Posts

Showing posts from August, 2025
Episod : Sebuah Nyanyian Kecil  (Julai 1989): Foto berbulan madu ini dirakam selepas dua hari kami diijab kabul . Kami memilih Port Dickson sebagai destinasi berbulan madu dan memandangkan wang saku aku hanya ada seratus kami memilih untuk menaiki bas lompat-lompat dari Stesen Bas Klang ( bawah Pasar raya Great Wall) ke Port Dickson. Tambahan pula, majikanku ketika itu tidak meluluskan permohonan cutiku bermula dari majlis akad nikah yang berlangsung pada hari Jumaat malam dan hari Sabtu aku masih bekerja seperti biasa ( hati ini berasa sangat keras ) dilayan seumpama itu , usai bersiar-siar di pantai dan atas pertolongan seorang pengunjung gambar ini dirakam seadanya dengan kamera KONICA milik seorang kawan kami bergegas ke stesen bas untuk pulang ke Klang menaiki bas lompat-lompat. Akhirnya, kami sampai juga di Klang sekitar jam 11.30 malam dan menaiki bas KSOC yang terakhir dari Klang ke Pekan Meru. Sesampai di Pekan Meru , tiada lagi perkhidmatan bas dan kereta sapu jadi keput...
  Episod : Apa selepas 26 Julai..? Hari sebelum berlangsungnya Himpunan Turun Anwar semua media massa terarah kepada PMX. Setiap pertanyaan dan persoalan dijawab oleh PMX ," Kita akan memudahkan mereka yang hendak berhimpun ". Jawapan PMX sebegitu bukan yang diharapkan oleh petugas media massa . Mereka mahu PMX mengeluarkan arahan " Tangkap mereka ! " tetapi itu tidak terkeluar dari mulut PMX. Berbondong-bondong petugas media mencari-cari siapa yang boleh meleraikan kekusutan yang diciptakan . Mereka berumah tangga di kaki lima hotel 5 bintang tetapi tiada sesiapa di situ. Bukan saja kelibat tapi batang hidung pun tak nampak. Ada yang berandaian mereka sedang berada di tempat lain yang selamat lagi selesa. Stesen kereta api , di kaki lima restoran mamak , dan di jalan raya para peserta mulai berkumpul. Anggota-anggota keselamatan bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Ucapan demi ucapan kedengaran di sana sini dan disambut teriakan ' Turun Anwar...
  Episod: Hanya Seorang Kawan 1984 tahun paling mendukacitakan aku kerana aku hanya layak mendapat keputusan SAP dalam peperiksaan SPM. Keputusan yang mengecewakan ibu bapa aku. Namun, aku bukan seorang yang cepat mengalah walau apapun cabaran yang mendatang. Setelah aku berjaya meyakinkan ibu bapaku akhirnya aku diberi peluang kedua untuk menyambung pelajaran di Tingkatan 6 . Pengajian STPM selama 2 tahun dari tahun 1985 hingga 1986. Aku mendaftarkan nama di sebuah sekolah swasta yang terkenal di bandar Klang . Yuran bulanan sebanyak RM60.00 ditanggung oleh bapaku walaupun di bawah aku ada 3 ora g lagi adik-beradik yang bersekolah . Hari pertama di sekolah itu seperti rakan-rakan baharu yang lain memang berasa agak janggal. Sejak Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 , aku bersekolah di Sekolah Dato Hamzah ( SDH), Pelabuhan Klang. Sebuah sekolah yang dikhaskan kepada pelajar lelaki sahaja tetapi di sekolah baharu aku pula pelajar-pelajar bercampur lelaki dan perempuan . Aku telah dilant...
  Episod : Inikah Cinta Selama di Perlis, rombongan kami sempat singgah makan laksa di Jeti Kuala Perlis yang berlantaikan papan. Sedap tak terkata. Tambahan pula air sirap untuk membasahkan tekak memang padu. Kami bersiar-siar di Tasik Melati dan bergambar di ladang tebu Chuping. Puas berjalan-jalan kembali ke kampung dan hari pun sudah lewat petang. " Jom kita lumba basikal ." Aku tersengih mendengar cabaran berlumba basikal . Antara dua buah terusan tanah merah yang menjadi laluan basikal dan motosikal penduduk kampung kini menjadi 'track' lumba basikal kami ( sayangnya gambar kami berlumba basikal hilang daripada simpanan tapi saling tak tumpah seperti 'scene' filem SOAL HATI apabila Era Fazira berlumba basikal dengan Aflin ). Aku tertinggal di belakang kerana dia sememangnya handal berbasikal. Kami mencapai dua batang joran buluh yang tersandar di bawah tiang rumah lalu duduk di atas jambatan kayu. Walaupun aku tidak tahu memancing namun suasana itu teras...
  Episod : Selembut Sutera Puas aku cuba memujuknya selepas peristiwa tempoh hari namun usaha itu bukanlah mudah. Beberapa hari , aku pulang sendiri tanpa ditemaninya seperti sebelum ini. Dia akan bersama-sama rakan-rakannya ke stesen bas tanpa menghiraukan aku yang berdiri di tepi jalan. "Adakah ini titik akhir ?", bisik hati kecilku. Aku nekad untuk bertemu empat mata dengannya kerana hal ini jika dibiarkan berlarutan aku akan berputih mata. Setelah cubaan aku menarik perhatiannya tidak bersambut, malam itu aku sudah menunggunya di kaki lima sekolah. Di tepi pagar tangga. Dia pasti akan melalui pintu pagar ini kerana pintu ini satu-satunya yang dibuka untuk pelajar-pelajar kelas malam keluar masuk. Perasaan resah tidak dapat kusembunyikan Aku bukanlah pakar pujuk-memujuk. Aku bukanlah penyair hebat yang mampu mencairkan hati seorang gadis dengan kata-kata selembut sutera. Hati seorang perempuan sangat keras apabila dilukai. " Boleh kita jumpa sekejap," kataku kepa...
  Episod : Nyah Sejak memegang jawatan sebagai guru disiplin bermula tahun 1987 hingga 2005 (selepas aku bersara pilihan) , aku telah melalui pelbagai cabaran berhadapan dengan masalah disiplin pelajar-pelajar baik lelaki mahupun perempuan. Aku ingin berkongsi pengalaman aku selama hampir 18 tahun sebagai guru disiplin agar dapat diajdikan pedoman. Aku mula mengajar di sekolah swasta sejak tahun 1987. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada pelajar-pelajar yang mengulang peperiksaan sama ada SRP, SPM dan STPM. Ada juga sebilangan pelajar yang pertama kali menduduki peperiksaan awam namun masing-masing mempunyai cerita dan alasan yang berbeza-beza. Pelajar keciciran , pelajar bermasalah , pelajar yang dibuang dari sekolah kerajaan dan pelajar yang mahu memperbaiki keputusan peperiksaan mereka. "Cikgu, hari ini kami nak buat 'spotcheck'," beritahu Ketua Pengawas. " Baik tetapi pastikan tiada provokasi antara pengawas dan pelajar. Nanti saya yang pulak kena masuk campu...
  Episod : ***ciao Hari itu seperti hari-hari yang lain, Ketua Pengawas akan berjumpa dengan aku di bilik guru untuk menyampaikan laporan hal-hal berkaitan masalah disiplin di sekolah. Jadi, laporan ini memudahkan aku menyampaikannya kepada Pengetua pula jika Pengetua meminta penjelasan daripada aku. "Saya mahu awak perhatikan seorang pelajar yang baru masuk sekolah ini. Dia ni selalu hilang pada waktu rehat," kataku kepada Ketua Pengawas memberikan arahan. Ketua Pengawas berlalu dan aku meneruskan tugas hakikiku mengajar subjek Bahasa Melayu di Tingkatan 6. Pelajar-pelajar Tingkatan 6 sudah matang dan seperti emak-emak orang. Pada masa itu, aku masih lagi bujang dan ada juga yang 'cuba try' . "Cikgu , saya nampak pelajar yang Cikgu suruh saya intai itu menghisap rokok di belakang bangunan sekolah," beritahu Ketua Pengawas kepada aku selepas waktu rehat berakhir. " Esok, saya nak kamu perhatikan lagi dan kalau dia masih curi-curi menghisap rokok kamu be...
  Teman Bicara Sampai suatu masa Aku kini 'kehilangan' teman Teman untuk berbicara lalu, kulontarkan kata-kata Kepada sang bunga Kepada sang angin Kepada sang kucing Agar mereka tahu Hari demi hari Hidup semakin sunyi..