Episod : Jejaka Idaman Sebaik melabuhkan punggung di atas kerusi pemandu tanganku menekan butang radio . Siaran Radio Klasik sedang berkumandang. Tanpa disangka lagu 'Jejaka Idaman' nyanyian Raja Ema kedengaran dari corong radio MYVI aku. ..O..sayang engkaulah jejaka idaman ... Sekonyong-konyong ingatanku melayang kepada kisah 35 tahun dulu. Ketika itu , lagu 'Jejaka Idaman' sedang meletup. Seperti waktu ini jam 5.00 petang , aku menanti ' Raja Ema'ku yang pulang dari pejabat. Aku akan menantinya di kaki lima bangunan Tabung Haji . Kelibatnya sedang melintas jalan membuatkan hatiku berbunga-bunga . Dari jauh dia sudah melemparkan senyumannya. Aku membalas senyumannya dan melambai ke arahnya. Beberapa orang yang lalu hanya memandang aku dan dia yang hampir setiap hari berjumpa di situ. "Lapar tak ?" Dia memulakan pertanyaan . Aku tersenyum. "Jom , kita makan di KFC," katanya sambil berjalan bergandingan denganku. Kami melewati kedai menjual ...
Posts
Showing posts from October, 2024
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : HALIM Dari jauh kulihat Halim sudah tercegat menunggu aku. Sudah menjadi kebiasaannya, membantu aku membawa beg sekolahku ke bilik guru. " Asalamualaikum,Cikgu!," sapa Halim tersengih-sengih. " Wailaikumsalam. Macam ada buat salah je," jawabku sambil berteka-teki. Halim terus mencapai beg sekolahku yang seperti beg Doktor Ismadi dalam filem ' Ibu Mertuaku' . Kami sama-sama menaiki tangga bangunan sekolah . " Cikgu, saya lupa nak buat latihan Cikgu semalam," beritahu Halim tanpa menoleh wajahku. " Dah agak dah. Memang saya dah agak" " Tapi, Cikgu jangan marah. Saya janji esok saya hantar latihan ," sambung Halim. " Janji esok tau. Jangan asyik berjanji" " Saya janji ,Cikgu ". Halim meletakkan beg aku di atas meja. Halim murid Tingkatan 3 yang akan menduduki Sijil Rendah Pelajaran ( SRP). Tubuhnya gempal dan kulitnya agak gelap. Rambutnya saling tak tumpah seperti pelakon filem ' Hulk' manus...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Dulu Dulu , kami tidak berpeluang hendak keluar melancong ke tempat orang . Paling jauh pun pulang ke kampung halaman di Kampung Palekbang. Tumpat , Kelantan. Ayahku yang bekerja sebagai pemandu forklift sudah tentu tidak mampu untuk mengeluarkan belanja besar untuk kami kerap pulang bercuti di kampung. Tambahan pula, adik-beradik seramai lima orang hampir sebaya jadi kami membesar sama. Kami hanya pulang ke Kelantan rasanya tak lebih 2 kali. Sekali semasa aku bersunat di kampung. Selepas itu, kami pernah pulang kerana melawat saudara mara di kampung atas sebab apa aku sudah lupa kerana usiaku masih kecil ketika itu. Kami menaiki kereta api mel dari stesen Kuala Lumpur. Kami dihantar ke stesen dengan menaiki teksi yang dipandu oleh rakan sekerja ayahku Pak Din yang membawa teksi secara sambilan. Pak Din asal orang Pulau Pinang dan selalu singgah di rumahku untuk bersembang. Orang dulu tidak melepak di kedai mamak . Semasa nenek dan datuk aku 'Che' meninggal dunia p...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Kapal Perang Aku dilahirkan dan dibesarkan di Pelabuhan Klang, Selangor . Aku dan keluarga tinggal di rumah kuaters Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dikenali Flat LPK. Terdapat 9 buah blok dan setiap blok ada empat tingkat . Setiap tingkat pula ada 6 buah pintu 2 bilik tidur. Oleh sebab kedudukan Flat LPK bersebelahan pintu masuk dan keluar Pelabuhan Selatan, jadi aku sering melihat tentera laut dari pelbagai negara singgah berlabuh. Semua tentera laut berpakaian serba putih dan ada yang berseluar panjang ada juga berseluar pendek. Tentera-tentera laut ini akan turun dari kapal mereka dan 'merayap' di pekan kecil Pelabuhan Klang. Aku yang masih di sekolah rendah dengan kawan-kawan akan berdiri di tepi pagar flat sambil melambai-lambai tentera yang berjalan kaki berbondong-bondong ke pekan. Mereka ini peramah dan sering memberikan gula-gula kepada kami. Masing-masing berebut-rebut sambil mengucapkan ' Thank You' dan 'Terima kasih'. Tentera-tentera ini aka...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Teluk Intan ( Teluk Anson ) Hari ini aku dan isteri serta adik perempuanku bersama-sama suaminya sudah berjanji hendak keluar berjalan-jalan cari makan di Teluk Intan atau nama asalnya Teluk Anson. Nama Teluk Anson diambil bersempena nama seorang Inggeris yang menjadi pegawai daerah pertama , General Sir Archibald Edward Harbond Anson (1826-1925). Ada juga sejarah menarik tentang asal usual nama Teluk Intan diambil daripada nama seorang gadis yang memiliki rupa paras yang cantik dikenali sebagai Intan berasal dari Madahiling, Sumatera. Pada suatu hari, ketika Intan sedang mandi di tebing Sungai Perak, cincin pemberian ibunya telah hilang di lubuk Sungai Perak. Sejak itulah tempat itu diberi nama Teluk Mak Intan. Sejarah terus berlalu melangkaui zaman-berzaman. Berkuatkuasa 1 Januari 1982 bandar Teluk Anson dikenali sebagai Teluk Intan. Perjalanan dari Klang melalui Lebuhraya WCE mengambil masa hampir dua jam setengah untuk sampai di Teluk Intan. Teluk Intan, sebuah band...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Lesen Al- Arqam Peristiwa ini berlaku sekitar awal tahun 1990-an. Kali pertama aku mengambil lesen motosikal kerana selama ini aku menggunakan lesen L yang digantung depan dan belakang motosikal. Keputusan untuk mengambil lesen penuh kerana anak-anak sudah bertambah dua. Setiap kali hendak keluar ke mana-mana aku akan meminjam kereta orang. Isteriku sudah memiliki lesen memandu srjak zaman bujang lagi. Jadi, dia lagi 'terror ' memandu kereta bahkan lori 1 tan milik kakaknya yang menjual tong gas. Pada tahun 90-an itulah aku membeli kereta pertama sebuah Perodua Kancil warna kelabu 850X. Sejak memiliki kereta sendiri isteri akulah yang memandu kereta ke sana ke sini. Terdetik di dalam hatiku untuk mempunyai lesen motosikal dan lesen kereta. Hasrat hendak memiliki lesen motosikal sudah lama kupendam . Walaupun aku tiada lesen tetapi aku tahu menunggang motosikal kerana aku pernah belajar menunggang motosikal sepupu aku di sebuah padang bola sepak yang sangat luas. Aku...