelabuhan Klang. Darjah satu aku ditempatkan di Kelas 1E. Ayahku menghantar aku hingga ke dalam bilik darjah. Guru kelas aku ialah Puan Lopez. Matanya berwarna coklat bertubuh besar dan setiap hari memakai sari ke sekolah. Orangnya baik tetapi garang ketika mengajar dan bahasa pengantar bahasa Inggeris. Aku jadi cuak kerana sepatah harampun aku tidak faham. Di dalam kelas , kawan-kawan aku terdiri daripada berbilang bangsa dan lapisan masyarakat. Ada yang bergaya seperti anak orang kaya . Ada yang biasa-biasa macam aku. Ada juga daripada keluarga susah . Aku sendiri tidak tahu membezakan kelas A sampai E. Adakah kerana kelas A budak-budak pandai dan kela...
Image
  Setiba di rumah , seperti biasa makanan dan minuman sudah terhidang di atas meja. Seperti biasa juga , aku dan isteri berbual-bual semasa makan sambil aku memuji kepandaiannya memasak. Kata cerdik pandai , petua memikat hati suami pikatlah perutnya! Selesai makan , pinggan dan gelas dibasuh dan diletakkan di atas rak tepi singki. Kemudian, aku naik ke atas untuk membersihkan diri. Borang nikah dan borang poligami aku letakkan di atas meja 'master bedroom'. Memang aku sengajakan ! Aku keluar semula petang itu untuk mengajar dan akan balik ke rumah selepas 11 malam..Sejak berkahwin isteriku sudah dapat menyesuaikan diri dengan rutin harianku. Perkara ini penting supaya masing-masing saling mempercayai. Walaupun , ada kawanku yang mengajar aku 'tektik' balik lewat namun pada aku keselesaan adalah di rumah. Selesai makan lewat malam , aku ke atas untuk membersihkan diri dan solat. Borang nikah dan poligami masih terletak di atas meja dengan malas. Isteriku telah pun tidur...
Image
EPISOD : DARJAH 2E 1975 aku naik darjah 2E. Kawan-kawan yang sama .Cuma guru kelas sudah bertukar 'batton' dengan Cikgu Kaur. Setiap hari berpakaian sut Punjabi. Orangnya lemah lembut . Bertubuh kurus dan tinggi lampai. Sentiasa murah senyumannya. Ayahku akan berjum pa guru kelas setiap kali aku naik kelas dan memberitahu sesuatu kepada guruku. Aku tidak tahu apa yang diberitahunya. Walaupun ayahku tidak pernah bersekolah tetapi dia bersungguh-sungguh benar tentang pelajaran. Itulah ayahku. Kalau semasa darjah 1 kebanyakan kawan baru saling mengenali tetapi naik darjah 2 dah pandai berkawan. Paling tidak tahan , aku kerap kehilangan pensel, pemadam dan pembaris. Ibuku akan menggantikan alat tulis baru setiap kali hilang di sekolah. Aku paling minat mata pelajaran lukisan. Nama guru lukisan pula aku dah lupa . Barang kali, sedikit bakat di dalam diriku membuatkan aku meminati mata pelajaran seni. Lukisan-lukisan yang cantik hasil karya murid-murid akan ditampal di dalam 'no...
Image
Kisah ini berlaku pada tahun 1974 , hari pertama darjah satu aku dihantar oleh ayahku dengan menunggang basikal dari Jalan Kem , Pelabuhan Klang ke Sekolah MBS. Dulu ,Sekolah MBS dikenal sebagai Methodist Boys School. Murid-murid di MBS lelaki dan perempuan. Kiranya, sekolah aliran Inggeris yang popular di Pelabuhan Klang. Darjah satu aku ditempatkan di Kelas 1E. Ayahku menghantar aku hingga ke dalam bilik darjah. Guru kelas aku ialah Puan Lopez. Matanya berwarna coklat bertubuh besar dan setiap hari memakai sari ke sekolah. Orangnya baik tetapi garang ketika mengajar dan bahasa pengantar bahasa Inggeris. Aku jadi cuak kerana sepatah harampun aku tidak faham. Di dalam kelas , kawan-kawan aku terdiri daripada berbilang bangsa dan lapisan masyarakat. Ada yang bergaya seperti anak orang kaya . Ada yang biasa-biasa macam aku. Ada juga daripada keluarga susah . Aku sendiri tidak tahu membezakan kelas A sampai E. Adakah kerana kelas A budak-budak pandai dan kelas E budak-budak tercorot . Ent...
Image
  MASJID INDIA Terima kasih Tuhanku menemukan aku di sini lumpur dosa yang terpalit kutinggalkan atas tangga. Tuhanku di depan-Mu aku menangis biar titik air jernih jatuh di tangan-Mu biar Kau tahu panasnya air jernih itu dan biar bisa terpadam api yang kunyalakan. Terima kasih Tuhanku aku ingin meneruskan bacaan ayat suci-Mu. Nukilan aksaraemas Bacaria  5 SEPTEMBER 1987