Episod : Balik Kampung Kisah balik kampung sudah pernah kucoretkan beberapa kali namun setiap kisah ada cerita di sebaliknya. Aku tiba di KLIA sekitar jam 6.00 pagi dan menunaikan solat Subuh di surau yang disediakan. Rombongan ke Kelantan kali ini disertai adikku dan suaminya serta sepupuku bersama-sama anak bongsunya. Sehari sebelum bertolak ke Kelantan perutku sudah mula meragam. Jumaat malam aku singgah makan di sebuah warung untuk makan malam kerana malam itu aku menumpang tidur di rumah anakku di Jenderam Hilir. Usai makan isi perutku mula 'berperang' . Mungkin makanan yang kumakan tidak bersih atau sudah rosak kerana perutku amat sensitif. Keesokan pagi, aku mengalami cirit-birit dan beberapa kali aku berulang alik ke tandas 'airport' sementara menunggu penerbangan MH1384 ke Kota Bharu. Kapal terbang berlepas pada pukul 7.55 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sekitar jam 9.00 pagi. Sekali lagi, aku bergegas ke tandas untuk memerut. Kami menye...
Posts
Showing posts from February, 2025