Kisah benar. Episod : Dikejar Polis. Kurang seminggu sambutan Hari Guru akan diadakan di sebuah hotel berdekatan sekolah. Murid-murid sibuk membuat persiapan dan latihan persembahan. Mereka keluar masuk sekolah untuk membeli barang-barang keperluan untuk persembahan Hari Guru nanti. Aku telah memberikan peringatan agar murid-murid tidak keluar sekolah tanpa kebenaran bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. Dalam keghairahan hendak menyambut Hari Guru itu, ada antara kalangan muridku yang membawa kenderaan mereka ke sekolah bertujuan untuk memudahkan pembelian barangan persiapan sambutan nanti. Semasa waktu rehat, dari bilik atas aku melihat sekumpulan muridku lebih kurang enam orang menaiki sebuah kereta dipandu sendiri . Aku sendiri telah mengingatkan mereka supaya mendapatkan keizinan dariku sebelum keluar dari kawasan sekolah. Lumrah bekerja berpasukan, dalam kalangan kawan sekerja ada yang hendak menjadi popular dan hal itu telah lama aku sedari. A...
Posts
Showing posts from February, 2021
- Get link
- X
- Other Apps
Kisah benar. Episod :Bunuh Diri (3) Kes ini melibatkan bekas muridku.Z bertugas di satu daerah di Perak sebagai anggota polis. Z sering menelefon aku kerana zaman itu masih menggunakan SMS. Kebiasaanya, Z akan menghubungi aku pada larut malam.Aku memberitahunya supaya tidak kerap menelefon aku kerana kadang-kadang aku juga memerlukan masa untuk berehat. Pada satu malam, Z menelefon aku dan memberitahu ingin berjumpa aku kerana Z akan bercuti di Shah Alam. Z sangat teruja untuk berjumpa dengan aku. Aku berkunjung ke rumah Z untuk memenuhi undangan sambutan perayaan yang disambutnya bersama-sama keluarga. Z samgat menghormati aku begitu juga keluarga Z. Bapa Z sangat terhutang budi denganku kerana anaknya berjaya menjadi anggota polis seperti mana harapannya. Selang seminggu, Z pulang ke Perak untuk menjalankan tugas hakikinya. Seperti biasa, Z akan menelefonku lewat malam. Z menganggap aku lebih daripada seorang guru. Aku seperti abang kandungnya. Aku tidak kisah pun ka...
- Get link
- X
- Other Apps
Kisah benar. Episod : Bunuh Diri (2) Y seorang murid perempuan Tingkatan 6 (STPM). Muridku ini sangat komited dengan pelajarannya dan bercita-cita tinggi. Setiap kali aku mengajar , Y akan menujukkan minat dan memberikan sepenuh tumpuan . Setiap tugasan yang aku berikan pasti akan sampai di mejaku. Namun, Y sangat terbeban dengan harapan tinggi keluarganya untuk melihat kejayaan cemerlangnya, bak kata peribahasa ,'berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya'. Aku perasan hal itu kerana Y sangat sibuk dengan pelajaran dan masa terluang diisi dengan ulang kaji dan menyiapkan latihan. "Saya tengok awak terlalu sibuk," tanyaku suatu hari ketika aku sedang menyemak latihannya. "Tak ada ,Cikgu. Saya hendak masuk universiti," katanya bersemangat. "Awak boleh masuk universiti. Murid-murid saya yang biasa pun berjaya masuk universiti," kataku memberikan keyakinan. "Nanti semasa 'report card day' saya nak jumpa famili awak," ...
- Get link
- X
- Other Apps
Kisah benar. Episod : Bunuh Diri Kisah ini melibatkan tiga orang muridku. Demi memelihara keharmonian, aku namakan ketiga-tiga mendiang sebagai X,Y dan Z. Mereka murid Tingkatan 6 ( STPM) di sekolahku. Setiap kejadian ada asbab . Aku mulakan dengan kisah X dulu. Muridku ini seorang pelajar lelaki. X seorang murid baharu. Kiranya, dia mendaftar lewat selepas di Tingkatan 6 Atas. X sangat pendiam dan berperwatakan sedikit pelik. Apabila X bercakap denganku, dia akan berdiri tegak dengan kepalanya mendongak dan dada mendabik. Gaya seorang anggta polis. Memang betul . X seorang bekas anggota polis di Singapura. Khabarnya, X telah diberhentikan daripada perkhidmatan dan kembali menetap bersama-ssma keluarga. "Cikgu, mereka tidak mahu kawan dengan saya," kata X pada suatu hari apabila X datang berjumpa aku di pejabat. "Kenapa ni?," tanyaku semula. X membungkam dengan wajah muram. Kelihatan jalur-jalur kesedihan di raut wajahnya. "Mereka belum mengenali awak lebih d...
- Get link
- X
- Other Apps
Kisah benar. Episod : Briefcase Aku dan Pengetua dimaklumkan bahawa pihak polis akan merakamkan keterangan kami untuk membantu kes kematian seorang murid di sekolah yang ditembak polis. Salah seorang pegawai yang bersama-sama di dalam bilik mesyuarat membuka sebuah briefcase hitam . Aku menjenguk di dalam beg itu terdapat dua buah pita perakam yang bersaiz pinggan. Kedua-dua pita perakam itu berputar ikut arah jam serentak. Mula-mula Pengetua diambil keterangan dulu. Aku disuruh menunggu di pejabat dan akan dipanggil apabila keterangan Pengetua selesai diambil. Hampir 30 minit selepas itu , giliran aku diminta masuk ke bilik mesyuarat untuk dirakam keterangan. Aku dimaklumkan bahawa keterangan aku akan dijadikan bahan bukti jika perlu dalam kes tersebut. Aku ditanya oleh ketua kumpulan penyiasat tentang maklumat diri dan perjawatan aku di sekolah itu. Aku ditanya berbagai-bagai soalan oleh beberapa orang pegawai polis secara bergilir-gilir. Soalan-soalan ditanya seperti sudah di...
- Get link
- X
- Other Apps
Kisah benar. Episod: Tunjuk Perasaan Ekoran kejadian kematian seorang murid sekolahku ditembak oleh pasukan polis timbul pelbagai versi cerita. Cakap-cakap yang memanaskan keadaan. Sedar-sedar keluar dalam televisyen tentang sekumpulan murid dan guru melakukan protes di luar rumah mendiang. Sepanduk banner juga naik sambil murid-murid dan guru-guru menyatakan bantahan dan meminta keadilan. Pada pendapat aku kes ini lebih kepada "wrong time wrong place" . Mendiang sendiri mungkin tidak tahu hal sebenar kerana mendiang dikatakan pemandu kereta ketika kejadian . Mendiang baru berumur 18 tahun semasa kejadian . Hal tersebut turut menarik perhatian pihak atasan syarikat kerana nama sekolah juga disebut dalam siaran berita. Keluarga mendiang bercadang untuk menyaman kerajaan dan pihak yang terlibat menyebabkan kematian mendiang. Beberapa orang peguam juga dilantik untuk mewakili kes tersebut di mahkamah. Pihak sekolah hanya bersedia dengan dokumen-dokumen berkaitan jika diperluka...
- Get link
- X
- Other Apps
Kisah benar. Episod : Dadah Suasana pagi itu seperti biasa. Murid-murid di dalam kelas masing-masing. Aku di bilik guru menyiapkan tugas menyemak buku-buku latihan murid-murid. Sebagai guru Bahasa Melayu, hampir semua murid di sekolah itu ialah muridku kerana aku mengajar di semua kelas dari kelas SRP, SPM, STPM, tuisyen sesi petang dan kelas malam. Apabila tiba waktu rehat, murid-murid menuju ke restoran berdekatan kawasan sekolah kerana tiada kemudahan kantin disediakan dan ada juga yang melepak di tepi jalan atau di parkir motosikal. Aku sudah beberapa kali berpesan kepada pengawas-pengawas supaya tidak membenarkan murid-murid melepak di kawasan parkir motosikal . Sekolahku ini menyewa bangunan dan sudah tentu kawasan parkir dikongsi dengan orang awam. Namun , mereka memang jenis tak makan saman. "Selamat pagi , Cikgu, " ucap seorang pengawas. "Ada apa?," tanyaku . "Ada budak nampak student kita ambil benda macam dadah," kata pengawas itu. Aku terdon...
- Get link
- X
- Other Apps
Kisah benar.. Episod:Tangkap Hantu Selepas perjumpaan hari itu , aku dipanggil Pengetua sekolah ke pejabat. "Apa hal pulak ni?, " hatiku tertanya-tanya kalau ada isu yang timbul. Aku mengetuk pintu bilik Pengetua dan menolak daun pintu. "Duduk,Cikgu," kata Pengetua dengan wajah ketat. "Begini , Cikgu. Saya nak minta tolong Cikgu . Nak minta Cikgu bagi tau pak mertua. Cikgu (guru perempuan itu ) tak berapa sihat. Ada gangguan," kata Pengetua sebelum sempat aku bertanya. Aku hanya mendiamkan diri. "Nak minta pak mertua Cikgu tengok-tengokkan. Saya rasa ada orang tak suka dengan dia, " sambung Pengetua lagi. "Baiklah , Cikgu. Nanti saya sampaikan," kataku sambil mengangguk faham. Malam itu aku memberitahu pak mertuaku tentang pesanan Pengetua itu. Pak mertua mendengar dengan teliti apa yang diberitahu oleh Pengetua siang tadi. "Beginilah. Esok kau bagi tau Pengetua , kita pergi ke rumah Cikgu tu," jawab pak mertuaku. "Es...
- Get link
- X
- Other Apps
Kisah benar.. Episod : Naik langit ke-7 Kebanyakan guru di sekolah ini ialah guru-guru Melayu dan dua orang guru India. Tiada guru Cina yang mengajar di sekolah ini. Perjalanan sekolah berjalan seperti biasa . Aku mengajar dan menjalankan tugas sebagai guru disiplin dengan dibantu hampir 2- hingga 30 orang pengawas lelaki dan perempuan. Sesuatu yang aku lihat seperti kelaziman di tempat-tempat lain ialah cinta kawan ofis. Jadi , dalam ramai guru itu adalah yang bermadu kasih bersumpah janji bulan dan bintang . Aku tidak ambil pusing sangat kerana pada ketika itu aku sudah bekerluarga dan mempunyai anak perempuan seorang . Sebenarnya , hampir 6 tahun usia perkahwinan kami dianugerahkan 3 orang cahaya mata perempuan yang comel dan lasak. Penantian demi penantian seorang putera tidak kesampaian. Pada suatu hari , semua guru diarahkan pergi ke tingkat bawah di bahagian belakang blok utama sekolah. Di situlah Pengetua dan keluarganya tinggal. Manakala, murid-murid telah diarahkan pul...
- Get link
- X
- Other Apps
Kisah benar. Episod : James Bond Tugasan aku bukan sekadar mengajar murid-murid sesi pagi tetapi sesi petang hingga sesi malam. Yang gigih aku yang untung tokey. Tak kisahlah janji aku puas mengajar dan hari ini ramai muridku telah berjaya dalam pelbagai karier masing-masing. Ada doktor . Ada lawyer. Ada pengulas sukan TV. Ada pelakon dan pengarah drama. Ada guru . Ada Pengarah Jabatan. Ada juga kerabat raja kalau dia ingat aku dapatlah Datuk suatu hari nanti. Apabila famili muridku ini datang ke sekolah , ada 'escort' ada 'dayang' bersampin berselempang macam di istana. "Cikgu , ada dua orang nak jumpa cikgu, " kata kerani menyampaikan pesanan kepadaku. "Siapa , Kak?," tanyaku. Kakak kerani hanya mengangkat bahu dan berlalu pergi. Ada dua orang lelaki menunggu aku di tangga. Seorang berbadan agak gempal. Seorang lagi berbadan kurus dan wajah serius. " Cikgu Azmi, guru disiplin?," lelaki berbadan kurus menyapa aku sambil menghulurkan sa...
- Get link
- X
- Other Apps
Kisah benar. Episod:Surat Saman Trafik Sekitar 90-an dulu , aku mengajar murid-murid Tingkatan 6 sesi pagi dan sesi malam kelas 'part time' .Sekolah sesi pagi , rata-rata murid yang tidak mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM atau tidak mendapat panggilan ke Tingkatan Enam sekolah kerajaan. Salah seorang murid Tingkatan Enam aku ialah seorang Sarjan Polis Trafik ( itu yang aku tahu ) . Sarjan seorang murid berdisiplin dan lebih senior daripada murid-murid lain. Bagusnya Sarjan semua arahan atau peraturan dia akan ikut tanpa soal. Suruh beratur di perhimpunan dia juga beratur . 'Spot Check' rambut dia dikecualikan kerana faktor umur banyak rambutnya sudah meninggalkan kepala. Pada mulanya , aku pun tak tahu dia Sarjan Trafik tetapi sewaktu rehat dia duduk dalam kelas sahaja. Dia yang lengkap dengan uniform sekolah baju putih seluar putih kasut hitam akan menghabiskan tugas hakikinya : TULIS SURAT SAMAN TRAFIK!. Berlambak di atas meja , 'bershushun'...