MALU Malu sifat terpuji tapi Tidak ramai yang memilikinya Juga sikap malu semakin menipis Sewaktu kecil kita diajar tentang malu Malu kepada orang tidak dikenali Malu kalau tidak berbaju berseluar Malu kalau bercakap hal dalam kain Hari ini ramai yang tidak malu Menjual maruah dan menunjukkan anunya. Nukilan Che Azmi Che Wil Bandar Bukit Tinggi Klang 29 JULAI 2023
Posts
Showing posts from July, 2023
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : AKU TERIMA NIKAHNYA 28 JULAI 1989, Jumaat - Hari ini aku akan bernikah selepas solat Isyak. Sebelum keluar bekerja pagi itu , aku berpesan sekali lagi kepada adik-adikku supaya membantu ibuku menguruskan apa-apa yang patut untuk persediaan majlis pernikahan malam itu. Bayangkan perasaanku yang tidak keruan sepanjang perjalanan ke sekolah. Pandangan kosong kulontarkan ke luar tingkap bas. Fikiranku sedikit berserabut. Hati berasa sebal. Hari itu 'mood' mengajar ikut kelaut. Aku menyuruh murid-muridku menyiapkan latihan yang sudah kusediakan semalam. Malam ini selepas Isyak sebelum turun 'ke tanah' , majlis khatam Al-Quran. Selepas itu, rombongan sebelah pihak aku akan ke Kampung Meru, Klang. Majlis malam ini akan dihadiri sanak saudara terdekat kedua-dua belah keluarga. Akad nikah dilakukan oleh bapa mentua sendiri manakala datuk dan pakciknya sebagai saksi. Bayangan majlis itu terbayang-bayang di fikiranku. Masa dirasakan bergerak sangat perlahan. Kelas terak...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Akhiri Zaman Bujang Nak kata bujang macam tak. Umur 22 dah nak kahwin. Begitulah kata-kata yang kudengar daripada jiran tetangga. Jodoh dah sampai dan semua itu percaturan Allah. Begitulah kata Almarhum Ustaz Ismail Kamus semasa berceramah di surau tempat tinggalku. Kiranya habis STPM aku mendapat pekerjaan tetap pada usia 19 tahun sebagai guru di sekolah swasta di bandar Klang. Terlalu muda dan dua tahun kemudian sudah memasuki ambang perkahwinan. Kalau diikutkan cakap-cakap memang lambatlah kahwin kerana di tempat tinggal aku pun ramai anak-anak perempuan sebaya aku atau muda sedikit daripada aku. Ada jiranku yang tinggal di kawasan berdekatan rumahku hampir setiap malam bertandang ke rumahku suami isteri dan turut bersama anak gadisnya yang sebaya aku . Wajahnya seperti kecina-cinaan dan berambut panjang. Kulitnya kuning langsat dan manis orangnya. Ketika itu , aku baru berkawan dengan tunangku ini. Belum ada apa-apa ikatan rasmi. Mereka datang membawa pelbagai juadah...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Tetamu Tak Diundang Beberapa bulan sebelum terjadinya pertunangan aku dengannya, aku menerima kedatangan tetamu yang tidak diundang. Ketika itu, aku baru pulang dari surau selepas solat Isyak. Sebuah kereta diparkir di hadapan rumahku. Sesampai di muka pintu , kasut dan selipar kulihat bersepah-sepah. Aku terus bersalam-salaman dengan tetamu yang memenuhi ruang tamu rumahku. Rupa-rupanya, ibu bapanya yang datang bertandang pada malam itu. Mereka datang untuk berkenal-kenalan dengan keluargaku. Sebelum ini , ada ura-ura kedengaran bahawa ibu bapanya hendak menyatukannya dengan anak seorang kenalan keluarganya di kampung. Orang ada-ada juga. Aku belum membuat apa-apa keputusan tentang hubungan kami ketika itu. Barangkali mereka hendakkan kepastian daripada aku sama ada hubungan ini betul-betul atau sekadar seorang kawan. Selepas berbual-bual dan akhirnya tarikh pertunangan ditetapkan pada malam itu. Aku terkedu seketika kerana ibu bapanya sendiri datang berjumpa keluargaku...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : PAKCIK Hari itu aku pulang lewat dari tempat aku mengajar . Kedudukan pusat tuisyen itu agak jauh dari rumahku . Aku melihat jam di tanganku menunjukkan pukul 11.00 malam. Sesekali angin bertiup kencang dan pokok-pokok kelapa sawit di tepi jalan seperti terhuyung-hayang. Aku meletakkan beg yang selalu kubawa ke tempat tuisyen di dalam raga motosikalku. Setelah beberapa kali mencuba akhirnya enjin motosikalku dapat dihidupkan. Motosikal 'second hand' ini selalu meragam di tengah jalan kerana kerosakan 'peston' yang cepat panas. Aku melalui jalan biasa untuk pulang ke rumah yang di kiri kanannya pokok-pokok kelapa sawit. Suasana gelap gelita kerana tiada lampu jalan hanya berharap kepada lampu motosikalku. Di dalam hati aku berdoa agar motosikal aku tidak membuat hal. Rintik-rintik hujan mulai terasa. Dari jauh kulihat sejalur cahaya di tepi jalan. Dekat dan semakin dekat. Rupa-rupanya seorang lelaki yang agak lanjut usia sedang berdiri di tepi motosikalnya. ...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : 1 MUHARAM 1145H Subuh pertama 1 Muharam 1445H disambut dengan titisan hujan membasahi bumi Allah. Tahajud yang sepi dibungkus kedinginan hingga mencengkam tulang hitam. Aku bangkit mensyukuri nikmat-Mu, ya Allah. Zikir dan tasbih silih berganti. Keazaman semakin utuh untuk memperbaiki kekurangan pada diri ini. Kedengaran sayup-sayup bilal Haji Ahmad melaungkan azan Subuh. Kaki segera melangkah menuju rumah Allah kurang lebih 3 kilometer. Usai azan solat kobliah Subuh dikerjakan sebaik mungkin kerana barang kali inilah solat terakhirku. Doa dipanjatkan di Subuh yang hening oleh Imam Haji Nordin sambil diaminkan jemaah. Setelah bersalam-salaman, duduk sebentar bersama-sama rakan-rakan jemaah yang sudah berusia namun gagah menghadirkan diri setiap Subuh. Walaupun umur mereka mencecah 70-80 tahun tetapi ketaatan mereka menghambakan diri di hadapan Allah sangat menyentuh sanubariku. Aku bersyukur kerana belum terlewat untuk menyerah diri di hadapan Allah pada usia yang semaki...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : SAAT ITU " Dah lama tunggu?" " Baru saja sampai" " Nampak juga tadi dari jauh." Senyum. " Kata nak jalan balik sama-sama" Senyum. "Jomlah. Bas pukul 7.00 nanti terlepas" Suasana bandar Klang tidak sesibuk waktu pagi. Masing-masing berpusu-pusu hendak sampai ke pejabat atau tempat kerja. "Awak nak makan atau balik terus?" Diam. Senyum. " Kita makan KFC la" . "OK" " Saya belanja ". " Tak apa, saya belanja" " Asyik awak saja belanja" Senyum. Kami berjalan dari bangunan Tabung Haji menuju ke KFC , Jalan Taiping melalui deretan kedai Bangunan MARA. Beberapa buah kedai makan di situ sedang bersiap-siap hendak memulakan perniagaan. Pintu kaca KFC ditolak. Aku mempersilakannya masuk. Senyum hampir ketawa. Kami mengambil tempat duduk di tengah. Meja di tepi dinding cermin jarang-jarang tidak kosong. " Nak order apa Encik?" " Awak nak order apa?" " Say...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : OH AZIZAH Saban hari kulihat dia menunggu bas di stesen bas Klang. Setiap kali itu juga kulihat dia tekun membaca sebuah naskhah kukira novel. Kami saling membalas senyuman tetapi amat berat mulutku untuk memulakan bicara. Sekurang-kurangnya , ada teman untuk diajak berbual-bual sementara menunggu bas datang. Suatu hari, aku memberanikan diri untuk mengajaknya berbual-bual . Kupandang ke kiri dan kupandang ke kanan. Manalah tahu kalau dia berteman. Setelah aku benar-benar pasti dia bersendirian, aku menoleh kepadanya dan dia membalas dengan senyuman. Seolah-olah dia mengizinkan aku duduk berdekatan dengannya. "Rajin awak membaca ," sapaku memulakan bicara . Dia hanya mendiamkan diri dan menundukkan kepala. " Novel apa awak baca ?," soalku lagi. Dia menoleh memandangku dan tersenyum. " Attar Di Lembah Mawar," balasnya perlahan . " Wow, karya Siti Zainon Ismail," nada suaraku girang dan membuatnya tersenyum. " Awak suka membaca juga...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : NOSTAGILA Memang gila. Hampir gila. Kalau dilayan perasaan boleh jadi gila. Orang yang pernah menjentik hatiku tiba-tiba menghilangkan diri. Gilalah si tukang cuci hendak memiliki hati seorang gadis cantik. Apakah selayaknya ? Nostagila ini masih terkesan di hati hingga kini. Sukar benar untuk memadamkan api perasaan itu. Kutatang bagaikan di atas dulang emas. Gundahnya perasaan andai sehari tidak dapat melihat wajahmu. Akhirnya , kejujuran memakan diri sendiri. Kekosongan hati yang terbiar dan menanggung derita sendiri. Tiada kata atau lafaz ucapan dititipkan dan sekurang-kurangnya kutahu apa sebenarnya. Pergi tanpa pesan. Hilang tanpa nesan. Kegilaan apakah yang menyelubungi hatimu hingga membiarkan aku merasai kesengsaraan begini. Ke hujung ke pangkal aku mencari. Aku masih menaruh harapan setinggi gunung andainya kau memberikan satu jawapan . Benarkah seperti yang kudengar melalui seorang kawan ? Benarkah ?. Aku masih boleh menerima jawapan dari mulutmu sendiri jika ...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Ayah Kena Strok Usai mengajar pagi itu, aku berasa kelainan pada tubuhku. Bahagian kiriku kebas dari muka hingga kaki kiri. Aku sukar untuk bercakap. Isteriku berada di ruang tamu. Aku memberitahunya aku berasa tidak sedap badan. Aku terduduk lemah di tangga dan tidak pernah aku berkelakuan demikian. Isteri mencapai telefon bimbit di atas meja lalu menelefon anakku. " Dik, ayah kena strok," beritahu isteri dengan nada suara tersekat-sekat. Aku masih terduduk di atas tangga tidak berganjak. Anakku tiba di luar pagar. Kedengaran seperti orang berlari menuju ke muka pintu. " Ayah kenapa?," terpacul pertanyaan itu. Aku sukar menelan air liur dan lidahku berasa kebas. "Cepat pergi Manipal," getus anakku lalu memapahku berjalan ke muka pintu sambil dibantu isteriku dari belakang. Pintu kereta dibuka dan aku terbaring di kerusi belakang kereta. Aku dilarikan ke Manipal Hospital yang tidak jauh dari rumahku kira-kira 5 minit. Sesampai di pintu kecemasan...