Posts

Showing posts from September, 2023
  Episod : BUNTING PELAMIN Aku bernikah pada 28 Julai 1989 dan dikatakan pernikahan itu sebagai 'nikah gantung'. Usai majlis akad nikah , aku dan isteri ' dipisahkan' oleh masa kerana majlis persandingan kami hanya akan berlangsung pada Januari 1990 bererti 6 bulan kami menjalani kehidupan suami isteri secara PJJ istilah orang sekarang. Jadi, setiap minggu aku akan berkunjung ke rumah ibu bapa mentuaku untuk 'melawatnya' dan bertanya khabar . Selama PJJ ini hampir setiap malam aku bergayut dengan telefon untuk bersembang dengannya. Sering kali ketawa kecil mengiringi perbualan kami. Kata-kata rindu dan sayang sahaja dapat kulayang di angin malam. Hari demi hari menunggu detik tarikh kami bakal naik pelamin. Ada juga yang memberikan dalil bahawa kami dibolehkan bersama walaupun pada adatnya nikah gantung memisahkan kami. Sesekali, aku bermalam di rumah ibu bapa mentuaku dan dapatlah aku merasa masakan air tangan isteriku. Memang payah untuk menerima masakan masya...
  Episod : KUCARI JALAN TERBAIK Terlanjur mengingati dirimu hatiku terasa pedih. Walaupun kita tak sehaluan lagi namun kita tetap saling menghormati. Kukatakan kepadamu, " Janganlah ada penyesalan dan air mata di hujung perpisahan ini." Tiada sesiapa yang mampu menjamin kebahagiaan melainkan-Nya. Kucuba mendekatimu walaupun kadang kala umpama terpaksa. Akhirnya kusedar , kucari dan kucari jalan terbaik. Bukan niat di hatiku untuk menjauhi dirimu kerana perasaan sayang masih bersisa. Sering kau ketawa tika kita bertemu namun di sebalik itu hanyalah sandiwaramu. Betapa aku mempercayaimu walaupun kita tak seiring jalan . Biarlah semuanya berlalu dengan tenang agar tiada ungkitan pada masa akan datang . Bukankah sudah berulang kali kukatakan bahawa di akhirnya nanti kita akan memilih jalan sendiri. Meski perasaan kecewa itu amat mencengkam tapi kuharap semua ini adalah pilihanmu yang terbaik. Mana mungkin aku sanggup melihat dirimu terseksa lantaran harapanmu kepadanya tidak kesa...
  Episod : RINDU YANG DALAM Umi melihat kalender yang tergantung pada dinding. Tarikh 19 September saat yang paling menyedihkan sepanjang hidup Umi. Mira telah pergi selama-lamanya meninggalkan Umi dan Abi. Maafkan Umi dan Abi, Mira. Sejak Mira dilahirkan bermacam-macam rintangan Mira tempuhi. Kata doktor , Mira menghadapi masalah jantung berlubang . Ketika itu , Umi berasa kaki Umi tidak memijak lantai bila-bila masa Umi akan tumbang. Umi berasa hendak pitam tapi Abi cepat-cepat merangkul tubuh Umi. Umi amat sedih. Namun, hari demi hari Umi sudah dapat menerima hakikat bahawa Mira bukan saja menghidap jantung berlubang malah Mira anak paling istimewa di sisi Umi dan Abi. Sejak itu juga, Umi dan Abi berulang-alik ke hospital untuk merawat Mira. Mira tidak selalu merengek malah Mira selalu tersenyum melihat Umi dan Abi di luar cermin bilik hospital. Umi dan Abi sayang Mira. Walaupun usia Mira baru setahun tapi Mira sangat tabah . Mira tidak menangis dan Mira cepat-cepat memeluk U...
  Episod : Sepi Seorang Perindu Betapa sepinya hidup Seorang Perindu.. Bibirku turut menyanyikan lagu penyanyi kegemaranku. Namun , perasaan sebak menekan-nekan dadaku. Masih dapat kubayangkan peristiwa manis sewaktu itu tika kita masih saling menyayangi. "Mi, itukan bot yang kita lihat semalam. Mungkin baru balik dari pelayaran yang jauh. Lihat, beburung camar turut menyambut kepulangan si pelaut " . " Ya, setiap pelayaran pasti akan kembali berlabuh . Begitu juga , pelayaran umpama perjalanan yang penuh cabaran dilambung ombak ada tikanya tenang dan ada tikanya meresahkan, " kataku sambil memandang wajahmu yang putih dan bersih. Kau hanya membalas senyumanku. "Mi, kalaulah pelayaran itu umpama perjalanan menempuh ombak mengapa kita sanggup mengharunginya?," soalmu. " Kerana sayang," jawabku ringkas. Kau tersenyum kembali memandangku. " Tapi, Mi sanggupkah kalau kehilangan saya?" " Demi sayang, Mi sanggup!" " Apa maksud,...
  Episod : KERENGGA Kerengga atau nama saintifiknya Oecophylla smaragdina ( Fabricius,1775) berasal dari subkeluarga Formicidae. Kerengga mudah ditemui di pokok buah-buahan. Oleh sebab itu, manusia berperangai seperti kerengga kata-kata yang keluar dari mulutnya ' manis'. Kerengga bersaiz besar daripada semut biasa dan berwarna merah tetapi manusia yang bersifat seperti kerengga bernafsu besar untuk berkuasa. Kerengga mempunyai 6 kaki bersamaan 3 pasang tetapi manusia hanya ada sepasang kaki namun langkahnya lebih pantas terutamanya berhadapan kes saman cepat cabut lari. Kerengga suka makan larva manakala manusia kerengga suka makan rasuah.Kata manusia kerengga : seseorang itu belum dikatakan bersalah selagi belum dibuktikan bersalah di mahkamah. Contohnya , rasuah ialah sedekah! Kerja kerengga adalah menghapuskan serangga yang hendak merosakkan tanaman tetapi manusia kerengga merosakkan manusia yang lain. Di negara kita terdapat sebuah kampung bernama Kampung Pulau Kerengga y...
  Episod : KERNA TERPAKSA ..kerna terpaksa aku melangkah pergi kerna terpaksa kuturut kata hati gementar tubuhku dengan keputusan ini biarpun pedih ku teruskan jua ... Berjurai air mata perlahan-lahan membasahi pipiku. Lagu Fransissca Peter membawa fikiranku melayang jauh mengingatimu, Z. " Kerna terpaksa," bisik hati kecilku. Kutoleh di atas kerusi , terbaring sekeping kad jemputan walimatulurus. Akhirnya, kau temui jejaka pilihan hatimu, Z . Pipiku terasa panas dan air mata mengalir laju. Lebuh raya yang kulalui rasa amat sepi meskipun kenderaan bertali arus ketika ini. Aku melayan bait-bait lagu 'Kerna Terpaksa' dari corong radio kereta. Suara juruhebah Shahizan Jelas sesekali mencelah dengan sepotong puisi, " Orang bercinta kurang berkata-kata " . Aku tersenyum sendirian melayan nostalgia yang serasa baru semalam berlalu. "Maafkan aku, Z. Andainya, warkahku ini mengganggu kebahagianmu. Kutahu hatimu kini sudah dimiliki. Seorang teman kita memberit...
  Episod: Kau Datang Lagi Mengganggu Fikiranku Sesudah Subuh tadi, aku membelek telefon bimbitku untuk melihat jadual kerja dan 'appoinment' hari ini. Hari ini 'appoinment ' dengan doktor gigi di Klinik Anika, Klang. Klinik ini sudah wujud lebih 40 tahun semasa bangunan Hospital Klang yang lama di atas bukit. Bangunan Klinik Anika ini pun merupakan bangunan lama di daerah Klang. Sebelum sampai di klinik aku dan isteri singgah makan di sebuah restoran di hadapan Masjid Kota Raja, Kampung Jawa. Sejak semalam aku teringin makan soto. Usai sarapan, aku memandu keretaku menuju ke Klinik Anika yang tidak jauh dari Istana Alam Shah. Isteriku kusuruh menunggu di dalam kereta dan aku terus ke tingkat 1 yang menempatkan klinik periodontik. Aku melapor diri di kaunter dan seorang jururawat bernama Norhayati. Oleh sebab sudah hampir setahun aku menerima rawatan di sini, kami sudah saling mengenali. Usai pendaftaran, seorang doktor memeriksa tekanan darahku menggunakan mesin khas. ...
Image
  Episod : Semalam Di Melaka Destinasi asalku hendak ke Kuala Terengganu (KT) terpaksa ditangguhkan atas dua sebab : tempoh cuti yang singkat dan kadar sewa penginapan naik mendadak. Motif aku hendak ke sana adalah kerana besanku mengadakan majlis tahlil dan pertunangan anak bongsunya. Kebetulan cuti sekolah jadi semua jadual kelas tuisyen telah aku ubahsuai sebulan lalu. Aku yang jenis merancang awal tiada masalah untuk mengambil cuti panjang. Segala perbelanjaan selama bercuti ke KT telah kuserahkan kepada setiausaha keluargaku , Kakcik puteri keduaku yang sememangnya mahir bab urusan menempah penginapan dan tiket penerbangan. Aku tahu semua 'settle' . Setiap anakku sudah dilatih menguruskan urusan keluarga. Puteri sulung menguruskan hal ehwal kewangan syarikat , LHDN dan simpanan kewangan keluarga. Puteri ketiga pula menguruskan urusan hal ehwal am keluarga seperti kecemasan ke hospital kerana dia sangat cekap memandu dalam kelajuan tinggi. Kalau aku yang duduk sebelah aku a...