Episod : Murid Kesayangan Bercucuran air mataku kerana terlalu takut untuk memperkenalkan diri di hadapan rakan-rakan menggunakan bahasa Inggeris . Bukan aku sahaja malah rakan-rakan yang duduk di meja belakang pun ikut menangis sama. Bersambung-ssmbung. " It's ok . It's ok . Sit down," ujar Puan Lopez apabila melihat drama air mata di dalam kelas. Aku menoleh keluar tingkap dan ayahku hanya ketawa melihat gelagat aku dan rakan-rakan yang lain. Kedudukan bilik darjah 1E betul-betul bersebelahan tangga ke pejabat di Tingkat 2. Sesi perkenalan hari pertama terhenti setakat itu. Hari demi hari aku sudah dapat menyesuaikan diri dengan suasana persekolahan yang pada awalnya sangat asing bagiku. Rakan-rakanku di dalam kelas terdiri daripada berbilang bangsa. Kami sangat rapat antara satu dengan yang lain. Setiap kali hendak keluar bilik darjah kami akan disuruh beratur dan kedua-dua belah tangan di atas bahu rakan di depan dan diikuti rakan-rakan di belakang . Setiap kali ...
Posts
Showing posts from May, 2026
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Mula Bersekolah Aku memulakan alam persekolahan Darjah Satu pada tahun 1974 di Methodist Boys School ( SK Methodist ) , Pelabuhan Klang. Hari pertama persekolahan sangat mendebarkan. Apatah lagi, aku tidak pernah belajar di tadika kerana keluargaku bukan keluarga berwang. Aku duduk di atas palang basikal yang dikayuh ayahku ke sekolah. Wajah ayahku penuh rasa bangga dan tersenyum sepanjang perjalanan ke sekolah kerana anak lelaki sulungnya sudah masuk sekolah . Walaupun bapaku tidak pernah bersekolah. namun ayahku sangat mementingkan aspek pendidikan anak-anak. Aku dan rakan-rakan yang tidak kukenali berhimpun di hadapan bangunan sekolah . Seorang lelaki berbadan besar dan bercermin mata berdiri di hadapan tapak perhimpunan. Setiap hari Isnin , hari perhimpunan diadakan di hadapan blok utama sekolah. Manakala, guru-guru duduk di atas kerusi. Guru-guru yang berbilang kaum. JS Wellington nama guru besar. ( ingat-ingat lupa ).Wajahnya agak garang dan serius. Semasa aku...