Posts

Showing posts from May, 2023
Image
  Episod : Kampung Janda Baik Pelan untuk mengadakan ' Family Day ' ke Kampung Janda Baik telah dirancang sebelum aku dan anak menantu terbang ke Langkawi pada 8 -10 Mei 2023. Tarikh 20 -21 Mei dipilih selepas perbincangan di dalam grup 'whatsapp' keluarga. Beberapa rancangan disusun untuk memeriahkan acara pada hari tersebut nanti. Aku yang baru keluar dari hospital setelah 5 hari bermalam di wad agak kurang cergas. Aku tidak memandu ke destinasi hari itu sebaliknya menumpang kereta anakku. Kami memulakan perjalanan pada pukul 10.00 pagi dan singgah di ST Rosham Shah Alam untuk membeli beberapa barang masakan untuk dibawa ke sana. Sepanjang perjalanan aku tertidur dan tahu-tahu dah sampai di destinasi 'Man Ana Chalet' , Kampung Janda Baik. Kami telah menempah seluruh kawasan chalet itu untuk menikmati suasana 'privacy' . Aku telah sampai lebih awal sekitar jam 1.00 petang dan masa untuk 'check -in' pada pukul 2.30 petang. Sementara menunggu ahl...
  Episod : WAD 316 Selepas pulang dari Langkawi, rasa tidak sedap badan masih kualami dan muntah beberapa kali. Keadaan bertambah serius apabila aku hampir tumbang ketika melakukan solat Asar di rumah. Kepalaku berasa sangat pening dan seperti hampir pitam. Aku segera duduk bagi mengelakkan aku tersembam ke lantai. Usai solat yang terhenti seketika tadi, aku mengajak isteriku ke Klinik Selesa yang terletak bersebelahan stesen minyak SHELL Bukit Tinggi. Doktor Raj yang bertugas segera meminta aku berbaring di atas katil di bilik rawatan kliniknya. Hubungan aku dengan Dr. Raj memang baik dengan aku kerana kliniknya itu merupakan klinik panel untuk staf-staf pusat tuisyen aku. Jadi, Dr. Raj meminta aku ke hospital kerana tanda-tanda aku mengalami demam denggi sangat jelas. Aku pulang ke rumah untuk mengemas pakaian dahulu dan mengajak anakku , Mukriz membawa aku ke KPJ, Shah Alam. Di sana, semua rekod perubatan aku disimpan dan aku sudah menjadi pelanggan 'regular' di KPJ. Setiban...
Image
  Episod : Langkawi (2023) Kali terakhir aku ke Pulau Langkawi pada tahun 2016. Itulah pertama kali kakiku memijak bumi bertuah Langkawi. Suasana ketika itu sangat meriah dengan pelancong dari dalam dan luar negara. Sempatlah juga aku menaiki kereta kabel yang termasyhur di sana. Tanggal 8 Mei 2023, sekali lagi aku menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi. Kami menaiki pesawat Air Asia dari KLIA dan tiba di Lapangan Terbang Padang Mat Sirat jam 8.00 pagi. Kiranya kami tiba awal kerana mengambil penerbangan pertama. Di sana, kami menyewa 3 buah motosikal dan anakku menyewakan sebuah motosikal ADV yang lebih selesa. Cuaca pagi itu sangat cerah dan ketika ini musim panas melanda hampir di seluruh negara. Kami menunggang ke Riverra Inn di Kuah sebagai tempat penginapan. Waktu 'check-in' pukul 3.00 petang , jadi kami menumpang menyimpan beg-beg pakaian di bahagian setor. Kami meronda-ronda di sekitar Dataran Lang yang menjadi mercu tanda Pulau Langkawi. Sempatlah aku dan isteri bergambar ...
  Suatu Perjalanan (adalah rahsia-Nya)..... Ribuan barang kali telah jutaan langkah suatu perjalanan ini yang penuh lelah kesabaran menempuh satu demi satu ujian sewaktu diberikan kesempatan entah kali ke berapa ? untuk merenung ke dalam diri bahawa ada satu titik kasih sayang segunung rahmat Kau titipkan di dalam hati yang keras ini betapa lambang keagungan-Mu tiada batas yang mampu memisahkan antara hamba dan Tuhannya melainkan takdir-Mu telah tiba lalu mengetuk pintu keinsafan dan mengajak AKU pulang...