Episod: Selamat Tinggal Hari ini sudah masuk hari kelima ibuku dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang. Tulang paha kaki ibuku patah kerana terjatuh di ruang tamu rumah . Aku bersegera pulang ke rumah ibuku setelah dimaklumkan oleh adikku bahawa ibu kami terjatuh. Keadaan ibu tidak begitu baik dan aku sudah dapat mengagak paha kaki ibuku patah kerana kesakitannya yang amat. Lantas, aku dan adik-beradik bersepakat untuk membawa ibuku ke hospital. Kami bersama-sama memapah ibuku ke dalam Toyota Avanzaku. Menantuku memandu laju menuju ke hospital sementara aku dan adik-beradik lain menaiki kereta masing-masing ke destinasi sama. Setibanya di hospital, ibuku diletakkan di atas 'stratcher' lalu ditolak masuk ke Zon Kritikal. Aku dan adik-beradik serta menantu hanya menanti di ruang lobi. Perasaan berdebar-debar memandangkan ibuku pernah mengalami serangan lemah jantung ditambah lagi penyakit 3 serangkai. Seorang doktor memberitahu kami bahawa ibu kami akan ditempatkan di wa...
Posts
Showing posts from April, 2021
- Get link
- X
- Other Apps
Episod:Rombongan ke Kelantan Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1982 semasa aku di Tingkatan 3. Sebuah parti politik Melayu telah menaja rombongan ke Kelantan. Dulu, Kelantan tersohor sebagai syurga beli-belah. Peserta rombongan terdiri daripada penduduk Flat LPK , Jalan Ventoren , Taman Kem dan Kampung Sungai Berembang. Aku juga ikut sama menemani ibuku yang sangat gembira dapat pulang ke negeri kelahirannya, Palekbang dalam daerah Tumpat. Semua ahli rombongan berkumpul di pintu pagar Blok A,Flat LPK . Masing-masing sungguh teruja dapat mengikuti rombongan ke Kelantan . Sosek-sosek ada hendak membeli kain batik , barang dapur daripada tembaga , keropok lekor dan kain baju. Sebuah bas kilang yang disewa khas pun sampai di pintu pagar Flat LPK. Arwah Pakcik Ali Pairan menjadi ketua rombongan dan berdiri di atas tangga bas . Nama-nama peserta dipanggil mengikut giliran dan aku dan ibuku duduk di bahagian tengah bas. Selepas semua beg disimpan di dalam perut bas , pemandu menekan pedal m...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Cinta Dulu ada sebuah judul lagu C.I.N.T.A. tetapi aku tidak ingat nama kumpulan muzik itu kerana tidak minat . Kemudian muncul pula frasa "cinta buta " . Kemudian muncul lagu "Derita Cinta" nyanyian Jamal Abdillah dan " Cinta Kristal" nyanyian Rahim Maarof. Perkataan cinta ini tidak boleh dibuat main-main . Kata orang ," kerana cinta boleh jadi angau " . Ada juga sanggup bunuh diri kerana putus cinta. Tidak kurang juga yang menjadi gila akibat cinta tidak berbalas. Penangan cinta ini amat berbisa lebih daripada racun. Silap langkah boleh merana seumur hidup. Setiap orang mempunyai definisi masing-masing tentang cinta. Dari mata turun ke hati dari hati lahirnya cinta. Jamal Abdillah pernah berduet dengan Fransisca Peter dalam lagu "Kehebatan Cinta". Ya, penangan cinta sangat hebat ! Pada aku , cinta ini bersifat prejudis atau sangkaan sahaja kerana kadang-kadang kita berasa diri sedang dilamun cinta tetapi sebaliknya . Ungk...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod: Dia Kali terakhir aku memijak kaki di sini sekitar tahun 1989. Selepas dari itu , aku semakin sibuk mengejar nikmat dunia. Kalau dulu , di sinilah duniaku . Aman dan damai. Tenang seperti air di dalam dulang tidak diusik angin. Di sini , berjam-jam punggungku berlabuh di atas kerusi berkusyen lembut. Kedinginan memeluk tubuhku erat hingga terasa ke tulang-temulang . Buku-buku seperti kayu dan lalang di belukar tersusun rapi di atas rak kayu separuh usang. Kepala- kepala tertunduk menghadap buku atau surat khabar di atas meja dan ada yang terkulai mata terpejam rapat. Dilamun mimpi yang tidak seindah zaman remaja. Beberapa anak dara sunti asyik berbisik-bisik dan ketawa kecil. Usia si dara tertonjol pada tubuhnya yang bulat seperti babi berkulit merah jambu. Aku meneleku di hadapan sebuah karya agung A.Samad Said : Salina. Kutemui bait-bait cinta di dalam Salina . Beberapa potong kisah menggamit rasa yang mendalam lantas memeluk jiwa yang kosong. Seorang pustakawati meliha...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod: Gred Jusa C Hari ini sudah seminggu aku memulakan operasi sebuah pusat tuisyen. "Proses untuk mendapatkan lesen mengambil masa yang agak lama," kata kawanku yang sudah berkecimpung dalam perniagaan cabang pusat tuisyen. Aku hanya termanggu mendengar kata-katanya itu. "Selagi belum ada lesen, pusat tuisyen tidak boleh beroperasi," tambahnya lagi. Aku memikirkan cara bagaimana untuk memohon lesen pusat tuisyen yang dikatakan susah dan rumit. Keesokan hari, aku ke Pejabat Pendidikan Daerah Klang,Jalan Meru (PPDKlang). Di sebelah pejabat ini sebuah jirat Cina lama . Aku memasuki ruang legar pejabat PPD , seorang pegawai sedang melayani seorang pelanggan. Usai urusan pelanggan itu, aku menghampiri kaunter. Pegawai itu seperti aku kenali . Ye, Encik Murad , senior aku semasa di sekolah menengah . Sudah lama aku tidak bertemunya walaupun aku sering berurusan di pejabat PPD . Encik Murad menyuruh aku berjumpa dengan Cikgu Saari sebagai Ketua Sektor Institusi Swast...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Jaya (bukan nama sebenar) Akibat senda gurau tidak bertempat akhirnya tercetus perang mulut. Kedua-dua muridku ini sememangnya aktif di sekolah. Amarah yang terpendam akhirnya meletus umpama gunung berapi. "Cikgu , ada budak bergaduh," beritahu seorang pengawas ketika aku sedang mengajar di dalam kelas. "Siapa?," tanyaku tetapi tidak dijawabnya. Aku menuruti dari belakang menuruni tangga. Kedengaran bunyi suara pertengkaran yang tinggi. Murid-muridku mengerumuni dua orang murid yang sedang cabar-mencabar. Aku menjerit menyuruh semua yang berada di situ masuk ke kelas masing-masing. Kesemuanya bertempiaran. Hanya dua murid yang masing-masing sedang menyinga masih tidak berganjak . Aku memanggil kedua-duanya masuk ke bilik. Seorang demi seorang bercakap . Puncanya hanyalah disebabkan ejek - mengejek sehingga cabar-mencabar. Kedua-dua menjadi sasaran kemarahan aku . "Kamu datang sekolah untuk apa?," tanyaku kepada Jaya. Suasana diam seketika. Masin...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Rezeki di tangga Asalamualaikum,Prof. Mungkin Prof tidak ingat saya kerana lebih 13 tahun selepas konvokesyen kita tidak berjumpa . Saya, Che Azmi Bin Che Wil , bekas murid Prof. Nombor metrik saya J29617. Sebenarnya , kita dipertemukan-Nya secara tidak sengaja. Hari itu saya menemani seorang kawan saya yang akan mendaftar sebagai mahasiswa. Jadi, selepas kawan saya beratur di ruang lobi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) saya duduk di tangga. Sememangnya , Prof saya suka memerhatikan orang . Sebab itulah , sekali saya berjumpa saya ingat orang itu sampai bila-bila. Bakal-bakal mahasiswa dan mahasiswi sedang rancak bersembang sesama mereka sementara menunggu giliran pendaftaran mereka. Sesekali, seorang dua memandang saya dan saya hanya melemparkan senyuman . Prof tahu tak , bagaimana perasaan saya semasa itu? . Susah untuk saya gambarkan dengan kata-kata. Saya ini kategori pelajar yang tercicir. Tercicir macamana? Begini Prof , semasa sekolah dulu boleh dikataka...