Episod 5 : BILIK 217
Sudah
5 hari aku dirawat di hospital ini . Pagi tadi aku menerima panggilan telefon
daripada Sarjan Alias dari balai polis trafik memberitahu aku dia dan seorang
peguam akan datang ke hospital untuk menguruskan hal ‘report’ kemalangan dan urusan tindakan undang – undang terhadap pemandu lori yang melanggar aku tempoh hari. Pada
hari pertama kemalangan lagi , telefon bimbitku tidak berhenti berdering.
Beberapa orang yang mengaku dari firma guaman menawarkan perkhidmatan peguam
untuk membantu aku menuntut ganti rugi daripada pihak yang terlibat .
Aku tidak begitu melayan tawaran mereka kerana aku lebih berhati-hati dalam hal berkaitan undang-undang . Penolakan tawaran tersebut tidak berhenti di situ kerana mereka turut menyelinap masuk ke dalam bilik aku. Aku sendiri tidak mengenali mereka tetapi mereka memberikan kad perniagaan firma guaman tempat mereka bekerja. Pada hari kedua aku di hospital , aku hampir bertindak kasar terhadap seorang lelaki yang tidak aku kenali. Ketika itu ada seorang dua rakanku yang melawat aku . Lelaki itu mendesak aku menerima tawarannya untuk membantu menyelesaikan hal tuntutan ganti rugi di mahkamah tetapi aku menolaknya dengan baik .
“Encik
terima sajalah tawaran saya . Bukan saya nak tipu Encik , “ kata lelaki itu
dengan suara tinggi.
“Tak
pe nanti dulu . Saya bincang dengan famili saya dulu, “ jawabku menolak dengan
baik.
“Inilah
masalah orang Melayu . Tak nak tolong Melayu . ‘Lawyer’ bangsa asing juga
dicari , “ balas lelaki itu dengan suara yang tinggi. Berdesing telinga aku dan
rasa ingin aku membaling gelas di tepi katilku ke muka lelaki itu .
“Awak
keluar !,” kataku dengan suara yang tegas. Lelaki itu terus keluar dari bilik
sambil merungut-rungut. Andainya, lelaki itu tidak mahu keluar dan tetap
memaksa aku barang kali kata-kata maki
yang dia dapat. Tiada kena-mengena sama ada Melayu atau bangsa asing yang aku hendak lantik menjadi wakil aku di
mahkamah nanti. Lagipun , aku sudah mendapat rekomen daripada kawanku seorang ‘lawyer’
yang dipercayai dan boleh membantu menguruskan tuntutan di mahkamah.
Beberapa orang kawan dan saudara-mara melawat aku untuk bertanya khabar. Petang itu , aku dilawati oleh Sarjan Alias dan dia memberitahu aku ‘boss’ dia yang juga kawan aku menyuruh dia datang membantu aku. Urusan ‘report’ kemalangan dibuat selepas aku keluar dari hospital kerana anakku sudah pun membuat ‘report’ awal pada hari kemalangan berlaku di balai polis trafik. Bersama-sama dia seorang peguam yang menerangkan kepada aku tentang urusan tuntutan . Setelah berbincang beberapa perkara akhirnya aku bersetuju menandatangani beberapa dokumen dan surat lantikan peguam untuk mewakili aku di mahkamah (urusan tuntutan ganti rugi kemalangan tersebut telah selesai selepas 2 tahun kemudian ).
Pada hari kelima , Dr, Ip telah berunding dengan aku berkaitan kecederaan tulang patah di bahagian betis aku yang masih belum dilakukan pembedahan . Hanya kecederaan tulang hancur di pergelangan kaki yang telah dirawat. Aku akan menjalani pembedahan kedua selepas 3 bulan nanti . Aku ditunjukkan filem x-ray kakiku yang telah dibedah dan tulang patah yang dirancang untuk pembedahan kali kedua. Sementara menunggu tarikh pembedahan kedua , aku akan terus menggunakan ‘arial TV’ itu sehingga kakiku sudah menunjukkan pemulihan yang baik .
Aku
dibawa ke bilik ‘dressing’ oleh jururawat dan diiringi Dr. Ip . Aku dan isteri
diajar cara-cara membersihkan luka pembedahan dan bahan-bahan yang digunakan.
Antaranya, cecair alkohol untuk membasmi kuman dan kain pembalut. Paling
mengerikan setiap kali melakukan ‘dressing’ aku perlu mencurahkan
cecair alkohol di dalam botol yang aku beli di farmasi pada luka. Tiada ubat makan yang
dibekalkan kecuali ubat ‘ pain killer ’ jika perlu sahaja. Aku mula belajar
makan Yogurt kerana luka pada kaki aku cepat pulih . Hanya sekali dua aku makan
pati ikan haruan yang sangat hanyir baunya. Aku juga tidak pernah berpantang
makan . Tapi berat badan aku terus susut dan wajahku mula kelihatan cengkung.
Aku
sudah mangli dengan kejutan pada waktu malam . Pada aku , hanya Allah yang tahu
apa sebenarnya dan kepada-Nya aku berserah . Hati semakin tenang . Aku tidak
sangat memikirkan hal pada masa mendatang sebaliknya aku serahkan kepada Allah
kerana aku yakin Allah akan menguji hamba-Nya sesuai dengan keupayaan
hamba-Nya.’Marathon' Al-Quran semakin hampir ke garisan penamat.!
Comments
Post a Comment