Posts

Showing posts from September, 2021
  Episod : Rendang Ayam dan Ketupat   Sham hanya menundukkan kepalanya menahan air matanya daripada gugur. Sham tidak mahu Mia melihatnya menangis . Sham mahu Mia kuat menghadapi ujian berat ini . Sham tahu Mia seorang yang kuat .   “Tapi , Mia terbaring di sini . Abang tidak akan tinggalkan Mia , “ ujar Sham setelah mengumpul kekuatan untuk berkata-kata. “Tak pa, abang . Mia dijaga jururawat di sini, “ kata Mia bersungguh-sungguh . Akhirnya , Sham beralah dengan permintaan Mia . Mia bersalaman dengan Sham Sham mengucup dahi Mia dengan penuh kasih sayang. “Abang berjanji akan datang melawat Mia esok . Esok Hari Raya , “   balas Sham dengan suara sebak. Ada getar di hujung suara Sham menahan perasaan hiba.   Mia memandang Sham hingga hilang dari pandangannya. Sham menuju ke tempat parkir motosikal lalu menunggang motosikalnya meninggalkan perkarangan hospital. Hati Sham berasa sangat sebak mengenangkan keadaan Mia sekarang.   Sham berdoa di d...
  Sebuah catatan pengalaman..."THE REAL BIZNES"   'Best' tak berniaga ?. Kalau sanggup menjadi kuli kamu akan berjaya tetapi kalau kamu menganggap diri kamu   boss maka kamu tidak akan pergi jauh . Perniagaan yang mula-mula aku ceburi ialah menjual peralatan mesin pejabat. Aku sendiri menghantar 'quotation' dan berjumpa dengan bermacam-macam manusia dari pekerja bawahan hinggalah ahli politik untuk mencari sesuap rezeki.   Bukanlah semudah mana untuk mendapatkan 'sale' tetapi aku mendapat banyak pengalaman daripada Mr.K. Dialah mentor yang mengajar aku selok-belok berniaga meskipun pada masa yang sama aku bekerja 'part time' dengan Mr.K , dia tidak lokek mengajar aku skil 'deal' dengan 'customer' .   Dalam masa tak sampai 5 minit , 'sale close' . Apakah ilmunya ? #PELAJARAN PERTAMA : Kalah dahulu menang kemudian . Biar kita rugi sedikit dahulu tetapi 'customer' akan membayar kita selagi mana perniagaa...