Posts

Showing posts from January, 2021
Image
  Episod : Padang jarak padang tekukur Semalaman di Kampung Sungai Udang Klang , akhirnya kami pulang ke rumah keesokan pagi.Di sepanjang perjalanan , kedai-kedai tidak terurus dengan pintu terkangkang luas tanpa penghuni. Deraian kaca berserakan atas jalan raya . Anggota-anggota FRU dan PPH mengambil alih menjaga kawalan keselamatan. Dari kejauhan kedengaran bunyi siren bomba dan ambulans. Asap hitam pekat dari gudang Pelabuhan Selatan yang meletup awal pagi semalam masih kelihatan berbalam-balam. Aku menjangkakan kebakaran di situ sudah terkawal sepenuhnya. Ada anggota bomba yang berjalan kaki dalam kumpulan 4-5 orang tanpa uniform lengkap. Sesetengahnya , hanya berkasut boot dan berseluar panjang tanpa berbaju. Sememangnya , kejadian semalam amat dahsyat sehingga keadaan anggota-anggota bomba tidak terurus dan keletihan. Aku sampai di tembok Flat LPK . "Oh, Tuhan ! " Kaca bertaburan di koridor , langsir tercabut , bumbung rumah-rumah papan di luar pagar flat tercabut dan r...
Image
 EPISOD :  ANUGERAH .. Saat kerajaan mengumumkan PKP 1.0 , aku terpaksa menutup perniagaanku secara mengejut . Tiada persediaan untuk menghadapi situasi itu. Malah , pembelajaran dan pengajaran memasuki norma baharu , kelas Online. Aku jadi kebuntuan kerana selama ini tiada kemahiran mahupun pengetahuan tentang kaedah kelas Online. Aku cuba mengelakkan diri daripada pertanyaan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka menjadi murid-muridku. Aku tiada jawapan tentang persoalan kelas tuisyen yang tergendala secara tiba-tiba. Ada ibu bapa yang mencadangkan aku memulakan kelas Online demi kelangsungan kelas tuisyen . Aku tercari-cari cara untuk meneruskan kelangsungan pendapatan yang terputus. Di hadapan terbentang senarai komitmen yang perlu dilunaskan setiap bulan. Atas bantuan seorang rakan lama , aku memulakan sesi pembelajaran secara rakaman video. Namun , kaedah itu agak menyukarkan kerana memerlukan persediaan bahan seperti papan putih , microphone , lampu yang sesuai dan ...
Image
 Episod :  " Terima kasih, pakcik.." Sudah dua hari aku bergeladangan di sini . Tiada tempat tinggal . Tiada sesiapa yang aku kenali. Aku hanya berharap pada ihsan orang. Ihsan orang yang mempunyai belas kasihan kepada aku. Aku duduk di suatu sudut yang jauh daripada pandangan orang. Aku malu jika ada yang memandang jijik kepadaku. Aku hanyalah gelandangan yang tidak diundang . Orang halau aku lari . Orang panggil aku datang . Begitulah rutin hidupku saban hari. Aku hanya mengharapkan secebis simpati untuk sesuap nasi. Ada ketika dapatlah aku merasa sisa makanan yang ditinggalkan. Aku tidak pandai hendak meminta-minta apatah lagi mencuri sekadar mengalas perutku yang berkeroncong . Apabila tiada sesiapa yang mempedulikan aku , aku akan merayau-rayau di sekitar belakang rumah orang . Kalau bernasib baik , dapatlah aku menjamah makanan yang diletakkan di belakang pintu. Aku melihat sekeliling kalau-kalau ada mata yang sedang memerhatikan aku. Aku berasa takut sepanjang masa. Pe...
Image
  Episod 2 : Merangkak atas kaca Dua kali letupan yang menggoncang flat menambahkan kerisauan kemungkinan bangunan flat akan runtuh. Langit semakin merah . Letupan demi letupan menyusul selepas itu tanpa henti. "Mu tengok adik-adikmu. Aku nak turun bawah," kata ayahku lalu berlari turun mengikut tangga yang bersesak dengan penduduk yang mula meninggalkan flat. Kulihat pakcik Mat yang sebelum itu berpakaian lengkap uniform bomba tetapi pulang seketika hanya berseluar panjang tidak berbaju dan berkaki ayam. Badannya berjelaga dengan kesan minyak hitam. Kemudian pakcik Mat memecut motosikalnya semula menuju ke gudang yang sedang marak terbakar . Jeritan demi jeritan kedengaran di sana sini. "Tangki nak meletup! Tangki nak meletup! Lari! Lari!" Entah siapa yang berteriak kuat disusuli jeritan ketakutan yang amat. Boooommm!!!! Bagaikan letupan sebutir bom yang amat kuat menyebabkan bangunan flat berhayun tiga kali. Semua kaca tingkap berderai di segenap arah. Semua baran...
Image
  Episod 1: Langit terbakar. 1980, umurku baru 13 tahun. Malam itu, ada perlawanan bolasepak antara pasukan Malaysia dan pasukan jemputan ( negara tak ingat ). Suasana di flat LPK Pelabuhan Klang riuh rendah dengan sorak sorai . Kira-kira jam 11.00 malam, perlawanan hampir tamat. Kedengaran sorakan kuat Super Mokh menjaringkan gol untuk pasukan Malaysia. "Mie, ko tengok tu," kata Ah Tuang kawan sebelah rumahku. Ah Tuang satu-satunya keluarga Tionghua yang tinggal di situ. Dia mempunyai seorang kakak dan abang yang besar tetapi kurang bercampur dengan budak-budak flat. Ada juga aku terdengar desas desus mereka menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) di Pahang sebab selepas kejadian malam itu aku tidak pernah melihat kelibat mereka lagi. Aku mendongak dan melihat langit malam itu sangat cerah dengan cahaya api yang menjulang-julang. Kebakaran gudang di Pelabuhan Selatan ! Jarak pintu gate Pelabuhan Selatan kira-kira 300 meter dari Flat LPK. Sesekali terdengar letupan kuat dan disa...